26 November, 2008

Senyum - Chocolate Chips

Aku dapat Kek Coklat hadiah hari jadi. Kek Coklat yang ditaburi dengan chocolate chips. Lazat sekali nampaknya. Teman aku ada bersama menunggu saat aku memotongnya. Dia perhatikan sahaja apa yang aku buat.

Aku buka kotak kek itu dan keluarkan kek dan meletakkan di atas meja. Tiba-tiba aku nampak ada chocolate chips yang jatuh di atas meja aku mengambilnya dengan jari telunjukku. Aku masukkan ke dalam mulut kerana tak mahu membazir.

Aduh selepas itu aku meludahnya kembali dan segera ke sinki untuk berkumur. Rupanya yang aku ambil tadi bukan chocolate tapi ianya adalah TAHI LIPAS! Rupanya sama seperti chocolate chips. Uweeek. Aku nak muntah. Sial.

2 comments:

Anonymous said...

ayoyo...
camna bleh ada t*** lipas eh?

Unknown said...

Mata dah kabur. T*** lipas itu memang dah ada atas meja tak perasan.Letak lak kek sebelah dia..emm jadi lah peristiwa itu..