Pagi tadi sempat menelefon ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk bertanya khabar dan juga urusan rasmi. Sambil menyelam minum air. Suara itu bertanya
"Siapa ni"
"Em..Ini Che Lah dari ITNM" saya berkata.
Terus kedengaran ooooooooh yang sangat panjang. Lebih panjang dari kacang panjang!
"Amboi...Chelah bukan main sekarang ni ITNM" dia menambah
"Itu hari tengok Majalah 3. Bukan main hebat ITNM tak nampak Dewan" dia berkata.
"Oh Dewan ada gak ke?" saya ikhlas bertanya.
"Ada la.." kata kawan tu.
"Itulah Kita patut pergi atas nama negara..kumpulkan semua publisher atau institusi yang nak pergi atas satu nama" Sebenarnya saya mengulangi idea Dato' Baha sahaja.
"Ya..ya" kata kawan.
Rupanya ramai yang tengok Majalah 3 tu. Di malam siaran itu juga saya menerima banyak deringan dari saudara dan kawan supaya tidak lepas menonton siaran itu.
Bagi yang missed sila tekan di sini untuk melihatnya semula
Banyak pujian yang tak terakam rentetan dari itu. Baguslah kata hati saya ada impaknya. Tidak sia-sia apa yang diusahakan oleh warga kerja. Tekan di sini untuk lihat komen
No comments:
Post a Comment