01 September, 2008

Orang Kampung Pulang Kampung Sambut Puasa

Cuti hujung minggu ni tak macam cuti biasa. Dah macam cuti raya lak. Kawan-kawan semua sibuk tambah cuti balik kampung sebab nak sambut puasa kat kampung. Untung gak jadi aku sebab kampung yang datang kepadaku. Aku raya nanti pun kat sini (Uwaa....)

Jalan raya hari sabtu khususnya MRR2 sesak kedua-dua arah. Masing-masing semua nak balik kampung. Patut lah sambutan Kemerdekaan tak rasa apa-apa count down pun aku terlepas. Tau-tau aku tengok budak-budak bilis naik basikal kenit ada Jalur Gemilang kat belakang satu kumpulan rayau-rayau macam tak tau nak pergi mana.

Abang-abang rempit mereka pun tak berpesta sebab dah balik kampung agaknya. Kat apartment aku ada lak yang murah hati beli mercun yang bajet besar. Maka dapatlah umi dan aku lihat bunga api melalui balkoni sahaja.

Kawan-kawan yang aku call semuanya kat kampung adik aku pun balik kampung isteri dia sebab ada sedara kawin. Macam bosan gitu. Umi pun bosan sampai dia ajak aku kuar shopping.(Tak sah kalau umi datang tapi tak shopping. Ada dua tiga barang lagi dalam list umi.)

Kuala Lumpur betul-betul sunyi. Tapi Hari Raya Kuala Lumpur lagi sunyi dari ini. Selamat Berlibur warga kota tapi jangan lupa pulang bekerja esok.

No comments: