Hari ini bonda nak sarapan nasi goreng yang beli kat kedai. Aku tahu bukan aku masak tak sedap tapi lidah bonda kadang-kadang nak merasa yang dibeli dari kedai. Sebelum keluar aku dah siapkan bonda Putu Mayam dan Milo 'O' dalam dulang tepi tempat dia baring. Aku keluar Bonda masih tidur. Bolehlah keluar lama sikit untuk sarapan kerana sarapan sementara dia dah ada.
Lalu aku dah sampai di kedai aku capai apa yang hendak aku makan sambil membaca akhbar harian METRO. Belek-belek aku tertarik dengan satu berita 'Bawa Mayat ke Balai'
Membaca berita itu membuatkan aku tak boleh berhenti sehingga habis cerita itu. Kisahnya dua beranak yang meninggal dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju. Dua beranak itu sedang berjalan menuju ke masjid untuk solat maghrib. Aku bayangkan betapa besarnya pahala ketika nyawanya diambil sedang dia dalam beribadah.
Tetapi apa yang membuatkan aku terbeliak mata ialah si pemandu tidak perasan mangsa yang dilanggarnya telah terpelanting dan jatuh di atas bumbung keretanya dan pemandu itu tidak memberhentikan kereta sebaliknya memandu hingga ke Balai Polis untuk membuat laporan tanpa menyedari mayat itu berada di atas bumbungnya. Mangsa yang berada di atas bumbung itu adalah anak dari dua beranak itu.
Mayat bapanya dijumpai oleh seorang penunggang motosikal yang melanggarnya secara tidak sengaja sebelum membuat laporan kepada pihak Polis. Begitulah qada dan qadar tuhan tiada siapa yang tahu. Yang pasti Allah telah memelihara kedua mangsa walaupun telah meninggal khabarnya disampaikan dengan begitu cepat ke pengetahuan umum.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas jenazah keduanya dan menempatkan bersama-sama orang yang soleh. Pengajarannya kepada kita yang membaca berita ini memandulah dengan berhemat dan berhati-hati ketika memandu di kawasan kediaman dan cuacanya kelam.
No comments:
Post a Comment