06 September, 2008

Puisi - Biarkan Aku Mati

Biarkan Aku Mati

Aku ingin mati
Biarkan aku mati di sini
Lantaran aku sudah bosan hidup begini
Kering dan gersang ketika selesai amanah besarku

Dari rimba udaranya nyaman
Aku lamar ke puri yang cantik
Aku hadir ke sini menghias ruang
Diangkat ke persada yang lebih besar
Untuk satu upacara kemudian aku ditinggalkan di sini
Kering, gersang keras dan kematu
Kerana kealpaan mereka

Upacara berakhir dengan senyum
Aku berakhir dengan kematian
Aku dibiarkan mati di sini
Sebelum aku dibebaskan dari sarang batu ini
Mungkin aku dicampakkan sahaja
Itulah pengkebumianku
Sebagai acara terakhir

Kupu-kupu terbang melintasi
Dan ulat pun sudah tidak lagi sudi
Di dahan keringku

Enche
27 ogos 2008

No comments: