Salam bahagia. Lama juga nak mencari mangsa mengisi ruangan ini. Bukan apa ada yang segan dan ada juga yang tak dapat kiriman emel. Jadi terpaksalah bersabar. InsyaAllah saya tidak akan berputus asa dan terima kawan-kawan yang bekerjasama mendapatkan bekas-bekas staf.
Apa khabar?
Alhamdulillah, baik.
Nama: Rokiah Yaacob. Nama glamour I, Rocs…
Kerja sekarang?
Businesswomen /Pengarah Syarikat
Nama Syarikat:-
1. Alam Sensasi Sensasi Holdings Sdn Bhd
2. Wider Wide Corporation Sdn Bhd
3. MBS Enterprise (M) Sdn Bhd
Adakah kerja sekarang adakah jauh beza dengan kerja di ITNM?
Ya, sangat jauh berbeza. Dulu saya bekerja mengikut waktu pejabat, sekarang ni tak kira siang, malam dan cuti umum walaupun hari raya, saya perlu memastikan perniagaan berjalan lancar. Dan yang syoknya, dapat selalu berjalan keluar negara…. Persamaannya dengan kerja yang dahulu ialah interaksi dengan orang ramai dan sekarang masih lagi begitu.. Oleh kerana ‘flexible hours’ kini saya juga dapat membuat sedikit kerja-kerja sukarela seperti menjadi sukarelawan untuk Hospis Malaysia..
Nama Syarikat:-
1. Alam Sensasi Sensasi Holdings Sdn Bhd
2. Wider Wide Corporation Sdn Bhd
3. MBS Enterprise (M) Sdn Bhd
Adakah kerja sekarang adakah jauh beza dengan kerja di ITNM?
Ya, sangat jauh berbeza. Dulu saya bekerja mengikut waktu pejabat, sekarang ni tak kira siang, malam dan cuti umum walaupun hari raya, saya perlu memastikan perniagaan berjalan lancar. Dan yang syoknya, dapat selalu berjalan keluar negara…. Persamaannya dengan kerja yang dahulu ialah interaksi dengan orang ramai dan sekarang masih lagi begitu.. Oleh kerana ‘flexible hours’ kini saya juga dapat membuat sedikit kerja-kerja sukarela seperti menjadi sukarelawan untuk Hospis Malaysia..
Apa kerja ketika itu kenapa berhenti?
I tak tahu nak panggil kerja sebagai apa.. semasa di Menara Pengkalen, mula-mula I masuk, I ditempatkan di bahagian Sumber manusia di bawah seliaan Pn Adi. Tugas I ialah mengumpul data dan mendaftar semua Penterjemah Sambilan untuk kegunaan para penterjemah yang ada.
Tak lama selepas tu, kena tukar ke Bahagian Penerbitan di bawah seliaan Encik Mohd Zali Shaari dan selalu berurusan dengan overseas Publisher untuk dapatkan copyright buku-buku yang hendak diterjemahkan oleh ITNM. Selain dari tu , I kena jadi ‘Secretary’ Encik Zali. I happy juga buat kerja tu sebab I dapat banyak baca buku-buku baru yang orang lain belum dapat lagi. Bila ITNM pindah Wangsa maju, I kerja di bahagian Sumber Manusia dengan Atie dan Bakri..
I berhenti kerja sebab masalah kesihatan dan keluarga sebelah husband pun ajak pindah Kota Kinabalu untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan
Tinggal di mana sekarang?
Sekarang ni kami sekeluarga menetap di Kota Kinabalu, Sabah. Entahlah tak pasti lagi sama ada kami akan tinggal semula di semenanjung atau tidak. Kalau sesiapa kawan2 yang datang KK pls give me a call ya..
Anak berapa orang?
3 orang. Dua perempuan dan seorang lelaki berumur 15, 13 dan 10 tahun.
Dulu masa kerja di ITNM siapa pengarah urusan?
Prof Dr Zaki dan Datuk Mahpor Baba
Tarikh mula masuk dan berhenti berkhidmat dengan ITNM?
Ala..tak ingatlah Che Lah. Maybe suruh Atie tengok file… tapi yang ingat, I kerja tak berapa lama kat sana. Kalau kerja pun, asyik MC aje…almaklumlah tak sihat masa tu.
Siapa yang masih anda hubungi di sini?
Che Lah, Atie, Siti Rafiah, Fauziah & Razin..Terima kasih sebab masih sudi mengingati saya yang jauh..
Apa kenangan yang anda tak boleh lupakan sewaktu kerja di ITNM?
Kena marah dengan Encik Razak…(Atie tahu kes ni!) dan akan membencinya sampai bila-bila.. Rasa bertuah kerana dapat mengenali rakan di ITNM seperti Fauziah dan Kak Yati yang tiada duanya…
Apa nasihat anda kepada yang masih ada?
Selamat berkhidmat dengan hati yang ikhlas dan terus memajukan ITNM
Ada yang anda ingin kongsi bersama dengan kita?
Yang saya ingat dan kenang, ITNM mengajar saya mengenali sikap sebenar rakan semasa menangis dan tertawa …
Okay siapa yang anda teringin nak jumpa(tak kira siapapun) dan apa sebabnya
Fauziah dan Kak Yati (Penterjemah) sebab saya rindukan mereka..
Apa yang anda simpan sampai sekarang?
Of course kenangan manis dan pahit semasa di ITNM
Boleh beri emel address untuk kawan2 terus menghubungi anda?
Boleh bah.. semuanya dialu-alukan.
Email : rocs@streamyx.com
No comments:
Post a Comment