22 June, 2008

Jangan Main Api


Seorang teman menelefon memberitahu lengannya melecur teruk. Aku cuma tersentak seketika dan menyambung perbualan seperti biasa. Ingatkan melecur biasa-biasa sahaja.


Kemudian beberapa hari setelah berkesempatan berjumpa dengannya alangkah terperanjatnya aku apabila melihat lengan dan sikunya berbalut seperti orang terseliuh.


Menceritakan detik kemalangan itu beliau berkata lilin aroma terapi (tealight candle) itu memang selalu dipasang di tempat-tempat yang digemari adiknya termasuklah di dalam tandas di rumahnya. Tanpa disedari teman itu tadi telah terlanggar dan semuanya berlaku sekelip mata. Lilin yang cair sepenuhnya di dalam bekas ‘tealight candle’ itu bagai dicurahkan di lengannya.


Tidak mahu mengingati episode malang itu berlaku teman itu berpesan kepadaku agar berhati-hati lah walau di mana kita berada.”Aroma terapi boleh berbau tapi malang tidak berbau..” Terus aku teringat kepada sebuah lagu dari seberang penyanyi dolu-dolu Emilia Contesa “…jangan main api, kalau-kalau terbakar nanti..” kan dah terbakar lengan tu!

No comments: