11 September, 2008

Apa Khabar -Amir Muslim


Sekali sekala dia akan datang ke ITNM kerana urusan terjemahan. Mungkin di kalangan yang baru tidak tahu bahawa beliau ini merupakan staf ITNM dahulu. Jom baca!

Nama: Amir Muslim

Apa khabar?
Baik, seadanya. Warga ITNM Apa Khabar?

Tempat sekarang?
Kita bekerja sendiri. Pejabat Di rumah aje.

Bagaimana kehidupan sekarang?
Life goes on as usual. Sibuk dengan kerja mencari duit. Dapat duit pergi melancong.

Mula kerja dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
2004/2005

Saya nak tanya pengalaman bekerja di ITNM. Boleh cerita sedikit?
Rasanya macam bekerja di rumah, Cuma tak boleh masak-memasak dan bawa tikar bantal! Seronok bekerja sebab ramai kawan di situ. Balik lewat pun tak mengapa.

Ada pandangan anda secara peribadi bekerja ITNM dan bezanya dengan kerja sekarang?
Dari segi kerja, sama saja: menterjemah, menterjemah dan menterjemah.

Dulu siapa Pengarah Urusan?
Encik Shaharuddin Ali

Masih ada menghubungi staf ITNM yang lain?
Ramai, tak tersebut. Jika disebut takut ada nama yang tak disebut nanti kecil hati pulak.

Sudah berapa orang anak?
Masih mengira nak berapa.

Apa ucapan/ pesanan kepada warga ITNM lama dan baru?
Kepada yang baru, timbalah pengalaman sebanyak mungkin, kepada yang lama, teruskan berkhidmat. Tingkatkan prestasi, kurangkan makan nasi.

Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat emel?
jomterjemah@yahoo.com

Impian anda?
Impian saya membuka galeri keluarga yang menghimpunkan dan mempamerkan barang lama yang menjadi kenangan.

Terima Kasih
Sama-sama

No comments: