Akhirnya aku dipanjangkan umur hingga ke hari ini untuk membolehkan aku melewati tarikh 14 September 2008. Tarikh penubuhan dan Ulangtahun ITNM yang ke 15. Bukan sedikit angka 15 itu tapi sebenarnya bukan lama pun juga seperti baru semalam aku bekerja di ITNM.
Tahniah ITNM semoga terus berkekalan dengan sinar dan terus cemerlang tidak kira siapapun yang hadir menerajuinya. Pada kali ini perayaan Ulangtahun ITNM di sambut di dalam bulan Ramadan dan acara berbuka puasa akan diadakan di Dewan Tun Rahah. Rasanya inilah tempat yang paling gah sepanjang ITNM menyambut hari Ulangtahunnya.
Pada majlis petang ini juga akan diadakan Majlis Pelancaran Koleksi Buku Falsafah yang akan di rasmikan oleh Menteri Luar Negeri Malaysia-Yang Berhormat Datuk Seri Utama Rais Yatim.
InsyaAllah jika keadaan mengizinkan dan ada saudaraku yang mahu menguruskan umi aku akan hadir untuk memberikan liputan pada petang ini. Seminggu ini aku agak kelam kabut kerana kesihatan aku dan umi yang merosot. Beberapa hari lalu aku sering bawa Umi ke klinik, semalam ke Hospital Ampang dan hari ini ke Pusat Perubatan Tradisional-Cakera Alam pula. Semoga Umi lekas baik. Jangan sedih Mi aku dan adik akan berusaha untuk lihat Umi sihat kembali. (Sedih lihat Umi nangis di perbaringannya).
No comments:
Post a Comment