15 August, 2008

Old Taste Menggamit Anda




Terkadang terasa masih belum lengkap malamku jika belum pekena kopi atau teh. Lalu teringatkan itu aku berseorangan atau berteman akan ke lokasi amat mudah sekali di hadapan Giant Setiawangsa. Kedinginan malam perlu dihangatkan dengan secawan teh, bertemu kawan menceritakan perkembangan kerja, hidup ataupun blog ditambah dengan suasana cozy dengan hiasan dalaman yang menarik. Apatah lagi harga yang dikenakan tidaklah terlalu mahal bahkan bagiku yang mendambakan kedamaian jauh dari hiruk pikuk bunyi-bunyian merasakan harga untuk mendapatkan kedamaian di sini jauh lebih murah berbanding dari tempat lain.

Di sini aku menemukan ketenangan. Alunan muzik retronya begitu menggamit memori dan menukarkan mood santai bila berada di situ. Bukan yang 'Old' sahaja yang ku lihat, malah remaja juga gemar singgah di situ. Tidak terpengaruh dengan kegilaan meletakkan skrin gergasi dan pembesar suara sebagaimana kebanyakan kedai mamak Old Taste mempunyai identitinya sendiri tanpa sebarang peti televisyen dan Old Taste memang bukan di dalam kelas warung atau restoren biasa.

Pelayan-pelayannya yang muda dan ramah akan sudi melayan apa sahaja karenah anda dengan penuh sabar di lokasi premisnya yang terletak di Blok C, Business Suite, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa. Kuala Lumpur.

No comments: