13 October, 2008

Apa Khabar - Nurul Huda Md Yatim


Suka jumpa dan berborak dengan Hud sentiasa senyum dan gelak. Kecik molek dan masih peramah walaupun kita dah tak sebumbung. Jom baca komen dan cerita Hud. Hud ni kot ya pemalu bagi gambarpun tak nak pandang kita.


Nama: Nama yang mak dan abah kasi ialah Nurul Huda Binti Md Yatim, tapi nama glamour Hud. Kalau nama yang ala-ala perempuan melayu terakhir, orang panggil Huda atau Nurul.

Apa khabar?
Alhamdulillah sihat sokmo

Tempat sekarang?
Sekarang kerja kat tempat yang banyak duit, Bank Negara Malaysia. Bahagian Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre), tapi teman idaklah banyak duit, cukup bulan jer dapat gaji.

Bagaimana kehidupan sekarang?
Sekarang Alhamdulillah oklah.

Mula kerja dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
Mula kerja di ITNM pada 29 September 2004, dan meninggalkan ITNM pada 14 November 2007

Dulu siapa Pengarah Urusan?
En. Shaharuddin Ali

Saya nak tanya pengalaman bekerja di ITNM. Boleh cerita sedikit?
Hmmm…complicated nak jawab nie, hampir dah tak ingat pengalaman disebabkan banyak sangat J. Mula-mula tu, Kerja bawah seliaan En. Mustaffa Kamal, diletakkan nun kat gua ITNM, perpustakaan. Kemudian, selepas En. Mus dah berhenti, diletakkan perpustakaan di bawah Puan Siti Rafiah. Masa tu, ITNM mengalami kegawatan sedikit, jadi fungsi perpustakaan ditutup, saya dipindahkan ke tingkat 3. Sebenarnya best duduk kat bawah sorang2 tue, mengantukpun orang tak nampak, hehehe. Yang penting, duduk kat situ, ditemani oleh buku-buku.

Ok, Sambung balik yang tadi tue. Di bawah Puan Siti Rafiah, saya kena buat kerja-kerja berkaitan hakcipta, kena liase dengan penerbit-penerbit minta kebenaran diorang nak translate buku-buku terpilih. Yang ni pengalaman lah, maklumlah, sebagai orang Malaysia yang suka makan belcan, berbelit gak nak tulis e-mail kat depa. Tapi, copy and paste je yang En Ahmad Noor Sulong pernah buat. Kerja nie susah gak, coz nak dapat feedback dari diorang punyalah lama.

Selepas tue, saya diminta oleh Puan Siti membantu Kak Niza dengan kerja-kerja kejurubahasaan memandangkan kak Hazidah diarahkan mengambil alih kerja-kerja hak cipta (nampak sangat den tak layak jang, eheheh). Yang bahagian nie sekejap jer coz selepas penstrukturan baru, saya diletakkan dibawah Pejabat Pengurusan Urusan. Yang nie mencabar dan tercabar. Kena buat paperwork dan pi mesyuarat dengan menteri (encem gak sebenarnya YB Datuk Hisahamuddin tue bila tgk live), hehehe..pastu, dalam 6 bulan, kena pindah ke Jabatan Terjemahan, bawah En Frank Ong. Yang nie, trademark saya ialah..”kwn, kwn…meeting, meeting..”, hehehehe..Akhir sekali riwayat hidup saya adalah di bahagian sumber manusia. Lebih kurang dalam 6 bulan jer, pastu pi Bank Negara.

Ada pandangan anda secara peribadi bekerja ITNM dan bezanya dengan kerja sekarang?
Setiap tempat ada keistimewaan masing-masing. tapi yang penting, kat sini tak berpeluang dapat hadiah besar bila ada family day coz staff ayer ramai woo, hehehe..

Masih ada menghubungi staf ITNM yang lain?
Hmmm…kadang-kadang jer antar e-mail kat ITNM. (ada dpt tak?)
Ada hud Terima Kasih. Jangan lupa hantar lagi.

Sudah berapa orang anak?
Anak kucing dan anak tekak J.

Apa ucapan/ pesanan kepada warga ITNM lama dan baru?
Pesanan apa yer (macam orang tua2 lak nak berpesan). Apa2 pun yang penting, di mana bumi berpijak, disitu langit dijunjung. Jangan asyik memandang awan sampai terlupa rumput di bawah.

Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat emel?
nurulhuda@bnm.gov.my


Siapa yang anda teringin nak jumpa?
Saya teringin sangat nak jumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz J (undi adalah rahsia).
Ye ke...jangan marah saya dah jumpa dia dulu. Bawakan penterjemah Arab dari Indonesia untuk dia sebab dia teringin nak jumpa.

Ucapan Anda.
Akhir kata, sempena Bulan Syawal yang mulia nie, saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua jika ada salah dan silap yang secara sengaja atau tidak yang telah, pernah atau akan saya lakukan yer J

Terima Kasih.
Sama-sama.

No comments: