28 November, 2008

AL -FATIHAH: ALLAHYARHAM DATO' RAZALI BIN ISMAIL,Timbalan Menteri Pelajaran II


Sedang mengemaskini blog enche's tiba-tiba siaran TV1 menyiarkan khabar tentang berita kembalinya ke rahmatullah Timbalan Menteri Pelajaran II, Y.B. Dato' Razali bin Ismail. Allahyarham meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.
Berikut mengenai allahyarham: Jawatan: Timbalan Menteri Pelajaran II(2008 - Sekarang). Dilahirkan pada 25 Jun 1949 di Kuala Berang, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di M.Ed. - University of Birmingham, UK (1986-1987), B.A. (Hons) - Universiti Malaya (1970-1973)

Pengalaman perkhidmatan beliau ialah sebagai Timbalan Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008-kini), Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu (2004-kini). Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (2004-kini), Pengarah - Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003-2004). Pengarah- Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (2001-2002) LATIHAN PROFESIONAL.

Beliau pernah mendapat pendidikan di University of Victoria, New Zealand 2002, University of Harvard, USA 2001, University of Cardiff, Wales 1997, University of Wolverhamptom, UK 1996, University of Stamford, USA 1994, University of Chambrigde, UK 1991 dan di University of Birmingham, UK 1986

Di antara anugerah yang diperolehi oleh allahyarham ialah - PJK - Pingat Jaksa Kebaktian (1982-DYMM Sultan Terengganu), SMT - Pingat Setia Mahkota (2002-DYMM Sultan Terengganu), KMN - Pingat Kesatria Mangku Negara (2002-DYMM YDP Agong) DPMT - Darjah Paduka Mahkota (2004-DYMM Sultan Terengganu). - Maklumat dipetik dari Portal Rasmi Kementrerian Pelajaran Malaysia.

Saya dan juga semua warga kerja Institut Terjemahan Negara Malaysia mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham semoga Allah menempatkannya bersama orang-orang yang beramal soleh. Amin

No comments: