31 August, 2008

Indahnya Pantun 7

Pantun Budi

Kalau menebang
Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang
Umpama pokok tidak berbuah

Bunga selasih
Bunga selasih si bunga padi
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di dalam taman
Pertama kasih
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu, aduhai sayang
Yang mana satu nak diturutkan

Datuk laksamana

Datuk laksamana ke Bangkahulu
Belayar kapal, aduhai sayang
Belayar kapal membawa garam
Bagailah mana
Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang
Kuala sudah dilimbung karam

Bungalah padi
Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati buahlah hati Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang
Hamba menumpang gembira saja

( Lagu : Tradisional - Lirik : Tan Sri Dato' SM Salim )


Salam sejahtera bertemu lagi dalam ruangan indahnya pantun kali ini saya memilih lagu Pantun Budi nyanyian Tan Sri S.M Salim. Lagu ini berasaskan pantun tetapi diulang-ulang sebahagian dari pembayang dan sebahagian dari maksud untuk memenuhi kekosongan ekoran bentuk sebenar pantun adalah pendek dan ringkas. Ini menambahkan lagi penekanan kepada pembayang dan maksud yang diulang-ulang itu. Perhatikan bentuk sebenar pantun rangkap pertama jika tiada perulangan dan penekanan kata

Kalau menebang si pohon jati,
Papan di Jawa dibelah-belah ;
Kalaulah hidup tidak berbudi ,
Umpama pokok tidak berbuah.

Dari segi rima rangkap pertama adalah pantun yang sederhana kerana rima tengah tidak terjaga manakala rima akhir cuma dari segi vokal akhir sahaja yang sama. Namun penggunaan objek dan peristiwanya amatlah indah kerana menggunakan unsur-unsur semula jadi seperti pohon jati dan papan yang di belah-belah. Pantun pada rangkap kedua lebih baik kerana rima tengahnya sedikit terjaga begitu juga dengan kesemua rima akhir.

Datuk laksamana ke Bangkahulu,
Belayar kapal membawa garam;
Bagailah mana kapal nak lalu,
Kuala sudah dilimbung karam.

Kita ikuti sebahagian lagi dari pantun untuk majlis-majlis.

Buah delima di tanah rata,
Diletak Seri atas jerami;
Tuan umpama intan permata,
Datang menyeri majlis kami.

Bagai disergah harimau mengaum,
Pipit menangis berkawan-kawan;
Seri wajah kerana senyum,
Seri majlis kerana tuan.

Daun purut si daun palas,
Tidakkan sama daun kasturi;
Seri wajah kerana ikhlas,
Seri majlis tuan ke mari.

Ikan Siakap di Tasik Cini,
Di bawa puan bersama tenggiri;
Rasa lengkap majlis ini,
Kerana tuan hadir ke mari.

Cincin suasa manakan berkarat,
Sama seperti emas tempawan;
Sempurna rasa segala sifat,
Bertambah sempurna adanya tuan.

Tuan hendak ke Kuala Kedah,
Saya mahu membeli kuini;
Rasa gundah hilanglah sudah,
Bila melihat tuan di sini.

Terbang bersama lima berlima,
Undan berlagu di tepi paya;
Tuan umpama cahaya purnama,
Hadir membawa sinar yang mulia.

Sungguh cantik puteri rupawan,
Dalam gerhana nampak serinya;
Kasih kita kepada tuan,
Sempurna sudah dengan hadirnya.


Akhir kata dari saya selamat berpuasa dan serangkap pantun sempena Ramadan.

Burung tempua terbang lagi,
Terbang bersama empat berempat;
Ramadan yang mulia menjelang lagi,
Selamat berpuasa muslimin muslimat.

Bilal bertasbih Imam meratib,
Dari Subuh bawa ke Zuhur;
Kalau sudah berpuasa wajib,
Jangan pula kerap ke dapur.

29 August, 2008

Ini Zaem buat untuk Ibu (Jurina)


Kanak-kanak pemikirannya adalah ikhlas dan telus sebab itu sangat seronok melihat lukisan atau tulisan mereka. Apa yang ada di dalam fikiran mereka itulah yang diluahkan di atas kertas. Saya melihat lukisan ini sebagai suatu kesempatan luahan perasaan Zaem untuk ibunya (Puan Jurina) dan karya seni dengan warna-warna asas yang sememangnya disukai oleh kanak-kanak dibuat dengan teknik balikan (paksi menegak) dan tindanan warna menghasilkan warna kedua menjadi hadiah Zaem buat ibunya. " Ini Zaem buat untuk ibu"

28 August, 2008

Kongsi Emel

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).

Soalan kedua Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapI kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : BumiImam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

Soalan keempat Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T. sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Soalan kelima Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaalik.

Soalan keenam Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Terima Kasih Norman Hanafiah

Selamat Berpuasa



Dalam Menghitung pahala dan dosa kita terlalu taksub mendapatkan syurga tuhan. Ada mulut buat berbicara. Ada mata kita mampu melihat. Ada kaki dan tangan, kita berupaya bebas menghala ke mana arah tujuan. Begitu cantik anugerah tuhan buat manusia menyempurnakan impian dan rasa hati-tapi pabila pancaindera telah mati- nadi telah berhenti nafas telah pendek-mata telah penat-disitulah datang penyesalan yang amat sangat-masa telah habis-cuma dua kalimah jika sempat diucapkan-agar mati dalam husnul qatimah..kita tak kan bertemu mungkin di lain kali-mungkin ini Ramadan yang terakhir- intai-intai antara nampak-esok jangan rindu-rinduan. Kami kutip sisa yang berselerak. Jangan nanti rasa terkilan.

Salam keislaman buat semua

Kata-kata madah yang cantik itu di pinjam dari khidmat pesanan ringkas Jai. Terima Kasih ya.

Kecoh di Parlimen Pelancaran buku kami ditunda!

Kecoh Pelancaran buku Perjanjian Dokumen Lama di Parlimen dibatalkan hari ini. Semuanya gara-gara Dato’Sri Anwar Ibrahim pergi mengangkat sumpah di Parlimen dan terus menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang menggantikan tempat Isterinya Datin Seri Wan Azizah yang telah mengosongkan kerusinya di Parlimen bagi memberi laluan kepada suaminya menjadi ahli Parlimen.

Yang kecoh bukan sahaja di Parlimen tetapi di ITNM bermula dari semalam sehingga ke hari ini. Berbagai persiapan yang telah dibuat terpaksa dibatalkan dan ahli jawatan kuasa terpaksa menghubungi semula jemputan untuk memberitahu pelancaran tersebut telah di tunda ke suatu tarikh baru yang akan diberitahu kelak. Aduh.

Itulah sepintas lalu kekecohan hari ini. Sempat juga lihat adik-adik sambilan berpakaian formal datang ke ITNM dan bersedia ke Parlimen untuk bertugas. Tidak mengapalah dik hari ini boleh buat catwalk bukan senang nak memperagakan baju-baju macam tu di mana-mana kan?

Esok pula akan berlangsung Majlis Tahlil ITNM sempena mengenang pemergian Allahyarham SN S.Othman Kelantan di ITNM. Majlis akan dihadiri oleh anak Allahyarham, sahabat-sahabatnya, Sasterawan Negara dan juga pemenang-pemenang Anugerah Penulis Sea yang lain serta wartawan-wartawan. Anda dialu-alukan untuk hadir jam 4.00 petang.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51 dan Selamat Berpuasa - Maaf Zahir dan Batin.

27 August, 2008

Apa Khabar -Tifla



Ni memang orang lama. Tapi saya dapat menangkapnya ketika dia merayau-rayau di Taman Permata sekitar kawasan kediamannya. Bekerja sebagai pegawai Undang-undang ITNM sewaktu di Pengkalen.



Nama: Tifla Hairi Taib

Apa khabar?
Khabar baik.

Tempat sekarang
Nadicorp Holding Sdn. Bhd

Bagaimana kehidupan sekarang?
Bagus

Mula kerja dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
1995-1997

Saya nak tanya pengalaman bekerja di ITNM. Boleh cerita sedikit?

Suatu pengalaman yang menyeronokkan kerana dapat mempelajari selok belok duni korporat.

Ada pandangan anda secara peribadi bekerja ITNM dan bezanya dengan kerja sekarang?
A good training place for corporate world.

Dulu siapa Pengarah Urusan.
Dr. Zaki dan Dato’ Mahpor Baba


Masih ada menghubungi staf ITNM yang lain?

Che Lah

Apa ucapan/ pesanan kepada warga ITNM lama dan baru?
Selamat bekerja bersungguh-sungguh demi ITNM

Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat emel?
tiflahairi@nadi.com.my

Siapa yang anda teringin nak jumpa?

Semua kawan-kawan batch tahun saya bekerja.

Terima Kasih
Sama-sama

Jom Baca Buku- Siapa Kita



Siapa Kita
Cabaran kepada Identiti Nasional Amerika
Who Are We? The Decline and Renewal of American Identity

Buku ini memperlihatkan kepentingan dan keistimewaan jati diri serta semangat kebangsaan Amerika. Secara umumnya, ia membincangkan kedua-dua unsure tersebut yang dilihat sebagai sentiasa berubah mengikut zaman, selain aspek kerencaman serta kebudayaan Inggeris-Protestan yang berterusan menjadi teras jati diri masyarakatnya selama tiga abad.

Siapa Kita
Cabaran kepada Identiti Nasional Amerika
Who Are We? The Decline and Renewal of American Identity

Karya Terjemahan: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Penulis: Samuel P. Huntington
ISBN: 978 983 068 251 8
Tahun terbitan: 2008
Halaman : 457
Harga: RM50.00
Hubungi ITNM untuk tempahan anda di nombor 03-41497210.

Transformasi Logo ITNM


Sepanjang 15 tahun Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah melalui pelbagai perubahan sesuai dengan kematangannya. Namun apa yang ingin saya paparkan di sini ialah tentang perubahan logonya.

Pada peringkat awalnya ITNM hanya menggunakan logotype sebagai logo sementaranya iaitu mengguna font Zapf.

Setelah mendapat khidmat reka bentuk dari fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, logo yang berimej pena dua hala simbolik terjemahan mula digunakan dengan rasminya ketika Pengarah Urusan Prof. Madya Dr. Zaki Abu Bakar (ketika itu).

Beberapa tahun logo itu digunakan dan ketika Pengarah Eksekutif Tuan Haji Amdun Hussain berkhidmat di ITNM sedikit perubahan kecil dilakukan pada logo berkenaan. Iaitu singkatan ITNM telah dimasukkan ke dalam kotak logo dan tidak lagi kelihatan berasingan dengan logo.(gambar urutan ketiga)

Pengarah Eksekutif yang keempat Puan Hajah Hamidah Baba telah memberi imej baru terhadap logo ITNM dengan menukar secara total reka bentuk ITNM. Dari puluhan reka bentuk yang di hantar melalui sebuah pertandingan mencipta logo baru itu beberapa logo terbaik telah disaring ke peringkat akhir dan logo kedua terakhir dari gambar di atas telah terpilih.

Akhir sekali pada tahun ini (2008) logo ITNM telah mengalami sedikit perubahan pada bahagian singkatan namanya. Ia tidak lagi menggunakan singkatan sebaliknya telah dieja dengan nama penuhnya Institut Terjemahan Negara Malaysia, kerana difikirkan walaupun ITNM telah wujud lebih dari satu dekad namun masih ada yang belum mengenalinya mungkin kerana singkatan tersebut.


Artikel ini menjelang 14 September ITNM akan menyambut hari Ulang tahun yang ke 15. Anda akan dipaparkan dengan slogan-slogan ITNM dan juga siapakah yang pernah menjadi Pengarah dan juga Pengerusi ITNM.

26 August, 2008

Si Cumi - Noor Elleysa Shazleen Jamel

Salam. Bersua lagi kita kali ini giliran nona Maria yang cantik molek dari Malaysia yang pernah menjalani latihan praktikal di Bahagian Korporat ITNM. Jom baca...

Nama: Noor Elleysa Shazleen Jamel
Tarikh lahir: 30/9/88
Tempat Dilahirkan: Perak
Pendidikan: Dip Sains Kesetiausahaan, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor

Adik beradik? Anak ke berapa?
Anak 1st from 4 siblings

Makanan & Minuman kegemaran:
Western food n orange dan susu

Suka warna apa?
:.: pink, putih n purple..

Suka buat apa waktu lapang?
tido,layan mspace, ym, dan shopping..

Sekarang buat apa?
blaja, final sem..

Pengajian dalam bidang apa?
..secretary..

Seronok dengan kerja?
..bleh la than..

Cita-cita anda sebenarnya?
Cikgu tadika n stylish..huhu

Apa yang paling tak suka dan apa yang paling suka?
xske..orang yg bucuk n ske..kumpul beg, kasut n earing..huhu

Ada pengalaman yang paling menyeronokkan tak untuk dikongsi?
Dapat pegi holiday..

Apa yang belum dicapai dalam hidup?
Memegang segulung ijazah..

Prinsip hidup anda?
Be always beautiful n struggle..

Artis yang paling digemari
...Justin timberlake n sean paul..

Tokoh yang anda hormati/suka?
..cam xde jer..

Boleh beri emel kalau ada orang nak berkenalan?
Elleysa_88@yahoo.com
Add la kat ym n myspace..

Senyum- Ayam

Seorang peniaga ayam menjual pelbagai jenis ayam di pasar. Apabila nampak seorang Mak Cik lalu di hadapannya lalu penjual ayam itupun bersuara.

Penjual Ayam: Ayam beli ayam Mak Cik. Mari pilih.
Mak Cik : Tak pe nak, Mak Cik tak mahu.
Penjual ayam tidak berputus asa sambil menawarkan lagi ayam kepada Mak Cik

Penjual ayam:
Harga boleh kurang sikit Mak Cik
Makcik: Takpe la nak Mak Cik tak mahu.
Penjual Ayam: Semua ayam ada Mak Cik, pilih saja Mak Cik ayam kampong ayam daging, ayam pencen pun ada.

Dengan rasa geram dan selamba Mak Cik tu membalas
Makcik: Baiklah kalau anak dapat jawab soalan ni Mak Cik beli. Sebelum ayam kau pencen dia kerja apa?

25 August, 2008

Selamat Datang Umi

Umi datang lagi untuk sambut Ramadan di sini. Kata umi tak nak susahkan abang anak bini kat kampung bulan puasa. Kerana abang selalu datang teman umi dan tidur memalam kat umah Umi.

Umi pun dah uzur benar. Kalau dulu tongkat Umi satu sekarang Umi dah pakai tongkat dua. Umi kata Umi jatuh di kampung. Umi merangkak kat umah tu dan buatkan aku risau setiap hari ke pejabat.

Kata Umi nak sambut raya kat sini. Itu bab yang aku sedih sikit. Dah 7 tahun aku raya kat Kuala Lumpur (KL) sebab Umi tak nak balik. Raya kat KL ada apa? Pagi sembahyang raya balik makan lepas tu tidur. Bangun tidur makan tidur lama-lama muka aku macam nasi himpit.

Suasana kat apartment toksah cerita la sebab semua orang balik kampung. Masa itu baru aku tahu orang di sini rupanya orang kampung dan saat itu aku bangga sikit sebab aku satu-satunya orang kampung yang beraya kat KL. Nak tahu punya sunyi waktu tu kalau botol jatuh kat blok depan dalam umah aku boleh dengar dengan jelas. Kalau orang bersih gemanya mak oi..bergaung!

Jalan raya lengang gila babi. Pernah aku niat nak letak katil atas jalan raya sebab takde kenderaan langsung tapi aku batalkan aje niat tu sebab drebar lori pun takde balik kampung! Hehe

Pernah sekali sebab Umi biasa kat kampung ziarah kubur pagi raya. Kerana nak rasa suasana tu Umi ajak pi kubur. Tapi siapa sedara aku yang ninggal kat KL? Akhirnya kami pergi kubur Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Kerana itu juga baru aku tahu kubur Allahyarham A.R Tompel dan Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma dekat-dekat. Kata Umi Tompel pernah kahwin dengan Saloma!

Umi juga cakap P. Ramlee pernah tegur Umi waktu Allahyarham datang shooting di KB dulu-dulu. Umi intai P.Ramlee celah tingkap! Oo..gitu ya ke Umi nak ngorat P. Ramlee? Sebab itu Umi ingat sangat-sangat P. Ramlee. Aku lihat Umi selalu sedekah Al Fatihah bila aku bagitahu itu kubur P. Ramlee bila lalu Prolintas Kota.

Tahun ni nampaknya takde lah kot sebab Umi dah tak larat nak jalan lagi. Kalau larat banyak lagi kubur artis kat sini Mi. Selamat datang Umi dan selamat berpuasa di sini.

Menyambut Kemerdekaan Ke-51



Menjelang 31 Ogos

Saban tahun ia datang dan saban waktu itu juga Jalur Gemilang dikibarkan. Tapi kali ini terasa seperti kekurangan kerana kempen mengibarkan jalur gemilang tidak seperti tahun-tahun terdahulu bermula pertengahan Ogos sehingga pertengahan September.

Jika mahu melihat mengapa ianya terjadi sebabnya yang utama ialah kenaikan harga minyak dunia. Harga minyak telah meningkatkan kebanyakkan harga barang dan ini telah menyebabkan kerajaan mengambil langkah jimat cermat mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan dek kerana itu tiada lagi pertandingan mengibarkan jalur gemilang sebagaimana biasa.

Namun ITNM agak bertuah kerana di tengah keasempitan itu kita mempunyai ruang yang agak selesa untuk menyemarakkan lagi jalur gemilang di permisnya. Dan pada tahun ini kelihatan agak berbeza sedikit kerana selain meletakkan jalur gemilang sebagaimana biasa terdapat kain bunga raya menyerikan lagi kawasan bangunan. Itulah dia datang pertama kali menyerikan bangunan ini.

Semoga semangat kebangsaan terus hidup subur di kalangan kita dan tidak ketika dikibarkan jalur gemilang sahaja dan sesudah itu semangat kita akan pergi bersama jalur gemilang yang akan disimpan di dalam setor untuk dikeluarkan lagi pada tahun hadapan.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51

Indahnya Jalur Gemilang Indahnya Pejabat ITNM. Wah nampaknya kali ini warga ITNM tak lagi susah payah nak memanjat-manjat tiang dan dinding memasang bendera. Kita dah boleh upah orang datang memasangnya. Terkenang dulu-dulu aku dan Bakri pusing-pusing pejabat cari tempat terbaik nak gantung Jalur Gemilang.

24 August, 2008

Apa Kata Dia - Kamarudin Sanusi

Baru minggu lepas di blog ini ada berita mengenai pukau dan rompak dan ini adalah secara kebetulan saya ingin memaparkan cerita mengenai pengalaman seorang teman yang di rompak beberapa tahun yang lalu di sebuah kawasan perumahan di Setiawangsa.






Apa Khabar?
Alhamdulillah sihat

Saudara setuju kalau kita katakan jenayah rompakan tidak pernah akan padam dari kehidupan manusia?
Mungkin jugak

Apa yang menyebabkan manusia suka merompak, mencuri atau samun?
Mungkin atas desakan hidup atau mungkin juga ada yang suka mencuri kerana dah jadi suatu kesukaan yang dia pilih sendiri..a ah memang ada orang saja2 suka mencuri …ala ada member tu siap curi makan kononamik skit nak rasa buah anggur kat supermarket..benda kecik konon..tapi tu kan orang punya…tu ar orang tengok pada physical, size ….tapi lupa tengok pada prinsip nya… mencuri gak tuuuu..

Bagaimana pendapat saudara untuk mengurangkan jenayah ini dari terus berlaku/ Peranan siapa?
Peranan ibubapa yang mendidik dari bayi..peranan guru disekolah…peranan masyarakat yang amik tau sesame jiran..peranan ketua masyarakat..peranan ketua negara..

Pengalaman saudara dirompak?
Ermmmm sekitar 2001…

Bagaimana kejadian itu bermula?
Suatu petang sabtu di kedai photo kat Setiawangsa…waktu tu ana nak amik gambar yang dah dicuci…sambil tunggu staf pompuan amik gambar, ana tgk majalah foto di kaunter belakang…tetiba staf pompuan yg jaga kaunter phone/camera kat bahaginn depan berteriak…ABANG! ABANG! ABANG!
Ana yang tengah leka ngan majalah foto pun berpaling …….sebaik berpaling jek…ana berhadapan dengan 5 orang remaja lelaki …yang tengah menghunuskan parang panjang…2 di kiri dan 2 di kanan menunjukkan pisau potong daging….mereka menyergah ana .ABANG JANGAN CUBA BUAT APA2..
Waktu tu azan asar tengah berkumandang…ana betul betul terkejut dan kecut perut…. ana pun memang fobia ngan parang dari kecil dulu (zaman 70an ngan citer potong kepala) ana rasa lemah longlai dah..ana hanya membayangkan sekiranya itulah hari akhir dan cara akhir nyawa ana melayang…ana terpaksa terima… waktu yang sama tu juga la ana rasa hilang pudar segala2nya ….yang hadir hanya sebutan namaNya..ALLAH! ALLAH! ALLAH! Ana betul2 berserah apapun terjadi hanya DIA yang hadir…
Tiba2 dengan tak disedari ana melompat melintasi kaunter …seorang dari mereka mengejar ana dan mengugut nak cederakan ana dengan pisau…pada masa yang sama staf pompuan yang jaga kaunter phone/camera jatuh pengsan …keadaan menjadi kelam kabut…staf pompuan menjerit..ketua penyamun menjerit2 mengarahkan untuk segera mengambil apa yang boleh dicapai dan dimasukkan kedlm beg yang mereka dah sedia bawa…pada masa yang sama lak tu ada dua orang customer baru masuk ke dalam kedai ….keadaan bertambah panic dan kacau bilau..penyamun meragut dan mencapai phone dan camera dari kaunter dan wang dari cashier dan kelam kabut lari menuju sebuah keter kancil yang sedia menunggu di jalan depan dan mereka memecut pergi ….
Ana yang terpaku dan terkelujat hanya mampu melihat dan berdoa …

Adakah saudara mengenali mereka?
Of kos tak kenal..kalo kenal ana belasah lah…tapi yang ana kenalpasti mereka tu keturunan melayu…ya remaja melayu dalam lingkungan 20an….

Apa tindakan saudara?
Dalam keadaan yang tak sedia dan takut…ana takmampu melakukan tindakan selain ana hanya mampu mengingati DIA

Sempat berdoa tak dalam keadaan tu?
Ana hapus dari ingat selain DIA waktu itu..alhamdulillah

Ketika itu bagaimana reaksi orang disekeliling anda? Adakah mereka membantu?
Keadaan kucar kacir kelam kabut dan semua tergamam dan ketakutan..bayangkan la lima orang penyamun bersenjata parang dan pisau potong daging dan terlampau hampir di leher…..

Saudara berpuashati dengan tindakan yang berwajib di atas kejadian itu?
Tiada apa yang diharap lebih dari tindakan standard …mereka check on-line tapi penyamun guna no kete palsu

Berapa lama saudara mengambil masa menghilangkan perasaan phobia itu?
Beberapa bulan pun masih fobia….sehingga kalao ada orang tegur dari belakang pun terus berdegup2 jantung…

Adakah saudara percaya diri saudara ada sial dan perlu mandi air bunga dengan kejadian itu?
Ana tak tau plak kalo diri ana ada sial…tapi ana tak mandi air bunga kecuali kalau gi SPA kot..hahaha..

Nasihat saudara kepada masyarakat jika dirompak?
Entahla …ikut situasi jugak kot…kalau perompak bersenjata nak duit ke apa bagi jek la..janji jangan cederakan kita dah…harta masih boleh cari lagi selagi mampu

Jenayah rompak sekarang tidak lagi mengira waktu dan tempat ia dilakukan. Mengapa ini berlaku?
Tu la pasal…desakan hidup tak mengira waktu dan tempat….orang2 tu jadi perompak dan penyamun tu pasal terdesak kot….

Adakah kerana sikap “keakuan” yang terus hidup subur dalam masyarakat kota tidak membantu ke arah pengurangan jenayah ini?
Mungkin jugak kot…masing masing wat hal sendiri tak amik kisah sapa pun hingga ahli keluarga jadi perompak pun tak sedar….

Bagaimana kejadian itu memberi kesan dalam kehidupan saudara hingga sekarang?
Ana insyaallah akan bantu sapa2 jek yang memerlukan sekadar yang ana mampu…ana tak mau terpaksa berpisah ngan harta benda dan duit melalui jalan samun atau rompak…ana selalu paksa diri ana untuk rela memberi dan menghulur pada yang memerlukan dan ana tak nak berperasangka apa pun…kalau tak paksa selalu hati ni jadi keras kot dan tamak dan penting diri sendiri jek dan asyik terhitung2 apa yang tak cukup untuk diri sendiri jek…so slalu2 paksa diri sampai dah biasa dan jadi kebiasaan..lama2 jadi amalan

Nasihat saudara kepada masyarakat dan pihak berwajib?
Mari la sama2 memelihara keluarga dan amik tau jiran2 dan kawan2…apa perkembangan mereka..bukan nak menyibuk dan jaga tepi kain orang…tapi pandai2 la …kan kita bersaudara…untuk kesejahteraan umat manusia marilah sama sama bantu membantu tanpa prajudis dan hanya mengharapkan yang terbaik untuk semua…

Terima Kasih

Kedai Baru - Voices Boutique Trading




Artikel ini tidak dibayarpun aku menulis kerana empunya adalah kawanku. Kawan lama yang merantau ke New York selama enam tahun. Lama menimba pengalaman di negara orang akhirnya kembali ke tanah tumpahnya jua.

Selama Di New York Andy bekerja sebagai Juru Akaun dengan syarikat yang dipunyai oleh rakyat Malaysia.

Sangkaku ada keramaian sempena pembukaan tersebut rupa-rupanya Andy cuma menjemputku sahaja sebagai teman lama bagi melihat kedai barunya dan aku memberitahunya bolehlah aku menulisnya blogku.

Aku merasa dihormati sangat kerana dijemput pada hari pertama ia membukanya. Tapi aku datang dah lewat sangat Anda dah tutup kedainya namun Andy sanggup datang semula untuk menunjukkannya kepadaku.

Mendengar itu dia gembira sangat. begitu teruja untuk melihat bagaimana aku nak bantu dia promsikan kedainya. Alah Andy jangan harap yang besar Andy. Ini blog kecil-kecilan yang tiada kontroversi dikunjungi beribu-ribu orang macam Malaysiakini, Saifulbahri atau yang lain-lain.

Voices Boutique Trading dibuka dengan rasminya pada 16 Ogos 2008. beralamat di B05, Kawasan Perindustrian, Taman Dagang, 68000 Ampang. (Di Belakang Bangunan Galaxy Ampang.)
Voices Boutique Trading menjual pelbagai jenis hiasan aksesori wanita dan lelaki seperti rantai, jam, cincin, beg tangan, beg kanak-kanak, setokin, kain tudung dan juga bunga. Ada juga rantai batu permata yang anda boleh pilih sendiri untuk di tempah dan Andy akan melakukannya sendiri. Jadi kepada anda yang kebetulan tinggal di kawasan Ampang kata Andy marilah singgah lihat apa yang ada dengan harga yang berpatutan.

Andy Ang...(wajahmu dah di makan New York) Datang lah ke kedai Voices Boutique Trading.






Indahnya Pantun 6 - Berbalas Pantun

Berbalas pantun.

Pantun digunakan selain dalam bentuk pernyataan dan penceritaan dengan bentuk berkait, orang Melayu juga menggunakan pantun untuk bersoal jawab. Dalam bentuk lagu pantun soal jawab ini jelas dalam Dondang Sayang. Lagu baru berirama tradisional yang menampilkan penyanyi duet juga sering kali menyanyi lagu yang mengandungi pantun soal jawab. Namun ada juga yang tidak.

Golongan-golongan bangsawan waktu dahulu menggunakan pantun di dalam acara merisik, bertunang dan perkahwinan. Pakar-pakar pantun akan mewakili dua pihak akan berjual beli pantun dan sehingga sekarangpun pantun masih digunakan namun ia tidaklah sehebat dahulu, pantun cuma di selitkan sahaja sebagai penyeri.

Boleh dikatakan pantun soal jawab yang diteruskan di dalam rancangan berbalas pantun adalah yang paling digemari. Sayapun dahulu sejak dari kecil berminat dengan pantun kerana mengikuti rancangan berbalas pantun di Radio Televisyen Malaysia. Tentunya anda masih ingat dengan nama Sdr. Chuari Selamat ia terlalu sinonim dengan pantun.

Saya telah melalui dua keadaan berbalas pantun yang tentunya boleh dikongsi dengan anda. Berbalas pantun bentuk yang pertama ialah pantun untuk dijual disediakan terlebih dahulu dan akan diserahkan kepada pihak yang membeli lebih awal.

Pihak yang membeli akan menyediakan pantun balasan iaitu pantun beli sebelum hari berlangsungnya berbalas pantun. Keadaannya kedua-dua pihak lebih bersedia walaupun apa bentuk jawapannya tidak diketahui dan cuma akan diketahui pada hari acara berbalas pantun itu sahaja.

Bentuk pertandingan yang kedua ialah pantun jual hanya diketahui ketika berlangsungnya acara tersebut dan pihak lawan hanya diberi masa kadang-kadang sehingga seminit sahaja dan ini betul-betul memerlukan kepantasan, ketajaman dan kecekapan berfikir.

Panduan mudah dan ringkas jika anda dikehendaki menjawab pantun dalam keadaan ini. Pertama sekali perbendaharaan kata mestilah banyak. Lihatlah seberapa banyak perkataan yang suku kata keduanya boleh anda gunakan untuk rima akhir. Simpan di dalam memori anda dan ia pasti berguna apabila keadaan memerlukan itu tiba.

Kedua dengar pantun yang dijual dengan berhati-hati terutamanya pada bahagian maksudnya. Anda boleh menjawab, menyokong, menyanggah atau melawak dengan pantun itu. Kesemuanya akan dikira jawapan. Cuma teknik menyediakan jawapan perlu bijak kerana anda mempunyai waktu yang terhad untuk menjawab.

Apa yang pernah saya lakukan ialah menulis maksudnya sahaja manakala untuk jawapan cuma patah perkataan yang terakhir sahaja bagi kedua baris pembayang. Bacaan pembayang yang sepontan dengan menyambungkan ayat terakhir adalah kaedah yang paling cepat tetapi memerlukan konsentrasi agar baris kedua mempunyai kesinambungan dengan baris pertama.

Contoh-contoh pantun soal jawab atau jual beli adalah banyak boleh di dapati dan anda biasa mendengarnya di mana-mana. Jadi tidak perlulah saya mengulanginya di sini.

Kali ini kita teruskan lagi dengan pantun pembuka

Ke Inderagiri dengan pedati,
Pedati dibuat Datuk Panglima;
Nanti-nanti sudahpun nanti,
Masa bermula sudahpun tiba.

Malam bermimpi Puteri Sakti,
Puteri bertapa di pinggir kayangan;
Nanti-nanti sudahpun nanti,
Acara pertama kita mulakan.

Dara jelita senyum berukir,
Membawa delima ke dalam pekan;
Penantian kita sudahpun berakhir,
Ke acara pertama kita mulakan.

Kenari biru dan laba-laba,
Nama bahtera orang di Lokan;
Yang ditunggu sudahpun tiba,
Lembaran pertama kita mulakan.

Lautan apa hendak diredah,
Jalan terburu di senja kala;
Kata bermula dibuka sudah,
Lembaran satu majlis bermula.

Lautan apa hendak diredah,
Pekan Batu cuma berpaya;
Kata bermula dibuka sudah,
Selembar bicara dari yang mulia.

Masam rasa seperti cuka,
Cuka apa di botol bulat;
Kata bermula sudah dibuka,
Selembar bicara dari Yang Berhormat.

Jangan suka bermuka-muka,
Bukan budaya hamba sahaya;
Kata bermula sudah dibuka,
Selembar bicara Yang Berbahagia.

21 August, 2008

Hari Mingguku Yang Terganggu


Kasihan dengan pokok-pokok ini bermandi habuk

Hari mingguku yang cukup terganggu gara-gara jiran baru yang membuat ubah suai rumah. Memanglah seronok bila nak masuk rumah baru dengan ubah suai hiasan dalam dan kemasan yang menarik dan lain dari yang lain. Tetapi betapa azabnya bila kerja-kerja mengetuk, mencanai dan memotong yang mengeluarkan segala macam bunyi yang mengganggu ketenteraman jiran-jiran lain di hari minggu. Soalnya mengapa menggunakan hari minggu ketika semua orang ada di rumah. Kerja-kerja seperti itu sepatutnya dilakukan di hari kerja di mana kebanyakannya ramai penduduk keluar bekerja.

Itulah kurangnya daya imaginasi dan sikap bertimbang rasa pekerja dan yang empunya rumah. Tuan punya sepatutnya mengawal kerja-kerja ubah suai tersebut kerana rumahnya bukan rumah baru siap dibina. Atas, bawah, kiri dan kanan semuanya sudah dihuni.

Itu belum disebut dengan debu-debu simen yang memenuhi lantai dan tangga jalan di blok itu. Aku mengadu rumahku penuh berabuk kerana debu-debu halus berterbangan masuk melalui bawah pintu. Tapi jawapan pekerjanya selamba sahaja.

"Sabarlah ya kami kat sini sepuluh hari sahaja."

Apa salahnya sebelum balik dibersihkan segala habuk yang ada di laman rumah jiran agar habuknya tidak masuk ke dalam rumah. Orang-orang seperti agaknya tidak pernah membaca maksud hadis

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jirannya.”

Dan dalam surah yang bermaksud:

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukanNya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat mahupun yang jauh, rakan sejawat, orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membanggakan diri ".

(An-Nisaa':36)

Belum pun tinggal tapi jiran-jiran dah tak suka!

Puisi - Istidraj

Istidraj

telah lama kau di situ
sewaktu air di laut tenang-tenangan
ketika gembala tidak kisah dengan terik mentari
di saat nelayan tidak peduli dengan kedinginan subuh
sempadan kau begitu luas untuk bergerak
dan hati-hati kalian begitu tenang
menghirup getir permulaan perlayaran
walau bertukar nakhoda di kapal yang sama
badai melanda semua bergolek di lantai
walau cemas masih sempat tersenyum
kerana semua sama merasa

namun kehadiran tangan-tangan itu
walau banyak tapi kau tahu ianya cuma satu
di mana-mana keberadaannya
kuasa itu ghaib dalam warna yang merah
membakar kau yang berlari
dalam arah yang tidak sama dengannya
dan ia masih sempat berpura-pura memberikan simpatinya

tidakkah kau lihat di sini
temanmu yang terbakar
dengan panas dan rentungnya telah bernisan dalam sendu
berlalu dengan pakaian cabek dan rabak
atau luka cakaran yang berbunga-bunga
warnanya darah dan airmata
tersingkir dalam pusingan pendek ciptaan tangan itu
kini sempadan mu makin sempit
dan di sekililingmu tiada lagi keadilan yang kau dapat cari
yang ada ialah kepatuhan dan kesanggupan mu
untuk terus berada di sini
lantaran kau tiada lagi pilihan
dek usiamu yang merentang

di sini ada kehidupan yang diistidrajkan
kau harus reda kerana kau diajar supaya selalu bersyukur
dan tunduk kau hanya pada yang Satu
tetapi bukan pada dia yang kemaruk hidup di bahtera ini
menjulang nafsu hitamnya
dan pasti suatu hari tangan ghaib itu
akan kelihatan jua dengan kuasa Yang Maha Esa
aku ingin bersama mu di saat itu

Wahai tetamu kami yang bertenaga
kami sangat menunggu kehadiranmu
dapatkah kau melihat di sebalik tabir itu
wajah-wajah kami sebenar
senyum ataupun tertawa
bukalah topeng itu dalam pejam matamu
bukalah topeng itu dengan kudrat yang kau ada
bukalah topeng itu kerana kau bisa melakukannya
lantaran nahkoda yang lain sudah gagal melakukannya
mereka yang tinggal sudah kering air mata
dan kini merayu kerana kehadiranmu
lakukanlah dengan Bismillah
atas nama Tuhanmu

enche
20 Ogos 2008
8.00pm

Sabda Nabi S.A.W, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”.

Majlis Tahlil untuk Allahyarham SN S. Othman Kelantan


Jika tidak ada aral dan semuanya berjalan lancar maka sekali lagi ITNM akan mengadakan acara menghargai sasterawan kali ini untuk Allahyarham yang baru sahaja meninggalkan kita pada 31 Julai 2008, Sasterawan Negara yang ke-9, S.Othman Kelantan, 69. Dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis pada tahun 1953.

InsyaAllah Majlis Tahlil itu akan diadakan pada 29 Ogos 2008 di ITNM jam 4.00 petang dengan bacaan yaasin, tahlil dan solat asar berjamaah. Inilah kenduri kami di akhir bulan Syaaban dan sempena menyambut kedatangan Ramadan alMubarak.

Ketika ini ITNM sedang memilih 100 judul karya dari Sasterawan Negara dan Pemenang SEA Write Award untuk diterjemahkan ke bahasa lain agar sastera kita dapat dinikmati bukan sahaja oleh kelompok Melayu di Nusantara malah masyarakat antarabangsa juga.

Semoga usaha-usaha memartabatkan sastera kita ke peringkat yang lebih tinggi ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

20 August, 2008

Congratulations-Prepaid anda telah bertuah...!

Suatu Petang tepat jam 3.52 pm telefon ku berbunyi menandakan pesanan ringkas masuk. Cepat-cepat aku membacanya.

Congratulations!
Prepaid anda telah bertuah memenangi hadiah utama wang tunai RM.30.000,00 dari "Petronas Sila/call/tel: 012 8403567 . Terima Kasih.

Persoalan pertama mengapa mesej dimulakan dalam bahasa Inggeris dan selepas itu bahasanya bercampur aduk? Kedua aku ni pakai post paid macam mane lak dapat prepaid?
Ketiga mengapa Petronas nak beri hadiah sedangkan aku menggunakan talian maxis? Keempat mengapa dapat hadiah sedangkan aku tak pernah menyertai apa-apa peraduan atau promosi?Kelima jumlah hadiah meragukan RM.30.000,00! Ianya RM.30?
Ni sah-sah lah sendikit penipuan. Lalu aku abaikan sahaja pesanan ringkas itu. Ada member bilang dah call nombor itu pakai talian tetap yang jawabnya seperti orang Indon yang tergagap-gagap. Jadi kalau korang menerima pesanan ringkas yang sama berhati-hati jangan terus dail kerana prepaid korang mungkin akan terus hilang!

Kongsi Emel- Hatta Raih Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2008

Terima Kasih kepada Pn Siti Rafiah kerana melayangkannya ke peti emel saya

Oleh AZMAN ISMAIL

AKTIVIS teater dan ahli akademik, Prof. Dr. Hatta Azad Khan menjadi individu ketiga yang mewakili genre teater meraih Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A Write Award) bagi Malaysia.

Pencapaian Dr. Hatta hadir selepas kemenangan Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan (1987) dan Zakaria Ariffin (2001) sejak anugerah itu diperkenalkan pada 1979 - suatu jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan genre-genre lain seperti puisi.

Bagaimanapun, pencapaian itu membuktikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku Sekretariat Tetap anugerah tersebut bagi Malaysia melalui jawatankuasa yang telah dilantik, iaitu Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penulisan Asia Tenggara bagi tahun 2008 tidak pernah meminggirkan genre drama/teater tanah air.

Sakretariat Tetap itu sebulat suara mencalonkan Dr. Hatta penerima anugerah itu untuk tahun 2008 bagi negara Malaysia dan telah mendapat pengesahan daripada Sekretariat S.E.A. Write Awards di Bangkok, Thailand pada 11 Ogos lalu.

Dengan pengesahan tersebut, Dr. Hatta menjadi penerima anugerah yang ke-30 untuk Malaysia.
Sehubungan itu, beliau akan menghadiri Minggu Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2008 pada 25 September hingga 1 Oktober ini.

Beliau akan menerima anugerah semasa acara kemuncak, iaitu pada Malam Gala dan Majlis Penganugerahan pada 30 September tersebut akan berlangsung di Oriental Hotel's Royal Ballroom, Bangkok. Anugerah dijangka akan disampaikan oleh Puteri Maha Chakri Siridhorn.

Sebagai penerima anugerah itu, Dr. Hatta akan menerima RM7,000 serta plak dan diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan kepada Puteri Maha Chakri Siridhorn, serta membaca karya di Istana Suan Pakkad.

Sesungguhnya, anugerah tersebut mempunyai erti yang sangat besar kepada bidang sastera dan kreatif negara-negara Asia Tenggara. Apa lagi ketika sebahagian besar negara serantau terbelenggu oleh perbezaan bahasa, kebudayaan dan latar belakang kepercayaan.

Perbezaan-perbezaan tersebut telah memberi warna yang tidak serupa kepada dunia kesusasteraan kerana ia dilahirkan dalam acuan mengikut negara masing-masing tersebut.Bagaimanapun, untuk mendekatkan perbezaan tersebut, sekali gus sebagai penghormatan kepada tradisi sastera itu, anugerah berprestij Anugerah Penulisan Asia Tenggara itu telah diwujudkan pada awal tahun 1979.

Idea untuk mewujudkan anugerah tersebut muncul dalam perbincangan dalam kalangan pihak pengurusan Hotel The Oriental, Bangkok; Thai Airways, International Public Co. Ltd., dan Italthai Group of Companies.Semenjak pembukaannya, Hotel The Oriental, Bangkok, sentiasa mempunyai hubungan yang erat dengan penulis tersohor dari seluruh dunia. Sepanjang sejarahnya, penulis terkenal dunia telah menginap atau menziarahi hotel ini.

Hubungan dengan dunia sastera ini dapat dibuktikan dengan Authors' Residence yang menempatkan bilik suite yang diberikan nama pengarang tersohor seperti Joseph Conrad, Somerset Maugham, Noel Coward dan James Michener.Bilik suite di River Wing juga telah diberikan nama mengikut nama pelbagai penulis seperti Graham Greene, John Le Carre dan Barbara Cartland dan lain-lain.

Anugerah Penulisan Asia Tenggara diwujudkan untuk memberikan pengiktirafan kepada para penyair, penulis dan pengiat teater/drama ulung di rantau ASEAN, iaitu Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Objektif utama mewujudkan anugerah tersebut juga ialah memupukkan kesedaran dan pemahaman meluas tentang kekayaan sastera dalam kalangan sepuluh negara serantau.Ia juga bertujuan memberikan penghargaan dan mempromosikan bakat-bakat kesusasteraan penulis kreatif ASEAN dan menghimpunkan para penulis serantau yang berbakat besar.

Dari aspek sejarahnya, semenjak tahun 1979, Jawatankuasa Penganjur dipengerusikan oleh Putera Prem Purachatra, salah seorang tokoh sastera Thailand yang terkenal.

Apabila baginda meninggal dunia pada tahun 1981, permaisurinya Puteri Ngamchit Purachatra bersetuju untuk memegang jawatan pengerusi dan pada tahun 1982, Puteri Maha Chakri Sirindhorn bersetuju untuk menjadi Pengerusi Kehormat Jawatankuasa Penganjur.

Selama lapan tahun, Puteri Vimalachatra, saudara perempuan mendiang Putera Prem Purachatra mengambil alih jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur selepas Puteri Ngamchit Purachatra meninggal dunia pada tahun 1983.Puteri Vimalchatra meletakkan jawatan sebagai pengerusi pada awal tahun 1992 atas alasan kesihatan. Baginda diganti oleh Profesor Putera Subhadradis Diskul, salah seorang sarjana Thailand paling terkenal hingga tahun 1997, dan kemudian digantikan oleh M. L. Birabhongse Kasemsri, Setiausaha Sulit Utama Duli Baginda (1998-1999). M. R. Sukhumbhand Paribatra merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Anugerah Penulisan Asia Tenggara hingga sekarang.Jawatankuasa Penganjur yang ketuai Sukhumbhand dianggotai oleh PEN International Thailand - Centre, Writers' Association of Thailand, termasuk wakil daripada sembilan Kedutaan ASEAN, Bangkok Bank Public Co. Ltd., Export - Import Bank of Thailand, Sangsom Group, Thai Airways International Public Co. Ltd. dan The Rex Morgan Foundation.

Selain itu, ia turut dianggotai Heritage International Limited, Daimler Chrysler (Thailand) Limited, British Gas Thailand Pte. Limited, Chumbhot - Pantip Foundation, Unocal Thailand Ltd., C. P. Group, Rio Tinto plc, Srithai Superware Public Co. Ltd., dan The Oriental Hotel, Bangkok.

Sementara itu, Dr. Hatta yang dilahirkan pada 1952 mendapat pendidikan teater (pengarahan dan sinografi) di Amerika Syarikat dan pengajian filem di Australia. Beliau adalah professor bidang teater dan filem serta Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM).Beliau menulis dan mengarah drama dan musikal pentas selain menulis skrip filem (cereka dan dokumentari) dan sitcom televisyen. Dr. Hatta juga adalah pencipta, penulis dan pengarah sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang bertahan selama 18 tahun di TV3.

Filem cereka pertama beliau Mat Som (dari buku komik karya Lat) dan memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik (Festival Filem Malaysia 1992) dan mewakili Malaysia ke Festival Filem Antarabangsa di Tokyo, Fukuoka, Hawaii, Bangalore, Taipei dan Jakarta.Wayang adalah filem cereka keduanya dari lakon layar tulisannya sendiri. Karya teater terbaru beliau adalah Muzikal K.L dan Muzikal Kampong Baru.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Apa Khabar - Wan Aznan Wan Abdullah


Memang dah lama sangat tak jumpa dia. Di tengah-tengah kehangatan blog in menemukan staf lama, beliau seperti menyerah diri pula. Bacalah kisah En. Wan.

Nama:
Wan Aznan Wan Abdullah

Apa khabar?
Alhamdulillah, masih sihat dan diizinkan Tuhan masih boleh mencari rezeki dalam usaha memperbaiki keadaan hidup.

Tempat kerja sekarang okay?
Saya kerja sendiri, sudah masuk tahun ke 4 sekarang. Saya membabitkan diri dalam kerja-kerja business/corporate writing, advertising, printing dan event management. Disebabkan usia (makin berusia, makin cepat letih rasanya, tidak mampu buat banyak kerja dalam satu masa) dan hasrat untuk meneroka bidang-bidang baru, kerja-kerja advertising dan printing diuruskan oleh business partner saya, sementara yang selebihnya saya masih uruskan sendiri.

Boleh beri nama Syarikat?
Dominion Resources

Mula kerja dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
Rasanya sudah lebih kurang 10 tahun meninggalkan ITNM, tahun sebenar saya dah tak ingat. Saya di ITNM selama hampir 2 tahun sahaja, tetapi kenangan di ITNM tetap saya tak lupakan.

Bagaimana kehidupan sekarang?
Tentu banyak berupah. Kalau dulu, kerja di ITNM (dan majikan-majikan yang selepasnya) saya hanya makan gaji, sekarang saya berdikari. Makan gaji maknanya setiap bulan tetap dapat rezeki walaupun ada kalanya kita tidak begitu produktif. Sekarang, bila dah bekerja sendiri

Sudah berapa orang anak?
Soalan ini rasa agak kekok untuk dijawab. Buat masa ni anak belum ada lagi, sebab kahwinpun belum lagi. Takdirkan saya lambat dapat jodoh, apa nak buat.

Saya nak tanya pengalaman bekerja di ITNM. Boleh cerita sedikit?
Seronok dan mencabar. Seronok sebab saya bekerja dalam organisasi yang bersaiz agak besar dan dengan itu ramailah rakan kerja dan tidak rasa kesunyian – saya dapat rasakan ada suasana kekeluargaan. Mencabar (tugas saya masa tu adalah untuk memimpin unit Khidmat Pelanggan) sebab saya ditugaskan untuk mencapai sasaran jualan yang agak tinggi, sedangkan dunia penterjemahan (10 tahun dulu) masa tu masih tidak begitu rancak, dengan permintaan pasaran tidak seberapa.

Dulu siapa Pengarah Urusan.
Datuk Mahpor.

Masih ada menghubungi staf ITNM yang lain? (siapa dia-kalau ada?)
Ada sekali sekala. Sedikit masa dulu, saya ada menghubungi Sakri dan Jasmin. Saya juga ada dihubungi oleh pihak ITNM (unit Komunikasi Korporat) untuk memberikan sebutharga bagi kerja-kerja pengiklanan dan percetakan.

Ada pandangan anda bekerja ITNM?
Macam yang saya telah jelaskan tadi – seronok dan mencabar.

Apa ucapan/ pesanan kepada warga ITNM lama dan baru?
Bagi yang lama, saya ucapkan jutaan tarima casi di atas persahabatan (hubungan perkenalan yang kekal sehingga ke hari ini) dan kerjasama baik yang sentiasa diberikan semasa saya berikhidmat di unit Khidmat Jualan.

Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat emel?
nazwa_abdul@hotmail.com, nazwa_abdul@yahoo.com

Siapa yang anda teringin nak jumpa?
Semua rakan-rakan seperjuangan semasa zaman saya dulu yang masih berkhidmat di ITNM.

Terima Kasih

19 August, 2008

Malang Tidak Berbau- Pukau & Rompak



Memanglah ngeri mendengarnya. Malang tidak berbau dan ada di mana-mana. Sepagi dan separuh tengahari masaku semalam habis di balai Polis. Ingatkan sekejap rupanya lama mereka melakukan soal siasat. Masakan barang-barang yang dicuri bukan setakat duit, kad ATM, kad kredit, komputer riba dan satu beg yang penuh berisi pakaian yang baru dibeli dari Bandung malah sebuah kereta Honda City yang baru di pakai lapan bulan lesap apabila jiranku sedar dari pukauan jam 5 pagi.

Perkara-perkara seperti inilah kadang-kadang telah menghilangkan nilai-nilai dan semangat tolong menolong dalam masyarakat hari ini. Mereka sering diburu perasaan curiga apabila ada orang datang untuk bertanya, meminta pertolongan atau meminta segelas air di hadapan pintu rumah anda atau menumpang untuk ke tandas rumah anda. Semua itu adalah ruang-ruang untuk niat hitam tetamu yang tidak diundang itu.

Pernah aku terdengar cerita seorang remaja keluar dari surau di pusat membeli belah ditepuk belakangnya oleh seorang yang tidak dikenali untuk bertanyakan sesuatu tanpa di sedari di situlah bermulanya pukau, lalu dia menyerahkan dompet dan telefon bimbitnya. Ada juga dengan bersalaman mengajak minum dan dalam minuman diletakkan pil khayal dan mangsa menyerahkan segala-gala yang ada.

Berbalik pada soal jiran tadi nasib baik juga yang hilang itu adalah harta benda jika tidak bernasib baik mungkin nyawanya juga melayang memandangkan selepas sedar di pukau dan meninjau seluruh rumah terdapat sebilah pisau yang ditinggalkan di hadapan pintu biliknya yang sentiasa tertutup. Bimbang jika ada orang lain di dalam rumah itu, perompak bertindak nekad untuk membunuh sahaja jika terdesak.

Jom Baca Buku- Pendidikan Moden Jepun



Buku ini memberi gambaran menyeluruh mengenai masyarakat Jepun masa kini dan membabitkan tentang analisa unsur utama dalam masyarakat dan budaya mereka, politik kerja, jantina, serta sains dan teknologi. Setiap tema dikaji secara seimbang termasuklah pandangan yang bertentangan terhadap setiap isu yang dipaparkan. Ia sumber bacaan yang membolehkan pembaca memahami kepelbagaian dalam masyarakat Jepun, selain turut menawarkan teori serta pendekatan untuk membuat kajian seterusnya.


Judul:Pendidikan Moden Jepun
Education in Comtemporary in Japan
Penulis:
Alfie Kohn
ISBN: 978-983-068-164-5
Tahun Terbitan: 2007
Halaman: 413
Harga: RM45.00

Di Bawah Terik Sinar Mentari - Bahagian 2

Di Bawah Terik Sinar Mentari
Bahagian 2

“Bila awak sedar awak kena stroke?”aku bertanya.
“ Tujuh bulan lepas. Sedar, sedar saja saya dah tak boleh bergerak. Waktu tu saya tengah mandi-shower dan secara tiba-tiba saya dapat rasakan sebahagian badan sebelah kanan saya sudah tidak boleh berfungsi." dia mengimbas kejadian yang berlaku beberapa bulan yang lalu.
"Dua jam saya berada di dalam bilik air kerana tiada siapa yang boleh dengar jeritan saya dari tingkat satu di atas.”

“Lepas itu saya di bawa ke General Hospital, Sepuluh hari terlantar Doktor periksa saya dia kata saya kena stroke tetapi di General Hospital tak ada akupuntur, mereka cuma beri ubat. Saya berpindah ke hospital swasta tapi tak tahan belanjanya mahal. Tiga bulan saja lepas itu saya memilih untuk datang ke sini.”

Pemuda itu memberitahu kehidupannya berubah sejak dari itu, dia tidak lagi berupaya untuk bekerja dan akhirnya berhenti kerja. Tumpuannya sekarang terhadap penjagaan kesihatannya.
Aku berusaha untuk mendapatkan apakah punca kepada tahap kesihatannya yang merosot sehingga dia kena stroke. Dia akhirnya bersetuju mengatakan bahawa corak kehidupannya yang berubah sejak dua tahun kebelakangan ini dan cara pemakanan yang tidak sihat mungkin penyumbang kepada keadaan itu kerana dia tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengidap stroke atau darah tinggi.

“Dua tahun saya tidak bersenam kalau dulu semasa bekerja dengan syarikat Jerman saya selalu main badminton dan boling tetapi di tempat kerja baru saya dibebani dengan kerja, stress dan selalu balik lewat malam.”

“Saya juga suka makan char kuew teow dan hokkien mee, biasalah kan orang Cina tapi semua itu lemak dan berminyak” dia menambah lagi. Aku mengangguk saja seperti mendengar ceramah kesihatan. Namun aku tahu semua itu sangat berharga untuk aku dan mungkin kerana itu aku digerakkan kemari. Pemuda Cina itu akhirnya menasihatkan aku agar selalu mengunjungi doktor untuk pemeriksaan kesihatan.

You better always check your cholesterol and your blood pressure. Saya punya pernah sampai 200 bp tapi masa tu saya tau saya dah kena stoke. Sudah ada pendarahan dalam kepala! Teruk la tapi apa boleh buatkan sudah terlambat.” Nadanya kesal sekali.

“Tapi kadang-kadang saya rasa rindu nak kembali ke hospital jumpa kawan-kawan di situ. Nak say hi to them. Beri mereka dorongan agar kuat menghadapi semua ini!”
"Sekarang setiap hari saya selalu melakukan excercise sentiasa berjalan supaya saya dapat terus bergerak."

“Okey. My mom sudah mari. Saya rasa kita perlu jumpa lagi. Okey jumpa lagi”

Itulah kata-katanya yang terakhir dan ketika itu dia berlalu pun berlalu menuju ke kereta berjalan tanpa mahu di bantu. Terasa begitu pantas waktu berlalu kemudian kedengaran pembantu pusat akupuntur memanggil...

“Nombor 67 lelaki!“
Aku mengangkat tangan dan berjalan masuk ke bilik.

Kesimpulan dari cerita ini jagalah kesihatan diri anda. Kita tidak dapat menolak takdir tetapi sesuatu itu berlaku kerana ada sebab musababnya. Selain kerja, senaman dan pemakanan juga adalah penting untuk hidup yang berkualiti.

18 August, 2008

Cumi - Wan Julia Wan Abd Razak


Kali ini kita terjumpa si Cumi dengan kakak dia jalan-jalan kat Sri Rampai di suatu senja yang kelam. Tak sangka lak adik beradik sebab nampak macam kawan-kawan je. Adiknya putih gak macam kakak dia, manis. Siapa Kakak dia tu? Kakak dia dah muncul kat sini dulu. Carilah sendiri...

Nama: Wan Julia Bt Wan Abd Razak

Tarikh lahir: 30 Dec 1989

Tempat Dilahirkan: Setapak Jaya

Pendidikan: SPM je..

Adik beradik? Anak ke berapa?
6 orang anak ke 5.

Makanan & Minuman kegemaran:
Nasi Paprik & Air F&N

Suka warna apa?
Purple

Suka buat apa waktu lapang?
Tidur, hang out…hehe

Sekarang kerja di mana?
Wisma rampai – Company name (Haimuhasaa Enterprise)

Suka ke dengan tempat kerja sekarang?
Suka sangat

Apa yang paling tak suka dan apa yang paling suka?
Paling tak suka orang kutuk belakang

Ada pengalaman yang paling menyeronokkan tak untuk dikongsi?
Tak adelah

Artis yang paling digemari.
Erra Fazira,Fasha Sandha,Nora Danish

Boleh beri emel kalau ada orang nak berkenalan?
Boleh… purplemisz@yahoo.com.my

Petua-Guna Garam Kasar

Jika anda mengalami masalah sinki yang sering tersumbat, cuba masukkan beberapa banyak garam kasar ke dalam sinki anda. Setelah itu tuang air panas yang mendidih ke lubang sinki itu. Dengan cara ini segala sampah yang tersumbat akan hanyut terus ke dalam longkang.

Petua di petik dari buku Petua Segala Petua terbitan Darul Nu'man, Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Sedapnya Sup Pak Hussin


Ini lah peminat setia Sup Hussin dan Popia Zaiton - Zorro & Wak Min.

Sedapnya Sup Pak Hussin di Belakang Masjid Jalan Genting Kelang tu (berhampiran dengan Pejabat pos di Jalan Puah Jaya). Lama dah menahan rasa tadi baru kesampaian merasa bersama teman Zorro dan Wak Min hehe. Korang kalau nak merasa pi la kat sana ada Popia Zaiton yang memang lazat dan Sup Mamak pelbagai rasa Hussin Sup namanya( ada puyuh, ayam, daging telur ikan dan apa-apa lagi lah) Berpeluh-peluh badan makan sup di cecah pulak dengan roti benggali.

Tak sangka lak terserempak dengan Produser Millionaire Dato Yusuf Haslam dan A. Galak suka menghirup sup kat situ. Jadi memang benarlah sup tu bukan kita orang je yang suka. Kita orang suka singgah sana bila kena duty pesta buku. First day kena setting booth balik mesti buat rombongan singgah sana. Tapi hari ni kureng sket sebab JetLiDan tak ada. Bercuti.

Mungkin kali terakhir kali ni sebelum kedatangan Ramadan Al Mubarak.

17 August, 2008

Apa kata Dia - Shaharwati Saad


Shaharwati Saad itulah di antara staf ITNM yang agak lama berkhidmat di sini. Ada rahsia kehidupannya yang ingin dikongsi di sini.

Salam. Terima kasih di atas sokongan selama ini untuk blog Enche’s.
Hehehe…. Sama-sama. Tahniah sebab akhirnya berjaya membuka sebuah laman blog yang hebat dan nostalgik.

Terima Kasih. Lahir di mana?
Perlis...
Bila Pindah ke Felda?
Tahun 1978. Bulan 11 kalau tak silap (maklum le masa tu bebudak lagi).
Waktu itu keadaannya bagaimana?
Emmm.... macam mana nak cerita ye.. Saya dengar cerita, masa mula-mula dulu ramai peneroka tak tahan dan keluar dari tanah rancangan. Hanya yang kuat semangat je yang kekal. Rumah yang kami duduk tu pun asalnya peneroka lari juga. Dengar cerita lagi, kadang-kadang gajah, b*b* pun dok lalu depan rumah. Bangun pagi tengok ada aje tapak kaki atau pokok yang tercabut. Maklum le... hutan. Masa saya pindah sana, keadaan tu dah tak ada. Rumah pulak sepesen je (tapi yang sure kayu rumah asal Felda memang kuat). Rumah dekat-dekat je. Kalau nak bercakap dengan jiran, tak payah pi rumah dia, laung je dari tingkap (jadi le ahli mesyuarat tingkap). Balai polis dengan klinik pun dari kayu. Kalau nak keluar pekan, fikir 10 kali. Perjalanan ke Raub sungguh mencabar. Selepas pukul 6:00 petang dah tak boleh lalu jalan tu. Askar jaga. Siap ada palang lagi. Kecut gak tengok askar pegang senapang. Elektrik sebelah malam je ada (ala... macam kg lain jugak).
Bagaimana melalui kehidupan dari tempat yang lengkap ke tempat yang agak sunyi dari pembangunan?
Tempat yang lengkap? Hmmm... sebenarnya... (ni yang sedih nak cite ni). Saya asal orang susah. Pindah ke Felda tu baru kira senang. Kami pindah naik bas je. Tak banyak bawa barang pun. Isi barang dalam kotak sabun (kotak sabun Breeze kalau tak silap). Dari Perlis turun bas kat Puduraya. Ye la... dulu mana ada highway Plus, kan. Muntah hijau dalam bas. Maklum le.. tak pernah jalan jauh. Orang lain naik trak askar. Sebab tempat saya tu dikhaskan untuk bekas askar (darat, laut, udara). Tapi abah saya tak sempat pencen dapat jadi peneroka. Yang lain kebanyakannya askar pencen.
Adakah suatu kesulitan hidup dalam keluarga peneroka?
Pada saya, itulah kehidupan yang lebih baik. Pada orang lain tak taulah. Sebab corak kehidupan kita berbeza. Yang penting kena hidup bermasyarakat. Sebab konsep masyarakat felda adalah bergotong-royong. Kawasan rumah mesti sentiasa bersih. Kalau tak, nanti dapat surat amaran dari Pengurus Felda. Kalau tidak pun nanti no. rumah naik kat pejabat. Malu satu kg. Kalau dulu, kenduri-kendara paling meriah. Dalam satu blok, ada lebih kurang 20 keluarga/rumah. Jadi, semua ahli blok akan bermesyuarat untuk bahagikan tugas. 3 hari sebelum kenduri kahwin, suasana dah meriah. Kiranya beras, gula, susu, telur tak payah beli. Semua orang bagi. Tak banyak keluar modal pun. Tuan rumah senyum memanjang sebab semua kerja jiran-jiran yang tolong bereskan. Tapi, sekarang semuanya katering. Maklum le... dah tua-tua. Mana larat lagi.

Teringat lagi saya masa zaman budak-budak dulu. Balik je dari sekolah, lepas makan terus pergi ladang. Jaraknya dalam 4 km. Naik motor CR 285, kaler biru. Preng!Preng!Preng! Abah bawa 2 trip. Siap bawa bekal lagi. Abah sabit kelapa sawit, kami plak kutip buah-buah yang relai. Bila senja baru balik. Setiap hari itulah rutin kami. Memang perit. (Cam ne nih? Mata dah berkaca ni..). Bila peneroka semakin uzur, pokok semakin tinggi, maka masa itulah ramai pekerja-pekerja dari negara jiran datang kemari. Kalau tak ada depa, tak tau sapa nak buat kerja ladang.
Hiburannya bagaimana ketika itu?
Ada wayang pacak.... Dalam 2@3 bulan sekali, kementerian penerangan datang. Van lalu guna speaker “Tuan-tuan dan puan-puan. Malam ini ada tayangan filem (bla..bla..bla..). Datanglah beramai-ramai menyaksikannya”. Lepas tu depa pun bagi le flyer. Kami pun apa lagi, berlari-lari kejar flyer yang ‘fly’ tu... Malam tu apa lagi, penuh satu padang. Masing-masing bawak tikar. Makan kacang. Belia 4B pulak masa tu memang aktif. Ada saja aktiviti kesenian. Persembahan kebudayaan pun ada. Sekarang semua persembahan tu tak boleh buat dah. Timbul isu pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
Bagaimana keluarga menampung kehidupan ketika tanaman belum mendatangkan hasil?
Saya tak tau sangat. Masa saya pindah tu, kelapa sawit tengah banyak (pokok muda). Awal tahun 80-an, pendapatan boleh dapat sampai RM2000-RM3000 sebulan. Masa tu pakat dok buat rumah baru. Ye..lah.. rumah felda kan kecik je. Atap zink, panas berdenting. Tandas pun kat luar. Tapi, saya nak share pengalaman masa ‘tanam semula’. Lebih perit dari masa mula-mula pindah. Itu sekitar hujung tahun 90-an. Masa tu saya dah dok KL (Kuala Lumpur tau bukan Kuala Lipis). Bila kelapa sawit kena tebang, pendapatan peneroka pun tak ada. Kalau dapat duit pun dalam RM200.00-RM250.00 sebulan. Nak makan apa beb? Jadi, ramai peneroka yang datang KL kerja guard. Depa kan bekas askar, jadi senang le dapat.
Abah saya plak bawa jengkaut buat jalan. Banyak jalan kat KL ni dia dah baiki (hehehe....). Masa nilah, anak-anak yang merantau ni perlu berkorban untuk hantar belanja pada mak bapak dan adik-adik. Kita pulak masa tu gaji ciput je... jadi faham-faham ajelah. Buat pinjaman sana-sini. Kalau tidak tak sampai hati tengok adik-adik tak makan, mana nak sekolah lagi. Felda ada bagi kemudahan beli barang kat kedai D-Mart (Felda punya). Motonya “Jika Baik Beritahu Kawan, Jika Tidak Beritahu Kami”. Cukup bulan tolak dari pendapatan. Kalau tak silap maksimum RM200.00 sebulan. Dalam 2 tahun keadaan macam tu. Lepas tu naik sikit pendapatan RM700-RM750.00. Masa tu peneroka pun balik semula ke tempat masing-masing. Bila kelapa sawit dah mendatangkan hasil, legalah sikit, tapi pendapatan bulan-bulan kena potong (sikit je) sebab nak bayar balik kos tanam semula tu.
Bagaimana keadaan Felda itu sekarang?
SYUKUR ALHAMDULILLAH. Terima kasih kepada Allahyarham Tun Abdul Razak. Tanpa gagasan dan idea beliau, tidak terhasillah Felda. Dan sekarang Felda di bawah anaknya pula. Semakin banyak nikmat yang diperoleh. Kadang-kadang manusia terlupa untuk bersyukur. Walaupun kita digesa sentiasa memandang ke depan tetapi sekali-skala tolehlah ke belakang. Lihatlah siapa kita dulu dan siapa kita sekarang. Daripada tiada kepada ada.
Sekarang harga kelapa sawit tinggi, jadi kiralah sendiri berapa pendapatan peneroka sekarang. Tak payah pergi ladang, layan astro je... duit dapat bulan-bulan. Apa lagi nak? Kalau pergi ke mana-mana perkampungan Felda sekarang ni, susah nak tengok rumah kayu. Hampir kebanyakannya macam banglo. Itulah nikmat dari kepayahan lampau. Berkat usaha, kesabaran dan doa. Jangan tak tau. Orang Felda pun main saham tau. Tapi ini saham gerenti selamat. Saham Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Tahun lepas dividennya dapat 10%. Kira ok le tu. Ada macam-macam pinjaman yang Felda bagi seperti pinjaman pembaikan rumah, komputer dll. Tapi ada juga yang sedihnya. Rumah besar dan cantik tapi tiada berpenghuni. Bila peneroka dan penerokawati telah meninggalkan alam ini, tiada anak-anak yang mewarisi. Bila hari raya je nampak rumah terang benderang. Termasuk le keluarga saya. Untuk pengetahuan Che Lah juga, Felda Sg Koyan Dua telah terpilih dalam 10 finalis Anugerah Kampung Keceriaan Felda (AKKF) seluruh Malaysia baru-baru ni. Tapi tak menang. Yang menang, Felda Semenchu, dapat RM1 juta. Wow!!... Makcik Kayo!!! AKKF ini bertujuan untuk menjadikan kawasan perkampungan Felda bersih , indah dan menarik. Pendek kata kalau duduk felda ni, asyik masuk pertandinganlah.
Saya dapat tahu Chef Wan juga adalah keluarga Felda siapa lagi yang atie tau mereka yang berjaya?
Rumah Chef Wan tu selang satu lorong dari rumah saya. Masa dia baru popular dulu, selalu nampak dia naik motor petang-petang jalan ambil angin. Tapi sekarang bila raya jelah baru dia ada. Tapi saya tak adalah nak pegi rumah dia. Dia pun tak kenal saya. Hahaha... Ada sorang lagi kartunis perempuan nama Lynn (komik apa ntah), dia pun orang kg saya. Ramai lagi sebenarnya anak-anak Felda yang berjaya di Malaysia ni seperti Dato Rozali (Indah Water), Dr. Shamsul Anwar (muka dia selalu masuk tv), Mawi (semua orang tau) dan tidak lupa En Khair kita pun orang felda jugak tau.... Sebenarnya ramai tapi lupa lah plak.
Baru-baru ini kerajaan bercadang menubuhkan Muzium Felda apa pandangan Atie?
O..ye ke... Aiseyman... tak tau pulak. Setahu saya Balai Sejarah ada le.. tapi dah lama bukak. Tak sama ke tu? Ooo... agaknya balai tu nak dijadikan muzium kot. Ada bangunan sendiri. Sekarang dok tumpang kat Wisma Felda.
Bagaimana dengan masa depan anak-anak felda?
Kadang-kadang rasa sedih juga bila sebut anak-anak felda, masyarakat berpandangan pesimistik. Dadah, khalwat, curi, semua yang negatif. Sedangkan hakikatnya tidaklah seteruk itu. Felda pun ada tubuhkan Yayasan Felda yang salah satu fungsinya adalah memberi biasiswa atau geran untuk anak-anak Felda melanjutkan pelajaran. Juga menawarkan kursus-kursus. Selain itu ada tabung pinjaman pelajaran tinggi Felda. Yang dapat keputusan periksa cemerlang boleh masuk asrama semai bakti dan bersekolah di sekolah bandar. Contohnya asrama semai bakti kat Kelana Jaya, JB dan KL.
Adakah Felda masih relevan untuk kehidupan yang akan datang?
Ya. Felda sekarang bukan setakat kawasan pertanian dan penempatan tetapi Felda juga sekarang ini sedang mengusahakan kawasan pertumbuhan baru yang dinamakan Feldajaya. Salah satunya yang selalu nampak kat tepi highway plus tu, Feldajaya Trolak. Sapa yang ke utara nampak le kat sebelah kiri. Tujuannya untuk mengurangkan penghijrahan generasi kedua ke bandar-bandar dan bagi peluang kepada peneroka untuk terlibat dalam pembangunan ekonomi. Rumahnya pulak memang moden habis, taraf banglo. Pernah tak dengar SAWARI? Program Satu Wilayah Satu Industri. Ada industri makanan, tekstil dan kraf. Tu pun salah satu usaha kerajaan menggalakkan masyarakat Felda berbisnes Tapi tempat saya tak ada buat.
Mak datuk, susahnya soalan. Sumbangan tidak ternilai. Kebanyakan hasil komoditi negara seperti getah dan sawit datangnya dari Felda yang diusahakan oleh masyarakat felda itu sendiri. Hasil seperti inilah yang antaranya memacu pembangunan negara.
Terima Kasih kerana meluangkan masa.
Sama-sama. Maaf lah ye. Panjang lebar plak penerangannya.