12 November, 2008

ROMLAH - SiNaganaga and Sindiket Soljah


Sinaganaga. Biasakah mendengar namanya? Seperti nagakah wajahnya. Tidak. Kacak kata Marsli N.O. Kawan lama (DBP sekarang Dewama) yang aku kenal masa mula datang dan kerja di Kuala Lumpur. Kreatif dan banyak idea. Ramahnya masih seperti dahulu.

Pertengahan tahun dulu aku menghubunginya kerana baru membina blog ingin berkongsi pengalaman. Walaupun sibuk betah dia melayan aku dan aku tidak tahu waktu bila dia benar-benar sibuk.

Lalu dia mempelawa aku membaca sajak di rumah pena di malam MASKARA. Itulah setelah sekian lama tidak membaca sajak -3 tahun selepas 2005 di tempat yang sama. Selebihnya di majlis-majlis di pejabat untuk Jamuan perpisahan dan juga di bilik mandiku.

Dua hari lepas aku menghubunginya ingin bertanyakan khabarnya. Dia sedang menghadiri bengkel Ilustrasi tapi masih mahu menerima panggilanku. Lalu bercerita tentang kelahiran Antologi cerpen dia bersama Sindiket Soljah yang memang aktif untuk aktiviti altenatif sastera di rumah PENA.

Sambil berkata..."belilah satu ROMLAH tu" aku mengiyakan sahaja kerana aku tidak tahu bila lagi dapat jumpa dia.

Tolong promote tu bolehlah tapi apa aku nak tulis- aku tanya dia. Kau tulis

Dari Kami lelaki yang sering dihubungi wanita untuk bercakap tentang lelaki lain!

Wah mangsakah kamu Sinaga kepada insan yang bernama wanita?
Anda yang berminat dengan Antologi tersebut boleh lawati blog Sinaganaga atau Sindiket Soljah untuk membuat pesanan. Cepat nanti naskhah tu habis.
Nantilah pula kemunculan novel dari Enche's ya...Sinaganaga dan Sindiket Soljah tolong promote leh tak?

No comments: