'Jangan lupa tengok panorama malam ini pukul 10.00 malam RTM1. Segmen Saya yang pertama sharp pukul 10.00 malam.'
Begitulah SMS yang aku dapat jam 8.43 malam. Aku tidak membalasnya kerana terlalu penat dan ingin melelapkan mata sebentar dan amat berharap akan sedar sebelum jam 10.00 malam.
Dan memang seperti yang aku doakan aku tersedar 5 minit sebelum waktunya. Terus aku menekan punat TV yang dah berusia lebih 10 tahun (tetapi masih okey macam aku tu) sambil mengadap komputer untuk mengemaskini blog dan meneruskan Novel Belum Berwajah ku.
PANORAMA itulah nama rancangannya dan aku menjeling sekali sekala ketika rancangan itu bermula sambil meneruskan post Happy Birthday to You.
Wajah yang sudah biasa dengan mataku itu keluar di kaca tv. Mengacara satu segmen yang diberi nama Nasi Ambang Masih Releven. Penggambaran dilakukan di tanah Felda Anggerik Jengka satu di Pahang. Itulah penampilannya yang pertama di RTM. Ermm.. okey juga kawanku ini bila tengok kat TV- cuma kena diet sket kalau mahu menyerlah penampilannya...wah tak lama lagi popularlah kau ya bisik hatiku.
Nizan itulah panggilan biasa aku terhadapnya. Syabas dan sekalung tahniah. Kau memang berbakat. Ada peluang untuk pergi lebih jauh lagi. Cuma perlukan kesungguhan dan ketabahan. Aku sentiasa doakan untuk kejayaan teman-teman.
Selamat Maju Jaya.
Pist.. bila nak nyanyi sama ni?
No comments:
Post a Comment