Pada 24 dan 25 November 2008 telah berlangusng Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradional di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan dan semuanya menarik perhatian.
Sebelah malam pada 24 November itu pula diadakan Festival Pantun antara Kementerian kali ke-5. dan pasukan yang layak ke peringkat akhir ialah pasukan dari Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan Kementerian Pengajian Tinggi yang menjadi juara.
Y.B. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Timbalan Menteri Pangajian Tinggi telah hadir merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Yang menariknya sebelum Pertandingan itu ada persembahan dari pelbagai persembahan kesenian dari kementerian. Persembahan Tarian- Nelayan dan Petani dari Kementerian Pelancongan (Gema Warisan) sangat menarik kerana menampilkan persembahan yang standardnya seperti persembahan untuk pelancong. Ialah itu memang dah kepakarannya. Ada yang lebih menarik dari itu kerana dalam persembahan itu ada si cilik yang menjadi primadona. Sangat comel dan gerak tarinya persis puteri. Anak siapakah itu. Menari sambil tersenyum sangat manis. tapi sayang dalam ini gambarnya tak jelas sangat.
Sesuatu yang kita boleh banggakan apabila SN Prof. Muhammad Haji Salleh berkata seni pantun diterima dan hayati lebih dari 35 bahasa dunia. Dalam ucaptama ketika pembentangan kertas kerja pertama bahawa pantun wajar diterjemahkan ke bahasa lain. Dalam internet sendiri dapat dilihat ada laman web tertentu yang menyaksikan penduduk dunia antara negara dengan negara, benua dengan benua berbalas-balas pantun dan ia sangat menarik sekali.
No comments:
Post a Comment