31 October, 2008

Majlis Menandatangani Perjanjian dengan Pihak Encyclopaedia Britannica

Hari ini akan berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian antara ITNM dengan Pihak Encyclopaedia Britannica. En.Roland Smith dan En.Keith Thong dijangkakan akan hadir bagi pihak Encyclopaedia Britannica untuk majlis yang akan berlangsung pada petang ini.

Dengan termeterai perjanjian ini akan menyaksikan tiga naskhah dari Encyclopedia Britannica akan diterjemahkan ke Bahasa Malaysia dan dijangka siap mulai tahun 2009.

Syabas ITNM kerana melangkah setapak lagi ke arah memperkasakan bahan bacaan dalam bahasa Ibunda dan terima kasih Sdr. Ahmad Shuami dan Sdr. Zaharul untuk info ini. Teringat dulu-dulu di kolej kalau takde keje masuk ke perpustakaan dan baca ensiklopedia. Tapi masa tu semua ensiklopedia dalam bahasa orang putih! Ada seorang kawan yang suka bercerita mengenai ensiklopedia sains yang dia baca mengenai pembedahan penukaran jantina. Aku buat-buat tak tahu je bila dia bercerita. Bila dia blah aku cari ensiklopedia tu tapi tak jumpa sampai la ni...malu bertanya sesat jalan. Tapi kalau suka bertanya tak jadi belajar asyik belek je.

30 October, 2008

Selamat Bertunang - Rohaya Seman



Lama saya cuba menghubunginya tapi senyap dan sunyi kata orang Kelantan sanyak tupah. Tup tup malam ni saya di ofis buka mailbox dapat emel darinya yang mengirimkan beberapa foto kenangan manis pertunangannya (yang disiarkan cuma satu sahaja ya. Yang berminat sila kirimkan wang pos dan saya akan mengirimkan kesemuanya- wah cepat kaya ni). Saya dan warga ITNM ingin mengucapkan tahniah kepada Aya. Semoga bahagia hingga ke jinjang pelamin.

Rohaya merupakan ex staf ITNM yang pernah bertugas di unit latihan dan kejurubahasaan. Menamatkan perkhidmatan dengan ITNM kerana ingin berkhidmat sebagai pendidik. Sekarang berada di Pantai Timur.

Hadiah untuk pengunjung yang ke 10,000!


Dari hari ke hari jumlah pengunjung ke blog ini semakin bertambah. Sejak blog ini dilahirkan pada 9 jun 2008 sehingga hari ini 6974 pengunjung telah mengintai dan berkongsi maklumat di sini.

Setiap hari lebih dari 100 pengunjung hadir dan membaca di sini dan ada yang hampir mencapai 150. Kebelakangan ini angka itu begitu cepat melonjak dan saya menjangkakan dalam waktu terdekat angka yang saya nantikan itu akan hadir.

Saya tidak berniat untuk menjadikan blog ini sebagai terlalu peribadi sebagaimana orang lain lakukan. Jika anda mempunyai sesuatu berkongsilah dengan saya dan insyaAllah ramai yang akan mendapat manfaatnya.

Saya amat berharap kita akan dapat bertukar-kongsi maklumat dan jika anda mempunyai sebarang cadangan atau komen agar dapat mengemelkannya kepada saya melalui alamat yang tertera.

Sebagai menghargai anda pengunjung yang ke 10,000 saya akan memberi anda satu hadiah misteri. Tetapi anda hendaklah membuktikannya dengan apa cara sekalipun (seperti mengambil gambar foto dan mengemelkan kepada wwwenche@gmail.com atau menunjukkan kepada saya bukti anda pengunjung yang ke 10000. Hanya bukti yang pertama sahaja yang akan menerima hadiah atau emel pertama dengan bukti di alamat di atas. Dan anda perlu melakukannya dalam tempoh seminggu sahaja.)

Pengarah Urusan ITNM akan muncul di TV3

Pengarah Urusan ITNM Encik Mohd Khair Ngadiron akan muncul dalam rancangan Malaysia Hari Ini (TV3) pada 31 Oktober 2008 (Jumaat). Nantikan kemunculannya yang akan bercerita mengenai kejayaan misi ITNM memperkenalkan karya sastera Malaysia di luar negara di Pesta Buku Frankfurt yang baru lepas.

Manakala pada 1 Nov 2008 (Sabtu), Majalah 3 akan menyiarkan majlis pelancaran buku “Kampung Boy” karya Dato’ Lat yang dilancarkan di Frankfurt Book Fair pada 16 Oktober 2008. Anda akan dapat menyaksikan rumah sebenar kartunis yang sering dipaparkan di dalam komik Kampong Boy. Selamat Menonton Majalah 3.

Kongsi Emel - Hampir Dirogol! Kisah benar dari US .

Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malamperempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya.

Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati.

Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandaritu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.

Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat l ain ).

Dia pun tanya perogol itu
"Why don ' t you do anything to me on that night even though you know that I ' m alone?"

Perogol tu jawab:
"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu..

MORAL CERITA INI: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.

Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah..... Jadi, renungkanlah di mana level ' iman ' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ' Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya. Semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat. Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.


Terima Kasih Zolkepli.

Petua - Seterika Melekat

Anda tentu selalu berhadapan dengan situasi ini. Apa yang menyebabkan seterika melekat ialah suhu yang digunakan untuk menggosok tidak sesuai dengan material yang digosok akibatnya material itu mencair dan melekat pada permukaan seterika anda dan kadang kala ia akan merosakkan pakaian yang berikutnya.

Anda perlu membersihkan permukaan seterika itu dahulu sebelum meneruskan menggosok pakaian yang lain. Orang dahulu menggunakan daun pisang iaitu dengan cara menggosok daun pisang bagi menghilang bahan yang melekat tadi tetapi sekarang amat sukar untuk anda keluar mencari daun pisang apatah lagi jika di waktu pagi atau malam.

Cara yang paling mudah ialah menggunakan senduk kayu yang rata hujungnya. Panaskan seterika ke tahap boleh mencairkan bahan yang melekat dan gunakan senduk kayu untuk membuangnya. Hati-hati jangan sampai melukakan lapisan luar seterika anda.

Jika masih ada bahan yang tertinggal dan tidak dapat ditanggalkan oleh senduk tadi gosoklah seterika itu pada kain yang tidak digunakan lagi.

Si Cumi - Nur Ain Abu Jamil

Giliran Si Cumi mengisi ruangan ini. Apa pernah lihat dia? Memang dia pernah menjalani latihan praktikal di sini tak lama dahulu.

Nama: Nur Ain Abu Jamil
Tarikh lahir: 17 September 1987
Tempat Dilahirkan: Hospital Besar Kuala Lumpur

Pendidikan: SM Sains Hulu Selangor, Kolej Matrikulasi Pahang, USM

Adik beradik? Anak ke berapa?
5 orang- anak bongsu =)

Suka warna apa?
Merah & merah jambu

Suka buat apa waktu lapang?
Layari internet la [semestinya friendster], shopping, lepak-lepak dengan kawan-kawan

Sekarang kerja di mana?
Masih belajar lagi. Kursus Terjemahan & Interpretasi, tahun akhir, USM

Seronok dengan kerja sekarang?
dah tahun-tahun akhir ni faham-faham je la. Kerja keliling pinggang tapi kalau ada rezeki, mungkin sambung master tahun depan.

Cita-cita anda sebenarnya?
guru bahasa asing. kalau ada peluang sambung dalam bahasa jepun @ bahasa sepanyol.

Apa yang paling tak suka dan apa yang paling suka?
paling suka kalau dapat hadiah hello kitty dari siapa-siapa pun. yang paling tak suka ada banyak kot..cuma dah lupa mane satu =p

Ada pengalaman yang paling menyeronokkan tak untuk dikongsi?
pengalaman menyeronokkan agak banyak & tak tahu nak cerita yang mana satu. tapi pengalaman berharga adalah masa praktikal kat ITNM sebab masa itu la saya baru dapat rasa alam pekerjaan yang sebenar, macam mana kita kena settle kan sesuatu kerja dengan sempurna, tak leh buat ala kadar saja. yang paling2 penting dlm dunia pekerjaan ni, kita kena pandai bergaul dengan rakan sepejabat & bijak mengawal sebarang emosi [cthnya penat, marah, tension dan lain-lain]

Apa yang belum dicapai dalam hidup?
Cita-cita nak jadi seorang guru. Sejak dari zaman sekolah lagi, cita-cita itu dah ada cuma asyik masuk saluran yang ‘kurang bijak’ saja. Lepas habis belajar tahun depan, mungkin cita-cita itu akan dihidupkan kembali =p tapi kali ini dah lebih fokus ke arah guru bahasa asing sama ada bahasa jepun @ sepanyol.

Jika anda kaya apa yang anda ingin lakukan?
semestinya yang pertama, nak beli kereta idaman, myvi. Kalau dulu kereta idaman kancil saja walaupun selalu kena gelak dengan kawan2 sebab tak ada taste langsung. tapi sekarang, upgrade sikit jadi myvi. Lepas itu, nak melancong hanya di Jepun @ negara2 yang gunakan bahasa Sepanyol sebab kat sana la bahasa asing yang dah dipelajari boleh dimantapkan lagi. Yang terakhir, mesti la ada rumah yang sangat-sangat selesa sekali =)

Artis yang paling digemari
Semestinya Siti Nurhaliza. Walaupun ramai orang cakap itu ini yang buruk pasal dia, tapi tak kisah pun. memang suka dia sangat2. Mungkin sebab lagu2 dia, ngan gaya yang tak berapa ‘poyo’ macam sesetengah artis lain. Dia cool...

Boleh beri emel kalau ada orang nak berkenalan?

Tidak perlu risau aku tidak butuh pembedahan plastik

Terima kasih pada teman-teman yang begitu mengambil berat terhadapku. Kemalangan yang menimpa diriku itu kecil sahaja. Aku bukan nak perbesarkannya cuma nak share sebab kita harus tanamkan sikap selalu berhati-hati dengan sesuatu perkara yang kita sudah biasa melakukan.

Seperti memandu kereta sekalipun kita tidak melakukan kesilapan tetapi kesilapan pemandu lain kadang kala boleh mencederakan kita. Berdoalah selalu. Yang pasti dan paling penting aku tidak memerlukan pembedahan plastik. :)

Post Rempah Ratusku itu rupanya diikuti oleh ramai rakan-rakanku dan pengunjung blog enche's dari segenap pelusuk Sabah dan Sarawak termasuk adindaku di Kelantan. Ada yang menelefon dan ada yang menghantar SMS. Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda.

29 October, 2008

Senyum - Sama

Di sebuah klinik.

“Encik Saifulizam sila masuk bilik satu” kedengaran suara pembantu klinik keluar dari pembesar suara.

Aku melihat dua orang pemuda bangun dengan yakin melangkah menuju ke pintu yang bertanda nombor satu. Kemudian kedua-duanya terhenti dan saling memandang.

“Awak nama apa?” Soal pemuda pertama.
“Saifulizman dan awak?”pemuda kedua itu pula menyoal.
“Oh saya pun sama - Saifulizman” kata pemuda pertama.

Kerana bingung kedua pemuda itu itu melangkah mendapatkan pembantu klinik untuk dipastikan Saifulizman yang mana satu.

“Saifulizman Ismail” jawab pembantu klinik.
Tiba-tiba seorang pemuda ketiga di kerusi roda menyahut dan berkata
“Oh itu nama saya. Tolong ke tepi sedikit. Terima Kasih”

Pemuda pertama dan kedua saling berpandangan sambil tersenyum kemudian tergelak.

Jejaka Bollywood Cherating


Sekadar mengimbau kenangan Hari Keluarga di Cherating yang lalu. Pemuda-pemuda ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia) yang berusaha untuk kelihatan seperti Hindustani. Sedaya upaya mereka berusaha tetapi akhirnya Brader Khalil ni (gambar sebelah bersama isterinya) yang muncul sebagai pemenang baju yang paling menarik. Tetapi beliau tetap tidak berpuashati kerana jumlah hadiah yag diperolehi belum cukup untuk beliau membayar sewa baju tersebut....(berapa kena tanya Sdr.Khalil). Khalil kau kena bawa perkara ni ke ICJ (Mahkamah Pengadilan Antarabangsa) untuk diadili..

28 October, 2008

Jom Baca Buku-Transaksi Dalam Perundangan ISlam



TRANSAKSI DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Transactions in Islamic Law

Buku ini membincangkan tentang pelbagai jenis transaksi dalam Islam. Antara aspek yang disentuh ialah definisi transaksi, hukum, pengubahsuaian dan syaratnya dari kaca mata pelbagai mazhab. Antara transaksi yang dimaksudkan adalah transaksi jualan berserta jenias yang dihalal dan diharamkan. Turut dikupas ialah transaksi sewaan yang dilihat secara kontemporari. Begitu juga dengan transaksi gadaian dan perkongsian.


TRANSAKSI DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Transactions in Islamic Law
Penulis: Prof. Dr..Ala’eddin Kharofa
ISBN: 978 983 068 250 1
Tahun Terbitan: 2007
Halaman: 166 Muka Surat
Harga: RM 35.00

Hubungi ITNM di talian 03 41497210 untuk tempahan

Meninjau blog

Sempat meninjau ke blog Kak Norz yang bercerita mengenai pertemuannya dengan beberapa orang termasuk diriku. Baca di sini.

Dalam blog Jefbuj pula, peringatan kepada mereka yang gemar memakan epal ada info yang anda perlu tahu bacalah di sini. Buah-buahan import akan salut dengan sejenis lapisan lilin bagi mengelaknya cepat rosak tetapi bagi anda yang ingin memakannya buanglah dahulu kulitnya kerana bimbang selaput itu akan memudaratkan kesihatan anda.

Rempah Ratusku

Gambar kiri bonda mahu bergambar sebelum meninggalkan rumahku pada hari terakhir dan di kiri adalah gambar kami di dalam pesawat MAS menuju ke Kelantan.

Kebelakangan ini banyak perkara yang aku lalui. Sehingga ruang untuk menulis aku rasakan amat terhad. Jika tidak sudah tentu ruang blogku ini akan menjadi seperti sebuah novel.

Walau apapun yang menarik aku tetap catatkan di dalam memori handphone atau ku catat ia di mana-mana agar aku tidak lupa. Semuanya kerana anda pembaca blog yang budiman.

Hujung minggu yang lepas aku telahpun menghantar bonda pulang ke Kelantan. Mungkin di sana bonda lebih banyak peluang untuk berubat kerana saudara-saudaraku ramai di sana. Banyak cerita menarik yang terakam di sana tetapi waktulah yang akan menjemput cerita-cerita itu hadir ke dalam blog ini.

Hari ini sesuatu yang malang telah berlaku kepadaku apabila air dari radiator keretaku telah tersembur keluar dan mengenai sebahagian dari wajahku. Semuanya bermula apabila aku mendapati temprature kereta ku naik secara tiba-tiba.

Aku sudah biasa membuka tutup temprature itu ketika ia masih panas dengan kaedah yang khas. Tetapi entah kenapa hari itu kaedah itu tidak berjaya bagiku. Aku gagal mengesan tekanan yang masih ada di dalam radiator itu dan terjadilah episod malangku.

Pada awalnya memang terasa seperti kena semburan air panas sahaja. Tetapi beberapa minit selepas itu kulit mukaku terasa sangat perit dan berdenyut. Peritnya tidak berhenti-henti walaupun beberapa jam telah berlalu.

Nasib baik ada teman yang menemaniku dan mengawal aku supaya tidak panik sehingga tiba di klinik untuk diberi rawatan. Sebahagian besar yang terkena itu adalah wajahku. Aduh...

Aku sudah membayangkan kecacatan yang bakal aku hadapi nanti. Barangkali pagi tadi itulah wajahku yang sempurna aku lihat dan selepas ini...Tapi aku memujuk hati agar tidak berfikir yang bukan-bukan. Aku kena kuat mental untuk menghadapi semua ini.

Dan akhirnya aku menjadi lega sedikit apabila doktor memberitahu insyaAllah ia tidak sampai ke peringkat yang serius. Amin.


Wajahku nyaris melecur. Lihatlah kesan merah di sekeliling mata. Mudah-mudahan ia tidak mengelembung.Untuk dua tiga hari ini doktor menasihatkan aku memakai krim khusus untuk mengelakkan dia berair.

27 October, 2008

Jumaat Yang Gembira - Terima kasih Chef Lin



Hari itu hari Jumaat. Penghulu segala hari kata orang-orang tua (orang tua tu bukanlah diriku maksudku). Telefon di mejaku berdering.
“Chelah ada orang nak jumpa kat bawah, turun ya” rakan sepejabatku memberitahu.
“Orang nak jumpa? Siapa ya?”aku bingung dan bertanya kerana aku tiada janji temu pagi itu.
“Ya..orang seorang wanita” rakanku membalas

Aku lagi bingung siapa ya. Kerana rakan-rakan lelakiku sahaja yang suka buat surprise padaku datang ke pejabat. Tetapi kali ini wanita.
“Wanita? Siapa ya?”aku bertanya lagi
“Okey sekejap. Cik nama apa?”aku dengar rakanku menyoal tetamu itu.

Biasa aku tidak secerewet itu apabila ada orang datang ingin berjumpa dengan aku tapi hari itu entah kenapa, seperti ada ‘sesuatu’. Setelah mendapat tahu siapa wanita itu aku lagi tertanya-tanya dan perasaanku menjadi tidak sabar untuk berjumpa dengannya.

Yalah bermula dengan sapaannya di CBOX ku. Aku menjadi tertanya-tanya. Setelah mendapat menjengah ke blognya aku dapat lagi ke blog personalnya pula. Semakin mendekatinya aku berkata “wah seorang penulis dan juga chef,”
Terus-terang aku sebelum ini aku kurang mengenalinya tapi sejak Atie bercakap mengenai Raja Menangis aku tahu Arjuna Hati dan kebetulan kelibatnya kulihat di TV dalam rancangan Blog semasa Ramadan yang lepas.

Sampai di lobi mataku terus meninjau ke tempat biasa di mana tetamu seharusnya berada. Nampak sahaja kelibatku wanita itu bangun dan memberikan senyuman dan menyapa namaku.

Aku gembira sekali, sudah lama aku tidak segembira itu walaupun aku ini ‘Happy go Lucky’. Tak sangka dia dapat menambah kenalan lagi dan yang datang itu adalah seorang penulis (juga Chef).

Itulah dia Norzailina Nordin. Aku menjemputnya ke sudut yang lebih selesa untuk berbual. Walau ramai yang lalu lalang aku cuba menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Seorang rakan lalu di situ dan senyum kepadaku. Aku membalasnya sambil meneruskan perbualan. Rupanya rakanku terhenti di suatu sudut dan berpatah balik kepadaku sambil bertanya.

“Chelah nak Tanya ni yang keluar dekat TV tu ya?”
“Ya Zai nape nak bergambar cepat!" aku mempelawanya. Zai malu-malu kucing.
Aku lihat Zainora tersengih-sengih tak dapat menahan kegembiraannya dapat jumpa dengan Norzailina atau Chef Lin. Rupanya Zai selalu tengok program yang diudarakan setiap pagi di TV mengenai rancangan masak yang dihostkan oleh Chef Lin.
Sebelum beliau beredar aku sempat bergambar dengan Kak Norz dan yang paling seronok dapat 'Cup Cake' sentuhannya dan sebuah buku terkini Selera padat dengan resepi pilihan Chef Lin. Aku sangat menghargai kunjungan Kak Norz dan doaku pada Kak Norz semoga Allah memurahkan rezeki Kak Norz, mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat, semoga Raja Menangis akan meletup-letup (soon)dan akhir sekali terimalah pantun dariku.

Akar keladi melilit Selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra ingatan sepanjang zaman.

Kemboja sekalung di tengah laman,
Waktu senja nampaklah suram;
Budi segunung jadi kenangan,
Semoga silaturahim kukuh bersemayam.

Apa Kata Dia - Shukri Shukor


Salam Apa khabar?
Lama tak jumpa. Dulu saudara ni bekerja sebumbung dengan kita buat IT.

Sekarang bagaimana?
Sekarang pun dalam bidang IT dan Telekomunikasi

Minat ngan IT?
Ya

Sekarang kerja di mana?
TeleDynamics Sdn Bhd

Kalau cakap pasal IT orang banyak yang blur. Macam susah sangat IT tu, betul ke susah?
Tak semua susah sebab kalau tahu konsep semuanya senang. Saya percaya semua bidang pasti berkembang begitu juga IT.

Apa masalahnya dalam bidang IT ni dan cabarannya?
Setahu saya perkembangan IT didalam Negara kita ni agak perlahan sedikit berbanding Negara maju lain. Ini disebabkan kemudahan yang disediakan kerajaan kini agak terhad. Jadi untuk bersaing dengan Negara luar kita terpaksalah berusaha sikit utk mendalami nya melalui rangkaian internet.

Ketika melalui laluan ke bangi, serdang saya lihat ada tanda Lebuh silicon. Apa itu lebuh silicon dan apakah ia masih ujud atau sekadar perancangan yang terbengkalai di sana?
Tak pasti

Sepanjang karier saudara bekerja dalam bidang ini apa keseronokannya dan saat yang sukar untuk di lalui?
Yang seronoknya ialah jika dapat menyelesaikan semua permintaan pelanggan dapat dipenuhi. yang tak seronoknya ketika menyelesaikan masalah berdasarkan teori tetapi tidak mengikut kehendak yang ingin dicapai.

Dijangkakan pada masa hadapan akan terjadi lambakan graduan dalam bidang ini kerana banyak IPTA dan IPTS yang menyediakan kursus ini. Apa pandangan saudara?
Pada pandangan patik, ini adalah satu persaingan yang sihat kerana mungkin untuk kedua 2 institusi ini dapat melahirkan pakar-pakar atau pencipta yang lebih kreatif dalam bidang IT yang boleh digunakan untuk semua lapisan kaum pada masa hadapan.

Okey terima kasih.
Sama-sama.

26 October, 2008

Bongsaiku - Setahun telah berlalu




Al Kisah sepohon Bongsai. Yang ku angkat menjadi sebahagian dari diriku lalu ku bela dan ku belainya di sudut cipot balkoniku. Ku sirami dan ku bajainya. Ku jaga setiap waktu terluang (waktu yang tak terluang itu lebih banyak dari waktu terluang).


Bongsai yang comel mengeluarkan daun demi daun. Meranting dan memucuk. Menghijau akhirnya menguning. Dari segar akhirnya layu dan langsung menunjukkan ciri-ciri hidup segan mati pun mahu.

Aku sudah tidak terdaya untuk menahan Bongsai itu membunuh dirinya sendiri. Walaupun sedih tapi aku harus reda. Umurnya tidak panjang denganku. Setahun sahaja. Tiada kenduri arwah dan tidak laporan kematian yang aku buat. Kerana bimbang aku dituduh zalim dan tidak bertanggungjawab.

Tambah lagi aku sekarang dah jadi penulis blog pasti berita ini akan tersebar luas tanpa batasan. Lihatlah gambar di atas ketika Si Bongsai masih bernafas dan gambar di bawah adalah penjenayah bagi Bongsai yang jelita itu.


Ampunkan aku ya Bongsai. Aku tidak bersalah.

25 October, 2008

Bonda di Kuburan Allahyarham Hani Mohsin



Bonda selalu sedekahkan Al Fatihah kepadanya. Walaupun bonda hanya kenal di kaca televisyen tapi kalau bonda suka bonda buat macam saudara mara (selalu sedekah Al Fatihah sambil dia baring). Tambahan rentetan dan berita kematiannya aku sampaikan pada bonda tak lama dulu. Kematian Allahyarham Hani Mohsin begitu menyentuh hati bonda ketika Allayharham hendak membawa anaknya bercuti .

Kataku rumah dia (Allahyarham) tak jauh dari rumah kita (di Bukit Antarabangsa) dan dia di kebumikan tak jauh dari kawasan rumah kami di kawasan Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat.
Sejak itu bila nampak masjid bonda selalu tanya itukah masjidnya. Dan aku tetap menjawabnya walaupun berpuluh kali bonda bertanya setiap kali melintas di situ.

Ramadan yang lalu walaupun kurang sihat dan dapat berjalan-jalan aku bawa bonda di tanah perkuburan itu. Gagah bonda berjalan merapati kuburan itu dan kami dua beranak duduk di hadapan kubur Allahyarham.

Lalu aku teringatkan Allahyarham yang sekolej denganku di ITM dahulu dan selepas ia bergelar pelakon kami pernah bersalaman di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (aku pasti Allahyarham tidak mengenali aku kerana siapalah aku). Dan hari itu sekali lagi aku menemuinya tetapi dalam keadaan yang berbeda.

Semoga Allah mengampunimu dan merahmatimu serta menempatkanmu bersama orang-orang yang di kasihiNya. Amin.

24 October, 2008

Pameran - ANGIN SIPAUH JANGGI Prof. Madya Siti Zainon Ismail

Salam.
Undangan Pameran Solo ke-15 Prof. Madya Siti Zainon Ismail

“ANGIN SIPAUH JANGGI - Kenangan Makyong Khatijah Awang.”

Di Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia
Jalan Bukit Bintang,
Kuala Lumpur

Pada : 26 Oktober 2008
Jam : 2.30 petang

Jika anda kelapangan bolehlah ke sana.

Selamat Menyambut Hari Deepavali


Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua pembaca blog yang berketurunan India dan semua kaum India di Malaysia. Dan ucapan ini juga untuk Sdr. Saraswathy di Bahagian Terjemahan ITNM.
Nampaknya kita akan bercuti lagi pada hari Isnin. Mungkin untuk raya-raya yang terakhir. Kita balik kampung bawa bonda untuk beraya da..

Tahniah Mantan Pengerusi ITNM - Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Aziz bin Abdul Rahman

Sekalung Tahniah daripada Warga ITNM kepada mantan Pengerusi ITNM Y. Bhg. Dato' Sri Abdul Aziz bin Abdul Rahman kerana menerima - Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP), yang membawa gelaran Dato' Sri.

Darjah kebesaran itu dikurniakan pada 24 Oktober 2008 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.



Dato Sri Abdul Aziz bin Abdul Rahman merupakan Mantan pengerusi ITNM yang ke 3.

23 October, 2008

Kongsi Emel - KAABAH ENGGAN BERGERAK

Renungan sepintas lalu

Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampung berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit gelap. Ketika melalui 'Karak Highway' hujan mula turun setitis demi setitis. Saya teruskan juga perjalanan. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke rumah dan mandi.Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.

Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.

Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia. Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya. Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga.

Wallahu'alam
Terima Kasih Nor Azira Ishak.

Senyum - Alamak Malunya

Malu nak diceritakan tapi kalau nak difikir-fikirkan balik semuanya dah lepas lagipun aku bukannya sengaja. Dan aku pasti semua orang melalui pengalamannya sama selagi bernama manusia yang fitrahnya pelupa.

Aku mendapat panggilan telefon dari rakan di kaunter penyambut tetamu mengatakan ada seseorang yang ingin jumpa aku. Aku bergegas turun.

Di kaunter ada seorang wanita berketurunan Cina yang boleh aku panggil kakak. Dia mahu menyampaikan sesuatu kepadaku. Aku meluru mendapatkannya. Dia senyum sepanjang perbualan. Itu memang sifat ramahnya yang aku tahu.

Tetiba rakanku yang baru melalui kaunter penyambut tetamu kulihat terbeliak matanya memandang kepadaku sambil terkumat kumit mulutnya seperti ingin memberitahu sesuatu.Tetapi aku tak faham. Aku meneruskan perbualan dengan wanita Cina sehinggalah dia meminta diri.

Rakanku masih setia di sebelah kaunter, segera datang kepadaku apabila wanita itu beredar. Aku tahu dia sudah tidak sabar hendak mengucapkan sesuatu kepadaku dan juga lagi tidak sabar ingin mendengar apa ceritanya.

“Abang lupa zip seluarlah?”dia membisikkan ke telingaku.
“Alamak.Patutlah wanita itu senyum sahaja sepanjang perbualan tadi”kataku.Malu-malu.

22 October, 2008

Mencari Sejarah Selepas Satu Abad

Tahun 2128

Di Sebuah Kota Metropolitan Bandaraya yang serba maju di asia. Teknologi IT digunakan sepenuhnya. Sistem pengangkutan yang canggih menggunakan tube. Seberapa jauh anda berada dari bandaraya ini dengan canggihnya teknologi sistem pengangkutan mereka yang tinggal di Pantai Timurpun boleh bekerja di sini.

Ketika itu kebanyakan urusan perniagaan memerlukan anda melakukan pergerakan yang sangat minimum kerana semuanya boleh dilakukan melalui perkhidmatan online atau pun telefon bimbit.

Tiba-tiba sebuah kenderaan yang membawa rombongan dari Selatan tiba di Wangsa Maju. Untuk melawat sebuah Institusi yang telah melakukan banyak kerja berkaitan terjemahan dan kejurubahasaan.

Sumbangan Institusi yang besar dalam pembangunan negara melalui penyaluran maklumat melalui bidang terjemahan dan kejurubahasaan memang tidak boleh dinafikan lagi.

Seorang guru keluar dari kenderaan tersebut diikuti sekumpulan kanak-kanak. Dia memperkenalkan mereka adalah dari Persatuan Sejarah Sekolah Rendah Johor Bharu. Mereka berjalan menuju ke dalam bangunan yang bersejarah dan berusia lebih 100 tahun itu. Kehadiran rombongan itu disambut mesra oleh kakitangan Institusi itu. Mereka dibawa meninjau divisyen-divisyen yang penting di situ.

Setelah satu jam berlalu guru itu bersuara.
“Boleh kami lihat naskah-pertama terbitan Institusi ini iaitu Koleksi Rafflesia. Kami selalunya mendengarnya dalam pelajaran sejarah sahaja.Karya ‘Rich Dad Poor Dad’ dalam bahasa Melayu-‘Bapa Kaya Bapa Miskin’ yang pernah diterbitkan 124 tahun lalupun mesti ada di sinikan?”

“Ya cikgu saya teringin melihat ‘The Epic of Hang Tuah’yang pernah mendapat sambutan hangat di Eropah seperti karya-karya Shakespears. Tentu mereka ada simpankan Cikgu?”

“Saya pula ingin melihat “Watikah Perisytiharan 100 tahun Kolej Melayu Kuala Kangsar” yang kini sudah berusia lebih 200 tahun.” Terjemahannya dilakukan oleh Institusi inikan dahulu.”

“Cikgu-cikgu saya nak tengok buku-buku yang pernah dimasukkan di dalam Katalog “The Malaysian Story”. Institut ini pernah terbitkannya satu abad yang lalu untuk di bawa ke Jerman untuk suatu pameran buku di sana. Sekarang pameran buku seperti itu sudah tiada lagi dan satu pameran seumpama itu dihidupkan kembali kini tetapi bukan di Jerman tetapi di Perancis” Kata seorang murid India yang petah bercakap.

Pegawai itu senyum sambil membalas.
“Maaf semua buku-buku itu mungkin di simpan oleh Perpustakaan Negara Malaysia atau Arkib Negara. Kami Cuma ada terbitan terkini sahaja. Anda boleh pergi kesana untuk melihatnya atau saya boleh bantu anda melalui internet bahan-bahan yang ada dipamerkan di sana. Perisytiharan itu pula mungkin di simpan oleh pihak Kolej Melayu Kuala Kangsar. Saya pasti mereka ada simpan.”

“Kami cuma simpan dokumen dua tahun terkini sahaja. Itupun jika masih ada ada dalam simpanan.” tambah pegawai itu lagi.

“Oh ya! Okeylah terima kasih” kata Cikgu selaku ketua rombongan.

“Kalau macam tu baik tak payah datang jauh-jauh semua yang kita lihat tadi dah ada dalam laman web Institusi ini. Semalam nenek aku sakit aku keberatan nak ikut rombongan ini. Tapi mengingatkan aku akan dapat lihat artifak itu aku kuatkan jugak datang ke sini.” Bisik kanak-kanak India itu kepada rakannya.

Dengan imaginasi itu tadi kita dapat melihat mengenai sejarah yang dicari. Itu cuma sebahagian kecil dari sejarah yang disentuh. Adakah anda rasa kita perlu memelihara sejarah yang kita punya sekarang. Kerana sejarah itu penting untuk pembangunan bangsa dan negara.

Sejarah merakam segalanya. Sejarah merakam kelemahan dan kemajuan yang pernah dilalui. Jika ada rakaman sejarah kita tidak akan mengulangi kelemahan yang pernah kita lalui.
Atau kita peduli apa dengan generasi akan datang. Jika mereka perlukan semua maklumat itu pandai-pandailah mereka cari sendiri. Sekarangpun dah ada pihak lain yang sibuk-sibuk menyimpan sejarah kita yang penting-penting. Bila perlu kita minta sahaja dari mereka. Lagipun ketika itu semuanya sudah canggih.

Mungkin kita berangan terlalu jauh sehingga satu abad. Cuba kita berilusi untuk satu dekad sahaja. Sedekad yang berlalupun kita tidak punya bahan sejarah jika kita ingin pamerkan atau tonjolkan"Kecemerlangan Industri Terjemahan-Sedekad Berlalu di Sini." Yang mungkin dapat kita pamerkan ialah hanyalah tulisan dan rencana sahaja.

Lalu aku terfikir pernah suatu ketika aku menyelamatkan satu frame gambar yang ada buku terbitan pertama ITNM hanya semata-mata kerana ada orang mahu menggunakan frame itu. Nampaknya frame gambar itu lebih berharga dari gambar yang bersejarah itu . Bak kata Nabil Lu Pikirlah Sendiri.

Em sedapnya Ayam Masak Lemak Cili Api



Jarang aku nak merasa raya sekarang ini. Maksudku menghadiri atau bertandang ke rumah kenalan untuk beraya kerana al maklum sahajalah keadaanku. Tak perlu nak cerita lebih-lebih tapi jika berkesempatan memang aku tidak akan lepaskan peluang. Maaflah kawan-kawan ada yang menjemput tapi aku tak dapat hadir. Insya Allah jika ada kelapangan aku pasti tidak menghampakan.

Beberapa hari lepas dapat ke rumah kenalan bersama rakan-rakan sepejabat. Dapat makan masakan kampung Janda Baik. (Nak tergelak juga bila Kak Niza cakap “Haip… janda jangan sebut sensitip!” “Tapi takpe…bukan kemahuan fikiran”dia meneutralkan balik keadaan.)

Itulah masakan kampung yang dah lama tak rasa. Lengkap dengan sambal petai Udang, sambal belacan, telur dadar dan kerabu ulam. Peehhh. Mata sorang-sorang lepas itu boleh nampak macam mangkuk tingkat.

Terima kasih Saiful dan Atie AF1 serta ibunya…tak pasti ibu Atie tolong Atie ke Atie tolong Ibu Atie. Yang pasti masak lemak dan sambal petai tu memang terangkat! Semoga anda berdua di murahkan rezeki di panjangkan jodoh dan cepat dapat menimang cahaya mata...

Ciki Ahmad Amsyar Azman

Pernah hadir di sini dan bekerja sementara untuk lebih dari tiga bulan dan sekali sekala akan nampak dia di sekitar Wangsa Maju kerana ia sudahbergelar mahasiswa di UTM.

Nama: Ahmad Amsyar bin Azman
Tarikh lahir: 24 Mac 1990
Tempat Dilahirkan: Greenwood, Gombak. Selangor DE





Pendidikan:
SPM dan Universiti Teknologi Malaysia

Adik beradik? Anak ke berapa?
Tiga Orang. Anak Sulong

Makanan kegemaran: Semua benda halal selain dari rumput, batu dan plastik.

Minuman kegemaran: Yang halal selain dari arak.

Suka warna apa?
Hitam dan Merah

Suka buat apa waktu lapang?
Main PS Arcade

Sekarang buat apa?
Belajar di IPTA

Apa Perasaan jadi pelajar IPTA?
Rasa tak sabar nak habiskan pelajaran- 3 tahun.

Pengajian dalam bidang apa?
Kejuruteraan

Apa yang paling tak suka dan apa yang paling suka?
Yang tak suka minum ubat-ubatan tradisional.
Yang suka-buat orang suka hati sebab saya Happy Go Lucky.

Apa yang belum dicapai dalam hidup?
Tamatkan pengajian Diploma terus dapat kerja yang bergaji lumayan, Cukup duit terus kahwin.

Boleh beri emel kalau ada orang nak berkenalan?
Amsyar240390@yahoo.com

Mari kita senyum

Saya siarkan emel dari Sdr. Shaharwati berkaitan cerita dari Frankfurt.

Berikut adalah sms yang diterima dari En Khair dan En Razin mengenai kejayaan ITNM di Frankfurt Book Fair 2008. Semoga berita ini dapat dikongsi bersama. Hasil usaha dan kerjasama antara kita telah merealisasikan semua ini.


SMS dari En Razin (17.10.2008)
“Mission ITNM berjaya buka mata semua. Terlalu ramai yang datang ke booth dan sentiasa dipuji. Seronok.”


SMS dari En Khair (21.10.2008)
“Alhamdulillah. Semua program kita mendapat sambutan luar biasa. ITNM berjaya membawa impak memberangsangkan di Frankfurt dan Berlin. Tahniah dan terima kasih untuk semua.”

21 October, 2008

Perihal Rotan

Selain dari lagu merapu di Radio Sinar celotah dan cerita yang dipaparkan di dalamnya sangat informative. Si Keril (atau Khairul Rashid) DJ pagi ini(20 Oktober) mengemukakan topik “Pengalaman Di Rotan” diapun menceritakan pengalaman di rotan di sekolah kerana pelbagai kesalahannya. Nakal si Keril itu rupanya. Sayapun pernah dirotan ketika di sekolah tetapi bukan kerana kesalahan saya tetapi kesalahan bersama. Satu kelas di rotan kerana tiada rakan-rakan yang mengaku melakukan kesalahan itu.

Ceritanya ada sesuatu yang lucu telah berlaku. Kelucuan itu terlalu peribadi sehingga seluruh kelas tertawa. Ketika itu telah tamat waktu untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas itu kami akan mempelajari mata pelajaran Bahasa Inggeris. Waktu senggang itulah kejadian itu berlaku sehingga ada yang tidak boleh berhenti ketawa walaupun guru Bahasa Inggeris telah masuk ke kelas.

Selepas memberi salam masih ada yang tersenyum dan menyambung ketawa. Guru menjadi hairan dan bertanya kenapa ketawa. Tetapi kami tidak dapat menjelaskan kerana hal itu sangat memalukan. Kerana berperasangka kami mentertawakannya lalu hal itu telah dilaporkan kepada Guru Besar. Apa lagi satu kelas berbaris masuk ke dalam bilik Guru Besar dan kami menerima habuan apabila semua tidak terkecuali seorangpun di rotan di telapak tangan.

Apa yang menarik di Radio Sinar pagi tadi ialah apabila seorang pemanggil yang dikenali sebagai Yeop sahaja telah menelefon DJ dan memberitahu bahawa merotan itu sebenarnya satu kesalahan dan tidak dibenarkan. Ia merupakan penggunaan alat seperti senjata yang boleh membahayakan mangsanya. Terdapat akta (maaf saya kurang jelas ketika dia menyebut tentang akta itu) mengenai hal ini telah diwujudkan. Jika seseorang yang didapati bersalah sekalipun bukan anggota polis yang akan memberikan hukuman rotan. Dia dibacarakan dahulu kemudian dihukum dengan prosedur.

Tetapi budaya kita telah membenarkanya sejak dari dulu lagi . Guru mengajar Al Quran merotan, ibu bapa merotan dan guru-guru juga merotan. Merotan mereka sekadar memberi kesakitan sebagai peringatan supaya tidak mengulangi lagi kesalahan yang serupa. Rotan mereka bukan untuk mencederakan atau mencacatkan anggota badan.

Selain dirotan saya juga pernah di lempang, dicubit atau ditampar tetapi semuanya itu dilalui pada peringkat tertentu sahaja. Setelah meningkat dewasa kesakitan itu tidak lagi dirasai lagi kerana bentuk kesakitan hati pula dimainkan oleh pendidik kita.

Bentuk-bentuk kesakitan berubah mengikut fizikal dan tahap mental. Bila sudah dapat berfikir pendidik akan menggunakan akal pula untuk mendidik kita.

Hari ini anak-anak terlalu dimanjakan. Dulu kebanyakan ibu adalah suri sepenuh masa sekarang ibubapa kebanyakannya bekerja. Anak-anak ditinggalkan di pusat penjagaan. Habis waktu bekerja anak-anak kembali ke pangkuan ibubapa. Terlalu singkat waktu bersama anak-anak sehingga jika ada kesalahan anak-anak tidak sampai hati ibubapa untuk memukul anak-anak mereka.

Di sekolah anak-anak menjadi manja tidak boleh di sakiti. Pantang ada guru disiplin yang menjatuhkan hukuman ke atas mereka laporan polis akan dibuat oleh murid-murid atau ibubapa itu sendiri.

Dalam keadaan sekarang anak-anak tidak lagi takut dan hormat kepada pendidik kerana anak-anak tidak lagi diajar untuk takut kepada sesiapa. Adalah sesuatu yang merbahaya anak-anak menjadi berani dan tidak tahu membezakan antara berani dan kurang ajar dan akhirnya mereka membesar dalam keadaan kurang ajar tidak lagi menghormati kepada siapa yang mereka sepatutnya hormat.

Hadis Rasulullah S.A.W.yang bermaksud :
" Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukullah pada usia mereka sepuluh tahun serta pisahkanlah tempat tidur mereka."

Sekarang ibubapa terdiri dari generasi yang membesar sama dengan mereka membesarkan anak-anak mereka (bukan semua). Lihatlah persekitaran kita apa yang terjadi sekarang amat berkait rapat dengan soal pendidikan. Tidak perlu saya menyebut kes apa, hampir setiap hari ada sahaja di dada akhbar berita mengenai anak-anak atau remaja yang ada masalah dan yang tidak boleh saya lupa ialah pernah ada kes anak mengelar leher ibubapa dan yang paling banyak lari meninggalkan rumah!

Semoga kita dapat berfikir dengan lebih terbuka mengenai rotan. Ramai orang yang berjaya hari ini kerana rotan.

Petikan METRO 21 Oktober 2008 (Hari ini)

Di Kangar Perlis. Kerana salah faham sesama sendiri dua kumpulan pelajar lelaki bergaduh dan berlaku insiden sepak terajang, seminggu sebelum itu seorang pelajar tingkatan dua sekolah sama(Sekolah Menengah (SM) Perlis menyerang dan menerajang seorang guru perempuan di dalam kelas.

Murid sudah tidak takut dengan pendidik. Gurupun boleh disepak terajang!

Jom Baca Buku- Dunia Sophie



Dunia Sophie
Sophie’s World

Sophie, anak gadis berusia 14 tahun, menerima sepucuk surat misteri tatkala pulang dari sekolah pada suatu hari. Surat tersebut melontarkan soalan aneh: Siapakah kamu? Dari manakah asalnya dunia ini- lantas bermulalah ‘Pengembaraan Sophie’. Melalui surat daripada seorang ahli falsafah yang tidak dikenali, Sophie diajar mengenai falsafah dan melaluinya juga Sophie mengenali ramai tokoh falsafah daripada Socrates hinggalah kepada Sartere. Malah, melalui lelaki itu jugalah Sophie mula bertanyakan pelbagai soalan yang sebelum itu tidak pernah terlintas di fikirannya. Selain itu Sophie turut menerima beberapa surat misteri yang bukan ditujukan kepadanya. Siapakah Hilde dan mangapakah suratnya boleh sampai ke dunia Sophie? Untuk merungkai teka-teki ini Sophie perlu memanfaatkan ilmu falsafah yang dipelajarinya itu. Namun begitu kebenaran yang dicari tidak semudah yang disangka.

Dunia Sophie
Sophie’s World
Penulis: Jostein Gaarder
ISBN: 978 983 068 216 1
Tahun terbit: 2006
Halaman: 410
Harga: RM45.00

Dapatkan naskah anda (bukan percuma ya kena beli) dari ITNM dengan menelefon 03 4149 7210

Senyum - Pelupa

Aku: Malunya kat orang kat bengkel kete
Kawan: Nape?
Aku: Aku bawa keta ke bengkel sebab keta aku selalu mati. Aku ingat kete aku rosak.
Kawan:Apa kata orang kat bengkel tu?
Aku: Dia kata aku tak tekan clutch masa start. Mana kete mau hidup.
Kawan: Betul ke?
Aku: Memang betul la..aku lupa..seminggu aku pakai kete automatik balik kampung datang sini aku buat kete manual aku macam kete automatic..mana dia mau jalan!
Kawan:@#*?

20 October, 2008

Petikan berita dari Frankfurt

Akhirnya saya mendapat emel dari Zainora yang memanjangkan emel dari Puan Siti Rafiah di Jerman sila tekan di sini untuk paparan berserta gambar dan urutan berita lain.

Malaysia’s favourite cartoonist celebrated

October 16th, 2008 at 17:18 by Andrew
Lunchtime today saw a celebration for the German edition of Kampung Boy by LAT, one of Malaysia’s most celebrated cartoonists. The book is the first of a popular series of autobiographical comic books that humorously capture Malaysian village life. LAT is now an institution in Malaysia and Kampung Boy has been described by no less than The Simpsons creator Matt Groening as ‘one of the all-time great cartoon books.’

The celebration was held at the Malaysian National Institute of Translation (Hall 6.1 E916). The Institute was founded back in 1993 to encourage quality translation and interpreting in Malaysia and, notably, is interested in encouraging translations into and out of Malay and English (Malay is the country’s official language, but many Malaysian books are written in English). Publishers will be made most welcome at their stand, as I was.

Apa Khabar - Hazidah Jamil


Dah lama sangat dah cuba hubungi Makcik sorang ni akhirnya..kini pasti. Hazidah. Jom kawan-kawan baca citer terbaru dia.

Nama:
Hazidah Jamil

Apa khabar?
Alhamdulillah.. sihat sentiasa. Makin gebuSsSsS..


Tempat kerja sekarang.
Sekolah luar bandar di Selangor. Mintak ngajar di Sabah tapi J.P.Selangor amik plak anak2 Selangor untuk kembali berkhidmat di tanah kelahiran sendiri. Apo nak buekkk.. den trimo ayo.

Bagaimana kehidupan sekarang?
Jauh lebih baik daripada dulu.. hati dan fikiran tenang.. rakan2 sekerja pun alhamdulillah. Masa mengajar tak banyak sebab ada pegang jawatan lain di sekolah.
Sibuk nyer sama macam kerja di ofis dulu ajer.. ada masa kena hadir mesyuarat di luar, kadang2 pegi kursus. Cuma beza nyer.. skarang kejer sparuh hari dan ada cuti skolah.. [tepuk] [tepuk] [tepuk]

Mula kerja dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
Mula berkhidmat di ITNM~ Februari 2000 dan berhenti lak pada Januari 2007. Hampir2 8 tahun gak laa bermastautin di ITNM.

Saya nak tanya pengalaman bekerja di ITNM. Boleh cerita sedikit?
Heheh.. pengalaman kerja di ITNM nih macam2. Serba-serbi cukup. Asam garam, pahit manis, payau hangit.. apa lagi yang tak rasa?
Tapi pahit, manis, payau, hangit pun.. ITNM tetap di hati oOoOoOo..

Ada pandangan anda secara peribadi bekerja ITNM dan bezanya dengan kerja sekarang?
Dunia ITNM dan tempat kerja sekarang memang laa berbeza.. dua medan yang amat berlainan antara satu sama lain.
Dulu berperang dengan terjemahan, buku dan kursus.. laa nih berperang dengan anak2 comel. Pendekatan berbeza.. matlamat juga tak sama.
Cuma yang boleh saya katakan.. ITNM mengajar pelbagai perkara dan memberi persediaan mental serta fizikal untuk menghadapi keadaan kerja sekarang. Kalau tak lalui pengalaman di ITNM, tak mungkin saya dapat menghargai keadaan persekitaran di tempat kerja baru. Dek kerana dah terbiasa dengan tekanan di ITNM dulu.. sekarang nih rasa macam kacang ajer, alhamdulillah.
Saya masih ingat pesanan abg Sakri: “Dah nama pun ‘institut’.. belajar ler sebanyak mana yang boleh dipelajari”. Sampai sekarang saya masih ingat kata-kata dia tuh [luahhhh lubang idung abg Sakri! hahahahahaha]
Kerja sekarang lebih kepada mendidik anak2 kecik.. dorang tu dah jadik macam kawan dan juga macam anak2 sendiri. Salah ditegur.. tak tahu dibimbing.. bila2 perlu diberi pujian.
Ehhhh.. jawapan menjawab soalan tak tu ekkk? Nasib ler.. =P

Dulu siapa Pengarah Urusan.
Tn. Haji Amdun Hussain, Puan Hamidah Baba, Encik Shaharudin Ali.
Rasa nyer itu ajer.. takder yang tertinggal kot.

Masih ada menghubungi staf ITNM yang lain?
Zoro.. Jet Li.. kak Hariyati.. Megat (bila hari lahir dia jer).. dan tuan empunya blog ini.

Sudah berapa orang anak?
Jawab nih satgi mesti kontrovesi.. anak baru 3 ajer.

Apa ucapan/ pesanan kepada warga ITNM lama dan baru?
Staf Lama: aloOoOoO geng.. terima kasih atas segala2 nyer. Pohon maaf atas segala salah dan silap.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Happy Deepavali.. nandri!
Staf Baru: apo takdo tompek kojo lein ko korang nak poie?? hahahahaha [ya ampunnnnn]

Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat e-mel?
Bleh ajer..
azyda@yahoo.com

Siapa yang anda teringin nak jumpa?
Safri, Megat, kak Hasna- yang nih AJK Kelab Sosial yang tersayang. Abang, adik dan kakak.. lengkap satu famili.
Kak Ida- rumah ajer berdekatan, tapi tak pernah bersua pun!
Kak Ina, kak Ati, kak Hariyati.. tempat mengadu lap2 air mata.
Zoro & JetLi- my partners-in-crime.. heheh.
En. Razin- lama sungguh tak nyakat bos sorang nih!
Alamak.. cam panjang lagik lah pulak senarai.. pendek kata sumer laaa.. senang citer.
Ehh.. tetiba teringat pulak kat si Frank..hahahahahahaha.. dimanakah bos ‘copywriter/ copyright’ ku ituhhhh? Alahai Frankie.. Frankie..
[jap.. jap.. lap air mata sat].. hahahahahahahahaha..

Terima Kasih
Terima kasih kembali..

Melamine oh Melamine

Saya pernah terfikir adakah pinggan mangkuk melamine juga termasuk di antara bahan yang dihebahkan merbahaya kepada kesihatan sama seperti bahan yang mencemari produk tenusu dari negara Cina itu. Akhirnya mungkin ini pengakhiran kepada pencarian saya apabila terbaca blog rakan(jefbuj) mengenai melamine itu.

Malang tidak berbau

Staf ITNM Mohd Aizudin Mazalan ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan ke pejabat di Wangsa Maju. Kemalangan itu berlaku pada waktu pagi di persimpangan lampu isyarat di Wangsa Maju tidak jauh dari Pejabat ITNM.

Sdr. Aizudin dikatakan gagal mengawal kenderaannya di kawasan tersebut dan motosikal yang dinaikinya terbalik. Sdr. Aizudin mengalami kecederaan di kaki kanannya dan dimasukkan ke Pusat Rawatan Pusrawi di Jalan Tun Razak pada hari Jumaat lalu dan mengikut rakan-rakan yang sempat menziarahinya Sdr. Zaharul dan Sdr. Zaidan Sdr. Aizudin telah menjalani pembedahan menyambung tulang pada bahagian yang cedera.

Keadaannya sudah bertambah baik dan pada bila-bila masa boleh dikeluarkan dari Pusat Rawatan itu. Sama-samalah kita berdoa agar Sdr. Aizudin segera sembuh.

19 October, 2008

Berita Pagi Minggu

Hari ini bonda nak sarapan nasi goreng yang beli kat kedai. Aku tahu bukan aku masak tak sedap tapi lidah bonda kadang-kadang nak merasa yang dibeli dari kedai. Sebelum keluar aku dah siapkan bonda Putu Mayam dan Milo 'O' dalam dulang tepi tempat dia baring. Aku keluar Bonda masih tidur. Bolehlah keluar lama sikit untuk sarapan kerana sarapan sementara dia dah ada.

Lalu aku dah sampai di kedai aku capai apa yang hendak aku makan sambil membaca akhbar harian METRO. Belek-belek aku tertarik dengan satu berita 'Bawa Mayat ke Balai'

Membaca berita itu membuatkan aku tak boleh berhenti sehingga habis cerita itu. Kisahnya dua beranak yang meninggal dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju. Dua beranak itu sedang berjalan menuju ke masjid untuk solat maghrib. Aku bayangkan betapa besarnya pahala ketika nyawanya diambil sedang dia dalam beribadah.

Tetapi apa yang membuatkan aku terbeliak mata ialah si pemandu tidak perasan mangsa yang dilanggarnya telah terpelanting dan jatuh di atas bumbung keretanya dan pemandu itu tidak memberhentikan kereta sebaliknya memandu hingga ke Balai Polis untuk membuat laporan tanpa menyedari mayat itu berada di atas bumbungnya. Mangsa yang berada di atas bumbung itu adalah anak dari dua beranak itu.

Mayat bapanya dijumpai oleh seorang penunggang motosikal yang melanggarnya secara tidak sengaja sebelum membuat laporan kepada pihak Polis. Begitulah qada dan qadar tuhan tiada siapa yang tahu. Yang pasti Allah telah memelihara kedua mangsa walaupun telah meninggal khabarnya disampaikan dengan begitu cepat ke pengetahuan umum.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas jenazah keduanya dan menempatkan bersama-sama orang yang soleh. Pengajarannya kepada kita yang membaca berita ini memandulah dengan berhemat dan berhati-hati ketika memandu di kawasan kediaman dan cuacanya kelam.

Puisi - Kenanga Inn II


Kenanga Inn II
(Istimewa untuk Zoel)

Tadinya satu keterlanjuran
tanpa kusedari
kealpaan untuk memorimu
dalam ketidaksediaanku
minta kemaafanmu
dan kekakuan ini
menyambung kembali
bicaraku yang sepi
untuk sebuah nama
yang aku senangi
Zoel
satu singkatan
apakah suatu misteri
pun begitu
Zoel
ole-ole ini untuk kenanganmu
aku lekatkan pada hatimu
biar bersama waktu

Enche 1986

Kenanga Inn ialah suatu tempat makan-makan dikelilingi hutan belantara di Institut Teknologi MARA (sekarang dikenali sebagai UiTM) Shah Alam. Tempat makan ini memang di dalam kawasan ITM dan harganya memang murah kerana telah disubsidi oleh pihak ITM 20 tahun yang lalu.
Pelajar-pelajar yang bosan dan ingin menikmati hidangan yang selain dari 'nasi kawah' yang disediakan di dewan makan akan hadir di sini atau yang pulang dari kuliah malam dan ingin menghilangkan haus mencari secawan teh atau kopi.

17 October, 2008

Ucapan Tahniah Harap Belum Terlambat




Sempena Menyambut ketibaan Syawal ITNM pihak Pengurusan ITNM telah mengadakan Pertandingan Menghias Pejabat. Pengadilan telah diadakan sebelum cuti Hari Raya Aidil Fitri. dan Tingkat 4 telah memenangi Pertandingan tersebut.

Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan dalam Perhimpunan Bulanan Oktober 2008. Tempat kedua dimenangi oleh Tingkat 2 sementara Tempat Ketiga dimenangi oleh Tingkat Bawah.
Tahniah kepada pemenang-pemenang.

Yang tak menang tu bukan bererti tidak cantik tetapi belum bersedia untuk menang. Betul tak rakan-rakanku di tingkat 3?

16 October, 2008

Petua - Rawatan Awet Muda

Saya pasti ramai yang sukakan ruangan petua apatah lagi yang semakin hari semakin di telan usia dan keremajaan semakin pudar dengan petua yang akan saya paparkan di sini.Tetapi kecantikan seseorang tetap dinilai dari kebersihan hatinya.

Ramai di antara kita seering tertanya-tanya, mengapa ada orang yang sudah berusia tetapi masih kelihatan muda dari usianya. Rahsianya begitu mudah diberikan oleh perawat tradisional.

Petuanya ialah:
1. Minum air masak 1 gelas ketika bangun pagi.
2. Banyakkan makan ulam dan buah-buahan.
3. Jangan meninggalkan sembahyang.
4. Ramah tamah terhadap jiran dan rakan-rakan.
5. Hindarkan perasaan dengki dan iri hati.
6 Tersenyum setiap hari.
7. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Petua ini dipetik dari Buku Petua Segala Petua terbitan Darul Nu'man


Senyum - Bunuh Diri

"Mat cepat tolong kawan kita nak bunuh diri". Jerit Hairi.
"Ha nak bunuh diri kenapa?"Mat bertanya.
"Frust bercinta? Cepatlah Mat tolong tengokkan dia dalam bilik air tadi aku nampak dia teguk sebotol minuman!"
"Teguk minuman?"tanya Mat
"Ya tu ha botol dia dah campakkan keluar" Jelas Hairi sambil berlari mendapatkan botol.
"Jangan risau ni botol Listerin je. Biarkan dia dalam bilik air tu. Dia tak akan mati punya. Paling terukpun dia sakit perut!" kata Mat sambil tersenyum.
Hairi tersenyum.

Cara membaca Surah Yassin dengan betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

Cara membaca Surah Yassin dengan betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

Assalammualaikum,
Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelumdatangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.

Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

Amiin. Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara untuk kebaikan kita bersama (bukan Utk dapat rezeki dalam 12 jam tau).

Wassalam.

Terima Kasih Nor Azira Ishak

15 October, 2008

Ciki- Mohd Fairoz Faddzal


Mahu tambah kenalan lagi melalui ruangan ini. Saya perkenalkan anda dengan seorang lagi Ciki kelahiran Perak tetapi sekarang bekerja di Kuala Lumpur.






Nama: Mohd Fairoz bin Faddzal

Tarikh lahir:
9 mei 1984

Tempat lahir: Perak

Pendidikan:
mlvk level 2 computer system

Kegemaran:
Sport terutama badminton, jalan2 cari makan,kuar ngan awek/member

Adik beradik? Anak ke berapa?
5 org, yang ke 2

Makanan & minuman kegemaran?
semua, tak cerewet sangat.

Warna kegemaran?
Hitam itu menawan

Perkara yang anda tidak suka:
Orang mengutuk tanpa sebab

Seronok dengan hidup sekarang?
Seronok, kadang2 tak jugak..tak yah la citer lebih2..wat bodo je..

Yang belum tercapai dalam hidup apa dia?
Jadi orang kaya& dapat pangkat Dato

Pengalaman yang seronok untuk di kongsi?
Banyak, semuanya yang best boleh lepak ngan member yang masuk kepala..

Pandangan anda mengenai awek gedik?
kalau yang gedik 2 muka cam ikan longkang, memang menyampah giler ar, tapi kalau lawa ok gak boleh ajak lepak..he he..tak de la, sebenarnya aku tak kesah pun dia gedik ke tak, janji dia tak sombong..

Jika ada yang ingin mengenali anda bagaimana?
fairoz9584@yahoo.com

Blog Raja Menangis dan Norzailina

Saya agak ini semuanya bermula dari post sama tapi tak serupa Apa Kata Dia Abd Khalil Zalmi Kamarazaman. Semuanya secara suka-suka dan mencari kelainan. Staf baru di tempat kerja saya ini memang mirip mantan pengarah Urusan ITNM yang lalu En. Shaharuddin Ali.

Ketika pertama kali hati saya terdetik dan perasaan seperti itu bukan dialami oleh saya seorang sahaja malah rakan-rakan sepejabat yang lain juga. Selepas post itu disiarkan setiausaha MD, Atie telah menghubungi mantan MD untuk memberitahu mengenainya.

Saya telah menerima mesej yang dilanjutkan kepada saya oleh Atie dari mantan MD yang berbunyi:

"Msg dari Shali. Blog chelah bagus sangat. Syabas"

Saya agak mantan MD telah memberitahu pengendali bersama blog Raja Menangis Sdr. Norzailina dan dari situ saya mula berkomunikasi dengannya. Sdr. Norzailina adalah novelis (juga seorang chef) karyanya banyak diterbitkan oleh Karangkraf. Berikut adalah mengenainya yang saya jumpa.



Name : Nor Zailina Md. Nordin

Date of Birth : 10th May 1962

Place of Birth : Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur


Siblings : First of five siblings


Hobby : Creating new recipes & travelling

Ambition : To write best selling novels & to create recipes that will be remembered forever

Quotable Quotes : Love the Creator

Favourite Drinks : Lime asam boi juice

Favourite Foods : Everything nutty, rojak & sardines

Favourite Colour : Purple

Education: Methodist Girl’s School, Raub
: Assunta Convent, Kuantan
: Sek. Men. Perempuan Methodist, Kuantan
: Grimsby College of Technology
: Cardiff Tutorial College, United Kingdom

Family
: Nadzri Yahaya (Husband)
: Nazratul Waheeda (23)
: Nasrunnizar (19)
: Nazurah Azri (16)
: Nazifa Aqillah (11)

Imej Kak Norz di profil tu mirip penyanyi Noraniza Idris. Petua apa awet muda? Banyak pencapaian yang anda boleh baca di blognya. Keep in touch Kak Norz terima kasih doa untuk bonda saya. Selamat melayari.

Hello Jerman Hello Frankfurt!

Hello Jerman Hello Frankfurt.

Suka juga kalau mendapat khabar dari sana jika ada yang berkesempatan meninjau blog ini. Emel saya sentiasa menanti khabar dari sana. enchelah@gmail.com

Harga Minyak Dah Turun

Tiada apa yang lebih gembira apabila melihat tajuk-tajuk utama akhbar dengan berita penurunan harga minyak untuk kali ketiga sejak ia dinaikkan secara mendadak pada 4 jun 2008 (tarikh lahirku). Penurunan itu berdasarkan harga minyak dunia yang telahpun jatuh pada harga AS$87 dolar setong berbanding AS$147 harga tertinggi pada bulan Julai dan juga subsidi kerajaan terhadap minyak.

Dengan ini harga runcit petrol Pada RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 pula dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40 manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Kenaikan harga minyak menyaksikan harga barangan lain turut naik. Tetapi penurunan harga minyak menyaksikan yang naik tak turun-turun. Itulah kelebihan dan kepandaian peniaga-peniaga kita bila kita bising harga jualan mereka mahal. Apa yang mampu kita buat ialah nganga.

14 October, 2008

Selebriti itu melanggar keretaku.

Teringat suatu malam dua tahun lalu bersama kawan di sekitar Ampang Point. Sedang aku memandu dan tiba di sebuah simpang tiga aku berhenti sejenak sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Tetapi saat aku memberhentikan kenderaan sebuah kereta telah ‘mencium’ keretaku membuatkan aku dan kawanku terhentak nyaris terkena pintu kereta. Nasib baik kami pakai tali keledar. Pakailah tali pinggang keledar (JPJ mesti suka post ini).

Kami saling memandang bingung sebentar. Kemudian barulah kami sedar kereta yang dinaiki telah dilanggar. Aduh. Ni mesti cerita panjang lagi ni. Dua tiga hari pun belum tentu selesai. Aku pantas keluar dan meluru ke belakang. Sedikit je sondolan itu tapi pasti mesti di bawa ke bengkel juga.

Aku melihat seorang lelaki berbadan tegap keluar dari kereta yang melanggar aku. Dalam kesamaran aku melihat kulitnya yang cerah. Dia berjalan menghampiriku. Oh tidak aku kenal orang itu. Dia seorang pelakon. Aku kuatkan semangat walau siapapun dia. Dia telah melakukan kesalahan dan mesti menanggung segala kos itu.

“Kenapa bang?” Aku menyoalnya.
“Saya tak perasan, saya ingat kamu sudah bergerak terus tadi.” balasnya.
“Tapi abang sepatutnya tunggu dulu. Abang mesti mengekori saya terlalu rapat tadi” aku mengagak. Dia mengangguk sahaja. Aku nampak dia panik.
“abis macam mana ni?”dia bertanya.
“ kereta ni kena repair. Abang yang langgar dari belakang abang dah salah. Saya nak claim insuran tapi kita kena report dulu.”
“Ok” dia membalas
“Kita pergi Balai ya” aku mencadangkan kepadanya. Dia mengangguk sahaja.

Kami bergerak menuju Balai Polis. Fikiran aku kacau memikirkan cara yang mudah dan terbaik bagi kami. Cuma tinggal 100 meter lagi kami menghampiri Balai Polis aku memberhentikan kereta. Dia juga ikut berhenti.

“kenapa?” dia menyoalku di tepi jalan.
“macam ni bang saya kira apa kata kita settle sendiri-sendiri saja” kata aku kepadanya.
"kalau di Balai dah tentu abang kena compound nak kena ganti saya punya kerosakan lagi dah tu abang kena point lagi."kataklu kepadanya.

Setelah berbincang mengenainya dia bersetuju. Dia pun belum pernah melalui episod seperti itu. Dia juga bimbang cerita mengenainya akan keluar di dada akhbar dan mungkin itu akan menjejaskan reputasinya sebagai pelakon yang bersih sebelum ini.

Begitulah episod keretaku dilanggar selebriti. Untuk peringkat awal aku settle sendiri di bengkel beberapa bulan selepas itu barulah selebriti itu membayar balik ganti rugi aku kepadaku. Itu semua kerana kesibukannya mencari makan. Walau apapun aku respectlah kat dia kerana tidak mungkir janji.

Nak tau ke sape pelakon tu..Em takyah ler..kan kena saman lak