26 November, 2008

Jom Baca Buku - Benua Maya


Benua Maya:Empat Kepulauan Strategik Dalam Ekonomi Baru
The Invisible Continent

Buku ini membincangkan empat kuasa asas yang terbit daripada e-ekonomi untuk melakarkan revolusi akan datang serta kesannya terhadap kegiatan perniagaan di seluruh dunia. Kebanyakan kita telahpun menjalinkan hubungan secara langsung dengan keempat-empat dimensi benua. Apabila kita membeli sebuku roti, kita berurusan dalam dimensi pertama yang nyata. Pembelian kereta membawa kita ke dimensi kedua atau dimensi tanpa sempadan kerana sekurang-kurangnya sebahagian daripada kereta itu telah dibuat, direka bentuk atau dirancang di luar negara tempat kita membelinya. Setiap kali kita menggunakan kad kredit, kita menyertai dimensi siber manakala dana pencen kita yang berkembang dengan gandaan tinggi membawa kita ke dimensi keempat. Fenomena inilah yang dikupas menerusi buku ini.


Benua Maya:Empat Kepulauan Strategik Dalam Ekonomi Baru
The Invisible Continent

Penulis: Kenichi Ohmae
ISBN: 978 983 068 226 9
Tahun Terbit : 2007
Halaman : 40 muka surat
Harga : RM40.00

Dapatkan naskhah anda di kedai-kedai buku atau menghubungi ITNM di talian 03-41497210.

No comments: