26 October, 2008

Bongsaiku - Setahun telah berlalu




Al Kisah sepohon Bongsai. Yang ku angkat menjadi sebahagian dari diriku lalu ku bela dan ku belainya di sudut cipot balkoniku. Ku sirami dan ku bajainya. Ku jaga setiap waktu terluang (waktu yang tak terluang itu lebih banyak dari waktu terluang).


Bongsai yang comel mengeluarkan daun demi daun. Meranting dan memucuk. Menghijau akhirnya menguning. Dari segar akhirnya layu dan langsung menunjukkan ciri-ciri hidup segan mati pun mahu.

Aku sudah tidak terdaya untuk menahan Bongsai itu membunuh dirinya sendiri. Walaupun sedih tapi aku harus reda. Umurnya tidak panjang denganku. Setahun sahaja. Tiada kenduri arwah dan tidak laporan kematian yang aku buat. Kerana bimbang aku dituduh zalim dan tidak bertanggungjawab.

Tambah lagi aku sekarang dah jadi penulis blog pasti berita ini akan tersebar luas tanpa batasan. Lihatlah gambar di atas ketika Si Bongsai masih bernafas dan gambar di bawah adalah penjenayah bagi Bongsai yang jelita itu.


Ampunkan aku ya Bongsai. Aku tidak bersalah.

No comments: