Berikut disiarkan pilihan pantun yang saya terima melalui SMS. Saya percaya ada di antaranya adalah cuma SMS yang dipanjangkan sahaja dan ada juga karya asli si pengirim. Walau apapun itu saya anggap hanya perkara kedua. Yang utama ialah pantun tetap popular untuk meraikan Aidil Fitri.
Mencari mengkuang ditepi paya,
air di paya teramatlah dingin;
ingin mengucapkan selamat Hari Raya,
minta ampun maaf zahir dan batin. (Saiful Anuar)
tanak ketupat di pagi hari,
jamah lemang berendang kari,
sms ini pengganti diri;
kususun sepuluh jari,
mohon ampun keterlanjuran diri,
dari hujung rambut ke hujung kaki. (Saiful Azman)
Lapar puasa terketar-ketar,
Bila berbuka lega rasanya.
Kad raya tak sempat nak hantar.
Cara SMS pun dah kira ok lah ya. (Shah )
Masak lemang sambil berdiri,
Hendak di makan di aidil Fitri;
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
Hanya sms pengganti diri. (Mariani)
Kambing ranggi naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang;
Walau SMS saja yang diberi,
Itu tanda ingatan tak hilang. (Nijam & Isteri)
Satu syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegar jiwa;
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di Hari Mulia. (Faizal)
No comments:
Post a Comment