Manusia selalu lupa pada janji
Adalah wajar bila seseorang mengharapkan impiannya tercapai. Orang miskin berharap menjadi kaya, orang bodoh bercita-cita menjadi pintar, pekerja berjawatan rendah menginginkan jawatan yang tinggi dan seorang pengusaha ingin mendapatkan keuntungan yang besar.
Agama tidak melarang impian seperti itu. Allah membuka pintu doa bagi mereka yang mempunyai pelbagai harapan. Jika dimohon dengan sungguh- sungguh, Allah pasti mengabulkan.
Pada dasarnya semua yang diberikan kepada manusia (baik atau buruk) adalah ujian. Tapi ternyata hanya mereka yang ditimpa keburukan saja yang merasa diuji, sementara yang diberi kebaikan merasa dikasihi.
Padahal boleh jadi yang ditimpa keburukan itu lebih dikasihi Tuhan.
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cobaan." (Surah Al-Anbiyaa', ayat 35)
Nabi Sulaiman diuji dengan harta yang banyak, tapi dia sedar bahawa harta yang dimilikinya adalah ujian dari Allah S.W.T.
"Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya."
Surah An-Naml, ayat 40)
Nabi Ayyub diuji dengan pelbagai penderitaan iaitu kemiskinan dan sakit yang tidak sembuh. Tetapi ia berjaya menghadapi ujian itu karena kesabaran dan tawakalnya kepada Allah. Ketika isterinya mengusulkan kepadanya agar minta kepada Allah supaya penyakitnya sembuh, ia berkata,
"Aku malu kepada Allah. Bertahun-tahun aku sehat dan kaya, sementara baru beberapa saat saja aku sakit dan jatuh miskin."
Antara kita ada yang tidak tahan menghadapi ujian dan cobaan dari Allah, terutamanya jika ujian yang diberikan berupa penderitaan dan kemiskinan. Jika boleh memilih, kita lebih suka diuji dengan kebaikan. Kerana itu, ramai yang suka berandai-andai.
Seandainya saya diberi kekayaan, sebahagian besar kekayaan itu saya sedekahkan untuk yatim piatu dan pelbagai amal kebajikan lain. Ramai juga andaian-andaian ini kemudian menjadi kepada Allah swt. Janji seperti ini dilakukan oleh ramai orang dengan pelbagai hajat.
Sungguh mudah bagi kita untuk membuat janji. Baik janji kepada diri sendiri, kepada orang lain, lebih-lebih lagi kepada Allah swt. Akan tetapi, apabila harapan kita telah dipenuhi, maka janji tinggallah janji. Apabila Allah memberi kekayaan, kita mula menjadi bakhil. Apabila jawatan sudah dipangku, kita mula tidak amanah.
Keadaan ini dinyatakan oleh Allah:
"Dan di antara mereka ada yang telah membuat janji kepada Allah (dengan berkata): "Sesungguhnya jika Allah memberikan kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi orang-orang yang soleh."
Kemudian setelah Allah memberikan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya, dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangi (kebajikan).
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah, dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.
"Tidakkah mereka ketahui bahawa Allah sentiasa mengetahui akan apa yang mereka rahsiakan, serta apa yang mereka bisikan, dan bahawasanya Allah amat mengetahui akan perkara yang ghaib." (Surah At-Taubah, ayat 75-78).
Semoga kita semua sentiasa berpegang kepada janji. Wassalam
Terima Kasih Kepada Sdr. Burhan
No comments:
Post a Comment