04 August, 2008

Puisi-Sang Ombak itu bangun


Puisi ini ditulis beberapa tahun yang lalu ketika Tsunami melanda sebahagian dari negara kita dan mengorbankan bukan sedikit jiwa. Walau telah lama berlalu tetapi ada peringatan yang tidak harus kita lupa.
Sang Ombak itu bangun
(Tsunami 26 Dec 2005)

Bukan sedikit yang tersentak
Gempar seluruh alam
Walau Cuma sedikit yang tercalar
Dari dasar hingga menjalar ke pesisiran pantai

Maka berlarilah yangsempat berlari
Berpautlah mana yang sempat berpaut
Dan menjeritlah yang tiada punya apa-apa
Dan berserah pada apa yang datang
Antara hidup dan mati

Sang ikan bagaikan menyimpan
Cerita seribu misteri
Mencari pantai seakan mahu berkongsi cemas
Dan cerita duka pada alam
Meski ada yang tidak mengerti mengapa hadirnya di permukaan
Bagai dijolok perasaan gembira isyarat bahaya gagal dibaca
Tidak terperi bertangan dua hatinya walang
Menerpa mengenggam mana yang dapat
hingga cemas sang ikan yang membawa khabar hitam dari laut
dibiarkan menjadi pesta yang riangnya cuma seketika

dan seketika itu mengaumlah
Sang ombak bangun menghempas ke pantai bagaikan kelaparan
memamah menelan lahapnya sepantas kilat
hingga tiada sempat yang berakal mahu mengguna akalnya
yang berkudrat hilang punca gerakannya
Sang Ombak yang patuh pada arahan penciptanya
Membawa amaran dari langit.

Maka jadilah mata-mata dan hati hati itu kaku seketika
Mendengar melihat dari kejauhan
Bagai diundang kesedaran malapetaka ini
bagai satu peringatan kepada mereka yang masih tercari-cari
Sebabnya mengapa.

Enche 1 jan 2005

No comments: