02 September, 2008

Ucapan Selamat berpuasa

Ucapan selamat berpuasa dari rakan-rakan sempena kedatangan bulan Ramadan






Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga semua umat Islam dapat melaksanakan ibadah wajib ini dengan sempurna dan diharap agar ramadan ini dapat ditunaikan dengan keamanan dan kesejahteraan dan tanpa pertumpahan darah. InsyAllah. - Amran-Selangor








Assalamualaikum Wr.Wb.


Kita telah memasuki bulan suci Ramadhan 1429 H, maafkan segala khilaf dan dosa baik yang disengaja atau tidak, semoga amalan puasa kita diterima oleh Allah SWT. Akhir kata saya mengucapkan selamat menunaikan ibadan puasa mohon maaf lahir bathin.Wassalam

Munar Acheh- Indonesia







Ucapan Selamat berpuasa kepada semua dan juga Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kerana Izzah pun nak cuti bersalin dua bulan. doakan Izzah selamat semuanya. Insya Allah jumpa lagi. Nurul Izzah-ITNM Kuala Lumpur







Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan pada tahun ini kepada enche's blogspot, tak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang yang pernah dirinya disiarkan dalam blog ini seperti Apa Kata Dia, adik adik yang kacak dan cantik-cantik belaka dalam Cumi dan Ciki semoga di bulan yang mulia ini diberkati segala amal dan ibadat.- Mobisa Wangsa Maju-Kuala Lumpur






Selamat menunaikan Ibadah Puasa kepada semua kenalan, juga kepada peminat setia blog ini. Semoga Ramadan ini akan mengajar kita untuk lebih bersyukur di atas segala kurniaanNya.- Burhan.Kuala Lumpur








Nak mohon maaf jikalau sepanjang I kerja di ITNM dahulu telah menyhinggung perasaan sesiapa jua. Maafkan saya. Selamat Berpuasa. Kak Rok- Kota Kinabalu. Sabah










Selamat berpuasa kepada pembaca blog enche's dan semua staf ITNM. Terima Kasih atas pengalaman yang diberikan. Moga berguna kepada kami kelak. - Yihada USM-Pulau Pinang




Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Semoga semua amalan sepanjang Ramadan mendapat keberkatan Allah s.w.t. Aminnn...
Linda Hani.- Ampang-Selangor


No comments: