Aku tinggal di sebuah apartment. Biasalah bila tinggal di Apartment soal pembuangan sampah menjadi masalah sikit kerana setiap penghuni terpaksa membawanya ke tempat pembuangan yang di khaskan dan tempat itu agak jauh juga dari blok kediaman.
Menjadi kebiasaan penduduk akan meletakkan plastik yang berisi sampah di atas di hadapan cermin kereta, bumbung kereta atau di bahagian belakang kereta untuk memudahkan mereka membawanya ke rumah sampah sewaktu keluar dari rumah terutamanya di waktu pagi. Hendak diletakkan di dalam kereta nanti berbau pula.
Suatu hari aku telah melakukan rutin yang biasa tetapi hari itu entah kenapa aku melintasi rumah sampah tanpa berhenti kerana ingin cepat. Aku menjadi lupa kerana plastik sampah aku letakkan di bahagian belakang kereta.
Ramai penduduk yang melihat plastik sampah dibelakang keretaku telah mengangkat tangan sambil tersenyum kepadaku dan menunjukkan ke arah plastik itu tapi aku sangkakan mereka menegurku.
“Peramah betul penduduk di sini hari ini.” kataku sendirian sehingga aku melalui post pengawal. Dia juga memberikan reaksi yang sama. Aku sekali lagi mengangkat tangan sebagai membalas “lambaian mesra” mereka pagi itu. Terasa macam orang popular aku ni.
Aku meneruskan perjalanan seperti biasa ke pejabat sehingga dua tiga kenderaan membunyikan hon mereka terhadapku. Aku menjadi binggung kenapa aku begitu popular pagi itu. Akhirnya aku tersadar kealpaanku apabila ada seorang wanita yang memberi isyarat yang jelas bahawa ada plastik sampah di belakang keretaku. Aduh, malu!

1 comment:
Saya pun pernah alami situasi ni. Bukan di belakang kereta tapi di atas bumbung kereta. Semasa melintasi orang yang menunggu bas, saya diperhatikan. Tapi mereka tak senyum. Pelik pulak. Kenapa ye? Terlebih cantik ker? Hahaha... tiba-tiba teringat. Alamak!! Kantoi... Berhenti ambil sampah dan dibawa menaiki kereta sejauh 30km. Akhirnya dibuang ke dalam tong alam flora di Wisma ITNM... Sib baik sampah kering...
Post a Comment