Puisi ini minta dilahirkan oleh seorang teman untuk menghargai pemimpin kami. Namun saya tidak mendengar khabar berita setelah diberikan kepadanya. Dan ia tetap menjadi hakmilik enche's
Sesuatu yang pasti itu - Perpisahan
Akan datang bila tiba masanya
Menyempurnakan kitaran dalam pertemuan
Ibarat roda bulat bentuknya
Ibarat hidup mati akhirnya
Sesingkat waktu yang bertandang
Tercalit seribu rahsia pada dinding ini
Sempurna rupa dan bentuk yang jadi
Itulah hakikat dalam kesementaraan
Palitan ini sebagai tanda
Seribu satu penghargaan
Cerminan seribu rasa yang tinggal
Sejunjung kasih sekalung budi
Sehampar kenangan diabadikan
Terima Kasih kerana pernah hadir di sini.
Enche
2902 2008
Akan datang bila tiba masanya
Menyempurnakan kitaran dalam pertemuan
Ibarat roda bulat bentuknya
Ibarat hidup mati akhirnya
Sesingkat waktu yang bertandang
Tercalit seribu rahsia pada dinding ini
Sempurna rupa dan bentuk yang jadi
Itulah hakikat dalam kesementaraan
Palitan ini sebagai tanda
Seribu satu penghargaan
Cerminan seribu rasa yang tinggal
Sejunjung kasih sekalung budi
Sehampar kenangan diabadikan
Terima Kasih kerana pernah hadir di sini.
Enche
2902 2008
No comments:
Post a Comment