16 August, 2008

Puisi - Kupu kupu Itu Mati



Kupu-kupu itu telah mati
semalam ku lihat banyak sekali di sini
terbang dari rimba di belakang sana
seperti menari rupanya menangis di sini


Kupu-kupu itu barangkali tidak sesuai
dengan mahligai batu yang belum siap di bina itu
lalu ia terbang ke mari
dan mengadu kepadaku

Namun aku tidak mengerti
sehingga aku melihatnya mati hari ini
dengan sayapnya yang terkembang
dan cantik sekali di atas lantai.

Enche's
16 Ogos 2008
2.00pm

Kupu jangan bersedih lagi bersemadilah dengan aman. Kau dah tentu masuk syurga. Kau tak ada dosa.

No comments: