12 October, 2008

Bolehkah Kita Berbohong?

Semua orang tertanya-tanya boleh ke kita berbohong sebenarnya. Dan adakah Islam membenarkan kita berbohong. Seorang wanita juga bertanya adakah bohong sunat dalam Islam kerana baginya bohong tetap bohong!


Aku menjadi teruja nak tahu jawapan yang akan diberikan oleh Dato' Dr. Fadilah Kamsah. Menurut Dato' bukan bohong yang dibenarkan tapi kita boleh melakukan muslihat. Muslihat dibenarkan untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar terjadi.

Lalu dia memberikan contoh Rasulullah melakukan muslihat pada masanya. Ketika Rasululah sedang berjalan beliau terserempak dengan seorang pemuda yang sedang berlari dengan cemas kerana dikejar sekumpulan manusia yang akan membunuhnya.


Datang sekumpulan manusia dan bertanya pada Rasulullah. "Wahai Rasulullah adakah kamu melihat seorang pemuda lalu di sini?" Rasulullah bertanya kenapa jika baginda melihatnya. Lalu kumpulan itu menjawab mereka akan membunuh pemuda itu.
Rasulullah yang sedang berdiri berundur selangkah ke belakang dan berkata. "Semenjak aku melangkah tadi aku tidak melihat apa-apa pun.". Itulah muslihat yang dilakukan Rasulullah.

Ada juga yang bertanya bolehkah berbohong untuk tujuan yang baik seperti memulihkan hubungan persaudaraan. Kata Dato' lagi itu bukannya bohong tetapi melakukan muslihat.

Dato' Dr. Fadilah juga berkata jika kita berbicara dengan seseorang dan bagi orang itu bercakap bohong kita hendak masuk ke dalam 'ruang peribadi'nya. Setiap orang ada ruang peribadi di sekitarnya iaitu dua kaki di sekililingnya. Kita hendaklah masuk dalam ruang itu dan berbicara dengannya.

Biasanya orang yang berbohong akan kelihatan resah gelisah, berpeluk tubuh dan melihat dengan banyak tempat. Pandanganya tidak tertumpu dan dia tidak akan menggunakan perkataan saya.

Pernahkah anda berbohong, dibohong atau terlibat dalam pembohongan? Atau anda sebenarnya melakukan muslihat! Siapa yang akan menilai bohong anda itu adalah sebenarnya muslihat? Dan yang paling penting perasaan anda sendiri setelah melakukan bohong atau muslihat adakah anda akan merasa tenang! Jika ya mungkin itu adalah muslihat tetapi jika tidak sudah pasti itu adalah bohong.

No comments: