15 October, 2008

Harga Minyak Dah Turun

Tiada apa yang lebih gembira apabila melihat tajuk-tajuk utama akhbar dengan berita penurunan harga minyak untuk kali ketiga sejak ia dinaikkan secara mendadak pada 4 jun 2008 (tarikh lahirku). Penurunan itu berdasarkan harga minyak dunia yang telahpun jatuh pada harga AS$87 dolar setong berbanding AS$147 harga tertinggi pada bulan Julai dan juga subsidi kerajaan terhadap minyak.

Dengan ini harga runcit petrol Pada RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 pula dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40 manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Kenaikan harga minyak menyaksikan harga barangan lain turut naik. Tetapi penurunan harga minyak menyaksikan yang naik tak turun-turun. Itulah kelebihan dan kepandaian peniaga-peniaga kita bila kita bising harga jualan mereka mahal. Apa yang mampu kita buat ialah nganga.

No comments: