Malu nak diceritakan tapi kalau nak difikir-fikirkan balik semuanya dah lepas lagipun aku bukannya sengaja. Dan aku pasti semua orang melalui pengalamannya sama selagi bernama manusia yang fitrahnya pelupa.
Aku mendapat panggilan telefon dari rakan di kaunter penyambut tetamu mengatakan ada seseorang yang ingin jumpa aku. Aku bergegas turun.
Di kaunter ada seorang wanita berketurunan Cina yang boleh aku panggil kakak. Dia mahu menyampaikan sesuatu kepadaku. Aku meluru mendapatkannya. Dia senyum sepanjang perbualan. Itu memang sifat ramahnya yang aku tahu.
Tetiba rakanku yang baru melalui kaunter penyambut tetamu kulihat terbeliak matanya memandang kepadaku sambil terkumat kumit mulutnya seperti ingin memberitahu sesuatu.Tetapi aku tak faham. Aku meneruskan perbualan dengan wanita Cina sehinggalah dia meminta diri.
Rakanku masih setia di sebelah kaunter, segera datang kepadaku apabila wanita itu beredar. Aku tahu dia sudah tidak sabar hendak mengucapkan sesuatu kepadaku dan juga lagi tidak sabar ingin mendengar apa ceritanya.
“Abang lupa zip seluarlah?”dia membisikkan ke telingaku.
“Alamak.Patutlah wanita itu senyum sahaja sepanjang perbualan tadi”kataku.Malu-malu.
No comments:
Post a Comment