27 October, 2008

Jumaat Yang Gembira - Terima kasih Chef Lin



Hari itu hari Jumaat. Penghulu segala hari kata orang-orang tua (orang tua tu bukanlah diriku maksudku). Telefon di mejaku berdering.
“Chelah ada orang nak jumpa kat bawah, turun ya” rakan sepejabatku memberitahu.
“Orang nak jumpa? Siapa ya?”aku bingung dan bertanya kerana aku tiada janji temu pagi itu.
“Ya..orang seorang wanita” rakanku membalas

Aku lagi bingung siapa ya. Kerana rakan-rakan lelakiku sahaja yang suka buat surprise padaku datang ke pejabat. Tetapi kali ini wanita.
“Wanita? Siapa ya?”aku bertanya lagi
“Okey sekejap. Cik nama apa?”aku dengar rakanku menyoal tetamu itu.

Biasa aku tidak secerewet itu apabila ada orang datang ingin berjumpa dengan aku tapi hari itu entah kenapa, seperti ada ‘sesuatu’. Setelah mendapat tahu siapa wanita itu aku lagi tertanya-tanya dan perasaanku menjadi tidak sabar untuk berjumpa dengannya.

Yalah bermula dengan sapaannya di CBOX ku. Aku menjadi tertanya-tanya. Setelah mendapat menjengah ke blognya aku dapat lagi ke blog personalnya pula. Semakin mendekatinya aku berkata “wah seorang penulis dan juga chef,”
Terus-terang aku sebelum ini aku kurang mengenalinya tapi sejak Atie bercakap mengenai Raja Menangis aku tahu Arjuna Hati dan kebetulan kelibatnya kulihat di TV dalam rancangan Blog semasa Ramadan yang lepas.

Sampai di lobi mataku terus meninjau ke tempat biasa di mana tetamu seharusnya berada. Nampak sahaja kelibatku wanita itu bangun dan memberikan senyuman dan menyapa namaku.

Aku gembira sekali, sudah lama aku tidak segembira itu walaupun aku ini ‘Happy go Lucky’. Tak sangka dia dapat menambah kenalan lagi dan yang datang itu adalah seorang penulis (juga Chef).

Itulah dia Norzailina Nordin. Aku menjemputnya ke sudut yang lebih selesa untuk berbual. Walau ramai yang lalu lalang aku cuba menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Seorang rakan lalu di situ dan senyum kepadaku. Aku membalasnya sambil meneruskan perbualan. Rupanya rakanku terhenti di suatu sudut dan berpatah balik kepadaku sambil bertanya.

“Chelah nak Tanya ni yang keluar dekat TV tu ya?”
“Ya Zai nape nak bergambar cepat!" aku mempelawanya. Zai malu-malu kucing.
Aku lihat Zainora tersengih-sengih tak dapat menahan kegembiraannya dapat jumpa dengan Norzailina atau Chef Lin. Rupanya Zai selalu tengok program yang diudarakan setiap pagi di TV mengenai rancangan masak yang dihostkan oleh Chef Lin.
Sebelum beliau beredar aku sempat bergambar dengan Kak Norz dan yang paling seronok dapat 'Cup Cake' sentuhannya dan sebuah buku terkini Selera padat dengan resepi pilihan Chef Lin. Aku sangat menghargai kunjungan Kak Norz dan doaku pada Kak Norz semoga Allah memurahkan rezeki Kak Norz, mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat, semoga Raja Menangis akan meletup-letup (soon)dan akhir sekali terimalah pantun dariku.

Akar keladi melilit Selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra ingatan sepanjang zaman.

Kemboja sekalung di tengah laman,
Waktu senja nampaklah suram;
Budi segunung jadi kenangan,
Semoga silaturahim kukuh bersemayam.

2 comments:

norzailina said...

Salam enche.

Wahh, tak sangka ada dua rangkap pantun yg sungguh indah dan menyentuh hati...terharu rasanya dapat bersua enche walau tak lama. Membaca entry yg sungguh menarik ni pun, amat mengujakan. Semoga pertemuan itu dapat meningkatkan semangat enche untuk berkarya, ya? Dan jangan lupa cuba resepi dalam buku tu...

Salam manis selalu.

Unknown said...

Ya sayapun sama. Rasanya waktu itu terlalu singkat kerana ada banyak perkara yang saya ingin bertanya pada Kak Norz. Tapi takpelah saya tetap bersyukur kerana biar singkat dari langsung tiada.
Saya mohon kepadaNya supaya saya ada rezeki lagi untuk bertemu Kak Norz.