Tentu ada yang kehairanan melihat blog yang tidak pernah 'missed' ini tiba-tiba berwajah sama untuk dua hari. Ini adalah kerana sepanjang dua hari lepas aku tiada di pejabat. Menghadiri Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional Kebangsaan di DBP. Perjalanan menghadiri ke seminar itu sebenarnya kalau dirakamkan di sini boleh menjadi novel, kerana apa yang dilalui adalah segar dan keluar dari rutin harian.
Bila pulang hari pertama sahaja jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Aku membuat 'connection' ke streamyx tetapi fail. Kecewa beberapa kali mencuba aku melenakan diri. Pagi esoknya aku mencuba lagi tetapi gagal lagi. Entah apa puncanya membuatkan aku menghubungi talian 100 tm. Katanya adalah masalah teknikal untuk kawasan Ampang. Oh patut lah. Tapi sampai malam ini aku masih gagal menghubungkan ke streamyx. Akhirnya aku tercampak ke CC malam ini dengan suara jerit-jerit pekerja-pekerja di sini. Untuk blog enche's takpe lah aku pekakkan sahaja.
Berbalik pada cerita DBP-Dahulu aku pergi kerja naik motor ke DBP, teringat ada bulatan Bulatan Edinburgh yang besar di situ. Tetapi sekarang keadaannya sudah berbeza sudah ada persimpangan lampu isyarat dan hari ini ditambah lagi dengan perancangan jalan bertingkat yang aku tidak berapa pasti menghubungkan dari mana ke mana. Pembinaannya membuatkan keadaan jalan bertambah kecil kerana kontraktor meletakkan kon-kon plastik putih dan merah. Hampir semua jalan yang mengarah masuk ke DBP ditutup. Inilah yang menyebabkan perjalanan menghadiri seminar menjadi sangat sukar dan membuatkan aku terpaksa mengambil Transit Aliran Ringan atau LRT STAR dan PUTRA sahaja.
Pengalaman atau cerita di dalam Seminar itu biarlah diceritakan dalam post yang lain. Di malam yang syahdu ini aku melayar ke blog baru milik teman. Terperanjat juga bila membaca berita di dalamnya. Judulnya Al Fatihah. Rupanya bonda teman sepejabat Sdr. Bakri telah kembali ke rahmatullah. Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah semoga Sdr. Bakri tabah menghadapi dugaan yang hadir. Marilah kita sama-sama menghadiah Al Fatihah kepada Arwah Bonda Sdr. Bakri. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang soleh.
No comments:
Post a Comment