Jumaat lalu teman lama di Istana Budaya (IB) menghantar khidmat pesanan ringkas supaya hadir dalam preview Teater Impak Maksima di Panggung Sari Istana Budaya. Aku terus mengiyakan sahaja bukan sebab teruja tetapi kerana dah lama tak dapat tengok teater. Lalu aku menghantar SMS pada seorang lagi teman bertanya khabar rupanya diapun hendak ke Panggung Sari juga malam itu. Kami berjanji jumpa di Kafe IB Jam 8.00 malam.
Dalam perjalanan teman lama tiba awal dan menelefon aku bertanyakan aku di mana. Aku masih terhegeh-hegeh di jalan raya. Jem. Biasalah waktu warga kota pulang dari kerjakan. Dia berpesan agar aku meletakkan kenderaan diluar sahaja kerana malam itu kenderaan terlalu banyak. Lebih dari preview biasa. memang benar aku tiba kehadiran seperti sudah hari-hari persembahan bermula. Biasanya preview hanya wartawan dan jemputan VIP sahaja yang hadir. Tetapi kali ini tidak seperti kebiasaannya.
Nampaknya aku terpaksa menapak jauh sedikit. Ada 'Mama' datang bersama teman lama itu. Kami masuk bersama rombongan wartawan dan memang tempat duduk agak susah mendapatkannya. Kalau datang lewat memang kena keluar balik atau dicampakkan ke tingkat atas.
Persembahan yang menampilkan Zarina AF2, Zek Zaidi, ZulHuzaimi, Dina dan Dynaz serta lain-lainpun bermula. Hampir separuh jalan kami mula berborak kerana tidak tahu hujung pangkal cerita dan motif yang hendak di sampaikan. Sekali sekala mata terbeliak kerana kemunculan kereta Sport yang melakukan aksi 'drift' di atas pentas. Aku tergelak bila teman lama bilang ni macam rancangan 'Mekar Sejambak'. Nyanyi-nyanyi menari. Nyanyi-nyanyi menari. Kemudian bergaduh kemudian race. Berebut teman wanita. Gaduh lepas itu tamat. Mungkin ia sesuai untuk remaja menontonnya. Remaja Purba macam aku tak sesuai.
Dalam pada itu sempatlah teman lama itu bercerita tentang rancangannya untuk membuka Restoran Melayu bersama adiknya di sekitar Lembah Kelang dalam waktu yang terdekat. Nanti dia nak aku hadir di majlis pembukaannya nanti. Bukan itu sahaja dia nak aku menyanyi. Wah pucuk dicita ulam mendatang nih. Teman nipun memang suka berkaraoke. Dia biasa hadir masa aku memasuki pelbagai pertandingan Karaoke. Aku senyum sahaja dan mengangguk.
Teater dah pun habis. Cepat betul waktu beredar. Tak terasa. Macam rasa tak puas hatipun ada gak. Tak apalah tengok show tu pun free. Masa keluar kami terserempak ramailah jugak teman-teman artis. Paling seronok aku juga jumpa teman kolej yang dah bertahun tak jumpa Zuhir.
Gambar bawah kiri itulah teman lama Zuhir dan gambar bawah sebelah kanan bonda hamba dan itulah teman lama Mahmud Ali Basha. Bonda hamba peminat setia Mahmud. Lihat wajah bonda hamba dulu (gambar lama ni) dapat jumpa Mahmud bukan main gembira dia.
No comments:
Post a Comment