10 September, 2008

Pengarah Urusan ITNM

Inilah wajah Pengarah Urusan yang pernah bertugas di ITNM





~ Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar : 14 September 1993 – 30 Jun 1996
~ Dato’ Mahpor Baba : 1 Julai 1996 – 31 Ogos 1999
~ Tuan Haji Amdun Hussain : 1 September 1999 - 31 Ogos 2001
~ Puan Hajah Hamidah Baba : 16 Januari 2002 - 31 Januari 2004
~ En. Sharuddin Ali : 26 Julai 2004- 25 Februari 2007
~ En. Mohd Khair Ngadiron : 30 November 2007 - sekarang

Prof. Dr. Zaki merupakan Pengarah Urusan ITNM yang pertama beliau di antara orang yang bertanggungjawab ke atas penubuhan ITNM. Impian beliau untuk melihat ITNM wujud 15 tahun yang lalu telah menjadi kenyataan. Memulakan usaha menjadikan ITNM satu realiti bermula ketika beliau berkhidmat di UTM lagi.

ITNM yang baru lahir menyewa Menara Pengkalen di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur. Antara buku-buku awal yang diterbitkan ialah Koleksi Rafflesia manakala buku Penampilan Imej telah di lancarkan di Hotel Riviera Bay Resort Melaka beberapa tahun selepas itu. Pelantikan beliau adalah secara lantikan oleh Kementerian Kewangan.

Pengarah Urusan kedua ialah Dato’ Mahpor Baba. Pengalaman luas dalam bidang pendidikan telah menyediakan landasan yang banyak membantu pergerakan penerbitan ITNM. Tetapi agak malang sedikit kegawatan ekonomi yang melanda negara telah menyebabkan ITNM juga turut terjejas.

Beliau dengan langkah bijak memindahkan segera ITNM dari Pengkalen ke bangunannya sendiri di Wisma ITNM di Wangsa Maju bagi mengelakkan kos penyewaan dan operasi ITNM yang agak tinggi ketika itu. Dalam kegawatan ekonomi banyak buku-buku berjaya diterbitkan pada masa Dato’ Mahpor menerajui ITNM. Pelantikan beliau juga adalah secara lantikan oleh Kementerian Kewangan.

Tuan Haji Amdun Hussain menggantikan Dato Mahpor Baba berikutnya. Pada masa ini jawatan Pengarah Eksekutif menggantikan jawatan Pengarah Urusan. Beliau pernah berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pusataka dan merupakan tenaga pengajar UPSI sebelum berkhidmat dengan ITNM.

Beliau melihat bahagian terjemahan perlu dikembangkan dan pada masa itu ramai penterjemah dalaman telah diambil untuk meningkatkan kekuatan penterjemah dan kualiti terjemahan. Pelantikan beliau juga secara lantikan Kementerian Kewangan.

Puan Hajah Hamidah Baba pula menggantikan Tuan Haji Amdun Hussain sebagai Pengarah Eksekutif yang keempat. Pada masa ini penerbitan buku agak terbatas kerana ITNM di kekang oleh tuntutan sebagai badan korporat yang memikirkan soal keuntungan dan dalam waktu yang sama terpaksa menerbitkan buku-buku terjemahan yang kurang di pasaran menggunakan dananya sendiri.

Walaupun demikian di waktu inilah pelancaran hebat buku Koleksi Minda Mahathir telah berlangsung. Buku `Koleksi Minda Dr. Mahathir' telah dilancar oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 12, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 13 Mei 2003. di Hotel Marriot Putrajaya. Pada masanya juga logo ITNM melalui perubahan dengan memperkenalkan logo baru melalui pertandingan. Pelantikan Puan Hajah Hamidah adalah secara lantikan oleh Kementerian Kewangan.

Jawatan Pengarah Urusan kembali semula ke ITNM dengan Pengarah Urusan kelima Encik Shaharuddin Ali mengambil peranan. Pertama kali dalam sejarahnya kekosongan jawatan pengarah ITNM diiklankan di media dan Encik Shaharuddin Ali telah berjaya.

Beliau telah dapat menyakinkan panel pemilihan dengan rancangannya membangun dan membawa ITNM ke tahap yang lebih cemerlang. Berlatarbelakang bidang undang-undang. Ketika ini ITNM mendapat ruang dan kerjasama yang baik untuk penerbitan buku-buku terjemahan dengan sokongan dan bantuan dari Kementerian Pelajaran.

Pengarah berikutnya Encik Mohd Khair Ngadiron menggantikan tempat Pengarah kelima setelah Encik Shaharuddin mengambil keputusan untuk kembali ke dunia perundangan iaitu ke Bar Council ketika itu. En Mohd Khair Ngadiron pula mempunyai latar belakang Pentadbiran Pendidikan yang mempunyai pandangan bahawa masa hadapan ITNM sangat cerah, meneruskan aktiviti penterjemahan yang terhenti seketika dan meneruskan kecemerlangan pencapaian ITNM dalam bidang terjemahan. Pelantikan En. Mohd Khair Ngadiron adalah secara lantikan oleh Kementerian Kewangan.

Keterangan gambar dari kiri ke kanan: Prof. Dr. Ahmad Zaki, Dato Mahpor, Tuan Haji Amdun, Puan Hajah Hamidah, Encik Shaharuddin dan Encik Mohd Khair.








No comments: