04 September, 2008

Bazaar Ramadan



Kusangkakan kenaikan harga minyak akan menyebabkan bilangan umat Islam yang mengunjungi Bazaar Ramadan akan berkurangan tetapi sangkaanku meleset. Malah makin bertambah dari tahun ke tahun. Lihat sahaja salah sebuah Bazar Ramadan di Kuala Lumpur-Setiawangsa (gambar di atas).

Hendak lihat makanan pun susah kerana manusia berduyun-duyun berjalan berhimpit-himpit, berlaga-laga masing-masing sibuk menghidu makanan yang bisa membuka selera ketika berbuka puasa nanti.

Ketika itu pahala puasa pun dan tinggal berapa kerana pahala puasa dah gugur bertaburan ketika bergesel-gesel di Baazar Ramadan. Adush.

Tahun ini Bazaar Ramadan sebelah Carrefour dan tiada lagi kerana ada projek di bangunkan di situ. Tapi ada Baazar yang baru pula yang tumbuh iaitu di perkarangan Zoo Negara. Tapi sebagaimana biasa dan belum popular ia akan menjadi sunyi dan mengambil masa untuk dikunjungi. Pak Cik dan Mak Cik Sabor lah yo.

Kemeriahan Bazaar Ramadan seperti di Pasar Keramat, Keramat, Keramat Permai, Taman Melawati, Danau Kota, Ukay Perdana dan lain-lain tempat sebelah sini tetap meriah seperti biasa. Cuma pesanan kepada yang gemar mengunjungi Bazaar Ramadan jangan rambang mata. Membeli ketika lapar memang semua nak. jadi bayangkanlah anda dah kenyang ketika nak membeli makanan!

Bagi yang suka memakan masakan sendiri itu adalah paling baik kerana kebersihannya sudah tentu terjamin dan yang hendak mencuba resepi baru boleh lah melayari blog rakan baik saya dari Sarawak Jefbuj .

Melihat kepada visual yang di paparkan seperti lazat-lazat sekali hidangan yang terdapat di dalamnya. Akupun ada resepi nak bagi kat sini iaitu Solok Ikan dari Kelantan tapi lain post aje lah ye. Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

No comments: