Bertemu dan berpisah sudah menjadi resam dunia. Kerana tiap sesuatu ada pasangannya seperti panjang-pendek, suka-duka, hitam-putih, tinggi-rendah, jahat-baik, zalim-adil, gemuk-kurus, hodoh-cantik, atas-bawah, lelaki-perempuan dan jika saya mahu menyenarainya nescaya satu post ini pun tidak akan mencukupi.
Sup Pak Hussin dah lama jadi cerita kami yang membuatkan Man 'giler' dan hari-hari tanya bila mahu ke sana. Kami lak kerja lebih dari Pak Menteri sibuk memanjang sampai balik pun selalu mengigau 'belek-belek buku'. Ketika Man tengah 'giler' dengan sup yang tak pernah dia rasa, waktu itu selalu hujan jadi pelan nak ke sana selalu tergendala.
Akhirnya tiba Hari Hari Terakhirnya dengan kami maka dengan rasa sebak membuak-buak rancangan itu dilaksanakan juga. Post ini bukan bertujuan untuk membuatkan Man sedih. Life must go on.
Bangkitlah, rezeki ada di mana-mana dan kita tetap bersaudara. Helo lah bila rindu atau klik saja enche's blog.
Semoga kamu akan melalui hidup yang lebih cemerlang dari kami.
Amin
No comments:
Post a Comment