07 September, 2008

Apa Kata Dia - Ahmad Norly Makan2 Cafe




Jauh perjalanan luas pandangan itulah pepatah Melayu mengenai minda orang yang mengembara di luar dari tempat sendiri. Kali ini saya berjaya mendapatkan kerjasama rakan lama yang merantau di tempat orang- Australia kerana belajar dan bekerja sekaligus berkongsi pengalaman berpuasa dan bekerja di rantau orang.


Apa Khabar?
Khabar baik jeh.

Sudah lama di Perth?
Hampir sedekad dah.
Seronok di sini?
Seronok ada, sedih pun ada tapi adatlah kan kalau merantau...

Business apa ya?
Business macam2 dah buat selama di sini.. dulu jadi broker finance.. pastu bukak kedai makan.

Sambutannya bagaimana?
Mmmm.. Alhamdulillah sambutan baik di kalangan pelajar asia dan juga orang2 tempatan.

Tentu menarik jika dapat kita kongsi bersama pengalaman
berpuasa di sini?
Tidak semeriah di Malaysia...

Apa perbezaan ketara berpuasa di sini?
Sambutan ramadan hampir tiada, hanya kita yang berpuasa dapat merasakannya, kalau keluar keadaan sama seperti hari2 biasa... orang makan minum seperti biasa. Tiada lagu2 raya...tiada juadah2 berbuka puasa boleh dibeli...

Apakah jenis makanan yang saudara sediakan di Restoran Makan2 Cafe dan Makanan yang digemari di sini terutama ketika bulan ramadan?
Makanan nasi campur seperti nasi kandar, lemak dan beriani dengan lauk2 daging rendang, sambal ayam, kari ayam, kambing, tahu dan telur sambal jadi pilihan. Selain itu roti dari roti kosong hingga murtabak serta gorengan. Western pun ada, tbone steaks, chip dan lamb chops.

Siapa pelanggan utama Makan2 Cafe?
Pelajar asia dan golongan muda orang putih.

Adakah kualiti masakan/makanan yang disediakan sama seperti di Malaysia dan apakah masalah utama anda?
Kualiti sama seperti di Malaysia kerana orang kita yg masak... cuma bahan2 dipakai banyak yang frozen. Masalah utama.... susah nak cari pekerja mahir!

Berapa banyak restoran yang menyediakan makanan seperti ini di sini?
Mungkin dalam 3 atau 4 tapi hanya Makan2 Cafe buatan Malaysia... lain2 tu dari kepulauan Cocos.. Indonesia atau Singapura.

Waktu peniagaan anda sewaktu bulan Ramadan?
Sama aja... 12.00 tengah hari hingga 11.00 malam.

Jika ada warga Malaysia yang mahu ke Restoran anda bagaimana mereka ingin mencarinya.
Dialu-alukan. Layari makan2.com atau telefon +61894702333


Ucapan anda untuk seluruh warga Malasyia sempena puasa dan raya?
Malaysia boleh!!! Ok...ok. Untuk semua teman2 di Malaysia, saya dan juga krew2 di Makan2 Cafe, Perth ingin memohon Maaf Zahir dan Batin sempena bulan yang mulia ini... dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Panjang umur kita jumpa lagi.

Terima Kasih
Sama-sama. Layarilah Makan2 Cafe di http://www.makan2.com/


Alamat Makan2 Cafe di Perth, Australia ialah: Makan2 Cafe 357 Albany HwyVictoria ParkWA 61009470 23339470 2333

No comments: