01 October, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hari ini adalah Hari Raya. Hari kemenangan. Kemenangan mengawal hawa nafsu selama sebulan. Semua umat Islam di seluruh dunia menanti dan menyambut hari mulia ini dengan penuh kesyukuran dan gembira kerana selepas ini tak payah lagi puasa.

Rutin Hari Raya di Kuala Lumpur ialah pagi-pagi bangun sediakan juadah raya. Kali ini Nasi Hujan Panas saja dengan Kurma Ayam. Kalau ikutkan hati memang banyak nak buat tapi mungkin lepas tengah hari aku dan bonda saja di sini kerana adik-adik balik rumah mentua di Penang.

Sekitar rumah sunyi sekali tapi bunyi mercun yang dibakar oleh orang yang tak tahu apa tujuannya selain dari mengeluarkan bunyi bising terus kedengaran dari masa ke masa.


Lalu aku teringat akan makanan kegemaranku di Hari Raya. Ketupat Palas tapi kat sini mana nak dapat. Ketupat di sini mungkin tawar kerana ianya selalu dimakan bersama rendang atau serunding. Yang di Tantai Timur ada kacang dan selalunya manis.





Bagi kawan-kawanku yang jauh dimata tapi dekat di hati. Dulu takde duit nak kasi sekarang dah ada dan yang sudah lama tak merasa dapat duit raya ini ada sikit duit raya. Jimatlah sementara ada ya.




Kepada anak-anak ikan ku dalam kolam di Balkoni kaulah penawar hati di kala sunyi maafkan daku kerana tak tahu nak menyediakan baju raya. Tapi kalau nak makan kuih raya boleh aku rendamkan tapi korang jangan mampus lak.
Selamat Hari Raya...tidurr lah wahai permaisuri..

No comments: