Semalam berlangsung Majlis Penutup Kursus Penterjemahan Am (Intensif) anjuran bersama UPSI dan ITNM di Dewan Utama ITNM. Seramai 19 peserta yang terdiri daripada pegawai UPSI tamat kursus tersebut dan menerima Sijil masing-masing yang telah di sampaikan oleh Pengarah Urusan ITNM Encik Mohd Khair Ngadiron. Majlis turut dihadiri oleh Y. Bhg. Prof Mohd Mustamam Abd. Karim Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UPSI.
1 comment:
Mohon maaf, saya ingin bertanya, maaf kalau pertanyaan saya ini lancang, ENCIK Mohd Khair Ngadiron PENGARAH URUSAN ITNM ni dia ni ada sijil sebagai penterjemah tak? Kalau tak tahu menahu pasal penterjemahan dan marketing penterjemahan adalah amat malang untuk ITNM yang mendapat biaya kerajaan mempunyai pengarah urusan yang baru.
Maaf, sebagai orang bodoh saya merasa bodoh kalau saya kena bekerja dengan orang yang tak tahu apa-apa tentang apa yang saya kerjakan. Maksudnya sebagai penterjemah kalau boss saya tak tahu sepatah haram pasal penterjemahan atau pemasaran bahan terjemahan tentu saya tak syok. Memang pepatah mengatakan TAUKE LORI TAK SEMESTI PANDAI BAWA LORI ASALKAN BANYAK WANG, tapi kalau dia sendiri tak tahu pasal lori dah tentu lama-kelamaan dia akan kena tipu dengan derebar lori.
Sebab itu paling tidak di fahami, ITNM ni hdiup kat malaya ni dah lebih 14 tahun sejak pejabat di plaza pengkalen jalan raja chulan dulu lagi, tak kan la dari ramai-ramai staff yang ada tidak boleh diangkat dari bawah sebagai pengarah urusan, dan mustahil la beratus yang kerja kat situ sejak 15 tahun yang lalu tidak layak naik pangkat. Adalah lebih bagus menaikkan kakitangan yang berwibawa dari satu tahap ke tahap tertinggi lalu sampai ke kerusi pengarah urusan, berbanding dengan mengambil satu jawa dari kementerian kewangan atau ntah dari PTD mana datang mentadbir sebuah institut yang ada ilmiahnya.. saya tak faham kenapa kerajaan tak pernah faham tentang sejarah.
Kau orang yang kerja kat ITNM ni kena..... lu pikir la sendiri
Post a Comment