Salam,
Lantaran menerima panggilan telefon dari rakan sepejabatku malam tadi kira-kira 10.30 malam, bertanyakan tentang kerja yang diberikan. Ketenangan malam terasa dicabul tiba-tiba. Mengapa saat tu? Seharian yang panjang semalam tidak ada ruangkah untuk berbuat demikian?
Lantaran itu aku terpaksa membatalkan semua pelan pada hari ini dan datang ke pejabat untuk menyelesaikan "Perjuangan Yang Belum Selesai". Aku memohon beroleh jalan yang mudah kepadaNya untuk aku menyelesaikan masalahku dan alhamdulillah semuanya berjalan seperti Pelan B.
Setelah selesai semuanya aku cuba melayan blog. Meneliti paparan post lalu jika ada kesilapan.
Dan aku merasakan saat ini untuk memberikan wajah yang lebih segar kepada blogku. Cantik bukan? Paparan seni bina Cina dalam tona lembut. Latarbelakang yang lebih bersih, hahaha seperti aku mahu mengambarkan betapa bersihnya fikiranku yang berkecamuk sejak dari malam tadi.
Bagi yang melayari blogku hari ini jika mahu bersantai di Lanai Santai Istana Budaya, jangan lupa khabarnya Siti Nurhaliza akan muncul di sana. Itu khabaran dari DekNon Nizan. Alah jika tak ada sekalipun apa salahnya bersantai di sana. Ada hiburan yang disediakan. Katanya sesuai untuk membawa keluarga makan sambil berhibur- jogek lambak dan artis-artis 80an. Dah lama rancang ke sana tapi asyik berhalangan saja.
Kawan lama Badrul (teman kolej) yang bekerja di Istana Budaya dah lama mengajakku ke sana untuk berjumpa. Tapi hingga sekarang aku masih tercari-cari waktu itu. Badrul yang ku panggil Bad sahaja ni dahulu sering menjemputku untuk menonton persembahan di Istana Budaya. Dan aku selalunya mendapat VIP darinya. Sekarang sudah kurang jemputan itu. Mungkin masing-masing sama sibuk. Terakhir aku ke Istana Budaya menonton persembahan Teater Muzikal P.Ramlee. Sangat menarik. Sesuai dengan jiwaku. Yang paling best Liza Hanim dan 'P.Ramlee'nya. Ya lah produksi Tiara.
Tak apalah, itulah takde rezeki namanya mungkin di lain minggu. Kepada yang sempat berkunjung selamat berhibur dan selamat berhujung minggu.
Salam.
No comments:
Post a Comment