Jarang aku nak merasa raya sekarang ini. Maksudku menghadiri atau bertandang ke rumah kenalan untuk beraya kerana al maklum sahajalah keadaanku. Tak perlu nak cerita lebih-lebih tapi jika berkesempatan memang aku tidak akan lepaskan peluang. Maaflah kawan-kawan ada yang menjemput tapi aku tak dapat hadir. Insya Allah jika ada kelapangan aku pasti tidak menghampakan.
Beberapa hari lepas dapat ke rumah kenalan bersama rakan-rakan sepejabat. Dapat makan masakan kampung Janda Baik. (Nak tergelak juga bila Kak Niza cakap “Haip… janda jangan sebut sensitip!” “Tapi takpe…bukan kemahuan fikiran”dia meneutralkan balik keadaan.)
Itulah masakan kampung yang dah lama tak rasa. Lengkap dengan sambal petai Udang, sambal belacan, telur dadar dan kerabu ulam. Peehhh. Mata sorang-sorang lepas itu boleh nampak macam mangkuk tingkat.
Terima kasih Saiful dan Atie AF1 serta ibunya…tak pasti ibu Atie tolong Atie ke Atie tolong Ibu Atie. Yang pasti masak lemak dan sambal petai tu memang terangkat! Semoga anda berdua di murahkan rezeki di panjangkan jodoh dan cepat dapat menimang cahaya mata...
No comments:
Post a Comment