30 October, 2008

Hadiah untuk pengunjung yang ke 10,000!


Dari hari ke hari jumlah pengunjung ke blog ini semakin bertambah. Sejak blog ini dilahirkan pada 9 jun 2008 sehingga hari ini 6974 pengunjung telah mengintai dan berkongsi maklumat di sini.

Setiap hari lebih dari 100 pengunjung hadir dan membaca di sini dan ada yang hampir mencapai 150. Kebelakangan ini angka itu begitu cepat melonjak dan saya menjangkakan dalam waktu terdekat angka yang saya nantikan itu akan hadir.

Saya tidak berniat untuk menjadikan blog ini sebagai terlalu peribadi sebagaimana orang lain lakukan. Jika anda mempunyai sesuatu berkongsilah dengan saya dan insyaAllah ramai yang akan mendapat manfaatnya.

Saya amat berharap kita akan dapat bertukar-kongsi maklumat dan jika anda mempunyai sebarang cadangan atau komen agar dapat mengemelkannya kepada saya melalui alamat yang tertera.

Sebagai menghargai anda pengunjung yang ke 10,000 saya akan memberi anda satu hadiah misteri. Tetapi anda hendaklah membuktikannya dengan apa cara sekalipun (seperti mengambil gambar foto dan mengemelkan kepada wwwenche@gmail.com atau menunjukkan kepada saya bukti anda pengunjung yang ke 10000. Hanya bukti yang pertama sahaja yang akan menerima hadiah atau emel pertama dengan bukti di alamat di atas. Dan anda perlu melakukannya dalam tempoh seminggu sahaja.)

4 comments:

Banafex Agrofarm said...

Aku nak hadiah juga boleh tak?

Unknown said...

boleh kejar aje nombor tu..jgn tdo dan jgn pergi tandas nanti terlepas. minggu depan aku agak..

Anonymous said...

Che Lah...
Nampaknya teman dah terlepas le hadiah tu... hari ni terlambat sedikit masuk ke blog nih... Anyway, tahniah diucapkan kepada pengunjung yg bertuah tu!

Unknown said...

Pengunjung itu dari Indonesia, rekod pada jam 21:10:54 untuk membuat carian dan membaca post Enche's: Kongsi Emel - Misteri Tanda Syahid". Dia berasal dari Jakarta, Jakarta Raya arrived from blogsearch.google.co.id. Tetapi malang sekali dia tidak menghubungi saya melalui emel atau post itu. Dia cuma ada masa seminggu dari semalam dan harus membuktikan kepada saya dia pengunjung ke 10 000!