Solok Ikan
Inilah makanan kegemaran bondaku.Tiap menjelang Ramadan dia akan minta aku cari makanan ni di Bazaar Ramadan. Di sini susah lah nak jumpa. Nak tak nak aku terpaksa buat sendiri. Kalau nak cuba boleh la.
Bahannya
2 keping potong ikan Tenggiri
1/2 biji kelapa parut
1.5 sudu kecil pati asam jawa
1 sudu kecil cili boh
4 biji bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
1 biji telur ayam
Ajinomoto
sedikit garam
sedikit garam
Caranya
Bawang Merah, Lada Hitam ditumbuk, Isi Ikan Tenggiri juga ditumbuk masukkan sedikit garam halus. Keluarkan semua bahan tadi campurkan dengan cili boh, asam jawa, kelapa parut, ajinomoto. Gaulkan hingga rata sesudah itu pecahkan sebiji telur dan digaul.
Setelah rata buat dos seperti ukuran begedil dan goreng dengan api sederhana besar hingga berwarna keperangan.
Solok Ikan boleh juga menggunakan ikan kembung. Dan untuk kelihatan menarik sewaktu mengeluarkan isi ikan kembung jangan cederakan kulit kepala dan ekor kerana ini boleh dijadikan sarung untuk memasukkan kembali dos ikan bercampur kelapa dan lain-lain bahan tadi
Solok ikan adalah makanan lauk pauk tradisional negeri Cek Mek Molek selain dari ikan percik, ayam percik. Solok Ikan ini boleh dimakan bersama dengan nasi seperti begedil. Selalunya solok ikan dihidangkan bersama Nasi Kerabu dan sangat enak diratah begitu sahaja ketika panas. Rasanya seakan-akan Sata.
No comments:
Post a Comment