20 November, 2008

Laporan Sukan oleh Ahmad Shuami

Lama tak dengar cerita sukan dari Shuami lalu aku menyuruh dia buat sikit laporan di sini. Inilah catatannya.

Salam.
Warm greetings from the Malaysian National Institute of Translation!

Ni update aktiviti sukan MESCA (bolasepak).

Latihan dan pemilihan pemain utk Karnival MSKPPM di Pulau Pinang dah bermula (tarikh tournament belum dapat dipastikan. Kemungkinan awal atau hujung Disember 2008).
Friendly matches mula 8hb dan 11hb November tempohari tapi batal sebab hujan. Latihan mula 14hb November. Pastu 18hb dan 19hb nih (itupun kalau x ujan) kat astroturf Bkt. Jalil jam 5.15 ptg.
Personel dr. ITNM yang terlibat ialah Nasharudin, Mazlie dan saya (itupun kalau dpt pelepasan, yg biasanya dpt coz bosses smua understanding…up skeeett)
Utk pengetahuan, wakil ITNM sentiasa di”rayu” utk turun bermula thn lepas setelah menggegarkan karnival MESCA dan menghilangkan badi “pasukan belasahan”.
Tahun ni sasaran agak tinggi di tournament MSKPPM coz last year kalah jumlah jaringan sahaja. Lepas setahun bersama, persefahaman dan ‘teamwork’ berada pada tahap yg agak memuaskan Cuma nak kena ‘polish’ sikit especially utk ‘old timer’ cam saya. Yg lelain tu, ramai pemuda2 harapan bangsa lagi.

Sekian, terima kasih.

No comments: