21 November, 2008

Blog Kawan-kawan

Dah lama tak jengah ke Blog Shida sekarang sudah berwajah baru cantik. Ada banyak post baru. Macam tu lah baru seronok nak jengah.Teruskan perjuangan yang belum selesai. Beberapa minggu sudah Shidah telefon aku marah-marah sebab puji Boss dia dalam blog aku. Dia kata Boss dia pantang kena puji nanti berminggu-minggu tak habis modal dia. Biarkanlah Shidah orang jarang kena puji dia jadi gitu lah. Tapi dia memang nampak anggun ape?

Shidah kau tak nak ke nampak anggun macam tu? Tapi kau memang dah pakai macam tu. Aku rasa kau kena jaga makan lah. Takpun kau masuk kelas aerobik. Heheh. Untunglah Encik Khair dah baca blog dia. Aku ni dah lama nak kan addressnya tak dapat-dapat. Ada lagi member kita yang bina blog. Tapi belum bersedia nak uar-uarkan. Aku akan bantu dia jadi blogger yang berjaya.
Shidah juga dah pandai marah aku sebab nyanyi lagu Indonesia dalam Youtube. Memang semua lagu Indonesia. Nak buat macam mana kebetulan je hari tu. Lagipun sekarang ni dok gila tengok sinetron Olivia tu yang dok influence tu. Takpe nanti lain kali kita masuk local punya lak sama puisi-puisi enche. Pasti peminat puisi kat Indonesia suka kerana so far takde lagi upload puisi dalam Youtube.

Blog yang sekian lama mati juga kita telah hidup kembali. Kali ini dengan wajah yang lebih segar. Empunya nya inilah yang merangsang kelahiran blog enche's tapi nampaknya terhenti setengah jalan. Tapi takpe sekali bernafas teruslah bernafas. Anda yang cenderung dan menitik berat soal kecantikan dan kesihatan lawatilah blog ini Nazri hpa.

Dah tengok wajah baru blog ini teringin pulak nak lawakan wajah blog enche's. Tetapi biarlah sempena tahun baru nanti supaya ia nampak lebih bersemangat!

Blog Kawan karib Jefbuj bula menampilkan cerita Imam Samudra yang telah kembali ke rahmatullah. Menarik ceritanya. Klik lah pada namanya untuk mengikuti ceritanya.

No comments: