01 November, 2008

Puisi - Rindu Abah












damai dan hening pagi
ketika tanpa suara tanpa bunyi
mereka yang bernama manusia
kerana lena atau melena semula
laungan azan subuh yang disahut tadi
kicauan si burung kecil
berlagu sama setiap hari



aku di balkoni dengan senaskah surah yaa sin
menghirup segar nyaman waktu yang ada
abah hadir dalam ilusi
kala kalimahMu kubaca
ku terbayang jerihnya
sewaktu hidup menatang aku
umi yang setia di sisi
tidak lekang namamu dari bibirnya
hingga semalam yang kudengar
ilusi itu membuat aku rindu padanya
seperti kelmarin berbicara denganmu



abah
semoga Allah mengampunimu
pohon rahmatMu buat keduanya
amin.



Enche
1 November 2008
7.30 am



Abahku Allahyarham Abdul Kadir bin Abdullah. Telah pulang ke rahmatullah 27 tahun yang lalu dalam perjalanan menuju ke pejabatnya membonceng bersama kekandaku (Azalee). Sewaktu menerima berita pemergiannya aku di dalam kelas didatangi kekanda sulungku (Noor Zailani) yang mengatakan arwah abah sakit. Aku diminta pulang segera sambil menjemput adindaku yang lain yang juga sedang di kelas.

1 comment:

Sueozana said...

Slmlkm JA..

Smoga Allah merahmati roh ayahanda JA n ditempatkan disisi hambaNya yg beriman.. Al-Fatihah.

Salam kepada Umi wlpn x pernah bersua muka.. curahkan kasih sayg sbelum kita kehilangan mereka yg tercinta..

Andaikan setiap masa kita bersama mereka adalah detik terakhir kita bersama mereka.. nescaya hati akan sentiasa berbunga kasih..

Smoga JA dirahmati Allah spjg hayat.