09 September, 2008

Manusia Dari Dua Zaman Berbeza Bertemu?


Tentu anda terkejut dan keliru melihat gambar di atas. Bisakah manusia dua alam yang berbeza bertemu? Allahyarham Tun Abdul Razak telah lama meninggal dunia. Yang anda lihat itu adalah saya dan potret Allahyarham yang bersaiz besar diletakkan ruang berhampiran di Dewan Besar Tun Rahah. Di Menara Yayasan Tun Razak.

Semalam rombongan ahli jawatan kuasa Majlis Berbuka Puasa ITNM dan Pelancaran tiga buku telah melawat lokasi majlis sebagai gambaran jelas dan persiapan untuk majlis itu.Turut hadir sama ialah Pengarah Urusan ITNM En. Mohd Khair Ngadiron.


Majlis Berbuka Puasa akan di adakan pada 14 September 2008 bersempena sambutan ulang tahun penubuhan ITNM yang ke 15. Tiga buah buku yang akan di lancarkan ialah: Tafsiran Budaya, Falsafah Dunia dan Gagasan Agung. Dijangkakan 300 jemputan akan hadir termasuk staf ITNM


Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Abdul Razak bin Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pekan, Pahang, dan telah dibesarkan oleh datuknya dalam keluarga yang memelihara tradisi, adat resam dan agama. Abdul Razak membesar sebagai seorang kanak-kanak yang sering disebut sebagai contoh di kampungnya – taat kepada orang tua, cerdas dan bersopan-santun.Abdul Razak mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu di Kampung Langgar di Pekan, Pahang pada zaman awal pemerintahan British. Dia bukan seorang pelajar miskin – ayahnya ialah Datuk Hussein, salah seorang pembesar wilayah di negeri Pahang – namun dia pergi ke sekolah berkaki ayam, semata-mata kerana perasaan hormat kepada rakan-rakannya yang rata-rata datang dari keluarga miskin dan tidak mampu membeli kasut sekolah. selanjutnya

No comments: