Pada minggu lepas kita telah mengikuti sebahagian dari pengertian hibah dan seterusnya kertas sambungan peranan sedekah dalam membantu masyarakat.
PENGHAYATAN PERLAKSANAAN HIBAH
Disediakan oleh: Tuan Hj. Husaini Hamdan
PERANAN SEDEKAH DALAM MEMBANTU MASYARAKAT
Para cendikiawan muslim dan pengkaji-pengkaji menegaskan bahawa sedekah dan segala jenis derma dan bantuan mempunyai peranan yang besar dalam pembentukkan masyarakat.
1. Memelihara mangsa bencana dan mangsa bala
laitu orang yang menghadapi jalan buntu dalam menyelesaikan masalah mereka berupa bencana dan bala yang menimpa. Rasulullah SAW bersabda: " Seseorang Islam itu saudara bagi orang Islam yang lainnya, tidaklah boleh dianiaya dan tidak boleh dibiarkan (atau diserahi kepada musuh). Siapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka ALLAH S.W.T. akan menunaikan hajatnya, dan siapa yang melepaskan suatu bala daripada bala-bala dunia daripada seseorang Islam pastilah ALLAH S.W.T. akan melepaskan dengan sebabnya akan suatu bala daripada bala-bala hari Kiamat dan siapa yang menutup keaiban seorang Islam yang lain pastilah ALLAH S.W.T. akan menutupkan keaibannya di hari Kiamat". (al-bukhari dan muslim)
2. Memberi makan kepada orang yang lapar, pakaian kepada orang tidakmempunyai pakaian dan memberi minum kepada orang yang kehausan Rasulullah SAW bersabda: "Mana-mana orang Islam memberi pakai kepada seorang Islam akan sehelai baju (pakaian) bagi yang tiada pakaian, nescaya ALLAH S.W.T. akan memakainya dengan pakaian hijau (yang indah) di syurga. Mana-mana orang Islam memberi makan kepada seorang Islam yang lapar, nescaya ALLAH S.W.T. akan memberi makanan daripada buah-buahan syurga. Dan mana-mana orang Islam yang memberi minum kepada seorang Islam yang dahaga nescaya ALLAH S.W.T. akan menuangkannya minuman danpada pati arak yang dicampur dengan kasturi. (minuman enak dan asli tanpa memabukkan). (abu-dawud)
3. Membina masjid-masjid serta membelanjakan untuk mengimarah danmemeliharanya
Berbelanja kerana menguruskan urusan masjid merupakan salah satu keutamaan disebabkan masjid merupakan rumah-rumah ALLAH S.WT. di muka bumi serta merupakan sesuci-suci tanah (serta bangunan) yang paling dikasihi ALLAH. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesiapa yang membina masjid, pasti ALLAH S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai / istana di syurga kelak. ( H.R.Muslim)
4. Menyebarkan ilmu (agama) membantu ulama, pendakwah dan penghafal-quran Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya antara kemuliaan (penghargaan) ALLAH SWT ialah Dia memuliakan seseorang Islam yang telah beruban (matang), memuliakan penghafal al-quran tanpa dia melebihkan-lebihkan (sehingga meninggalkan kerja-kerja utama) serta melaksanakan kandungannya, dan Dia memuliakan pemerintah yang adil (yang melaksanakan hukum-hukum ALLAH).
5. Menyara dan membiayai anak-anak yatim Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah Engkau berlaku kasar terhadapnya.
(ad-dhuha: 9)
Rasullah S.A.W. bersabda: "Saya dan penyara anak yatim(sewaktu) di dalam syurga adalah seperti kedudukan diantara dua ini(beliau mengisyaratkan dengan dua jari beliau iaitu jari telunjuk dan jari tengah (amat dekat sekali: dapat memasuki syurga dan dekat dengan Nabi)" [H.R At-Termidzi]
6. Memelihara orang fakir dan miskin terutama keluarga terdekat, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.
" Sadaqah kepada orang miskin itu ialah satu sadaqah : sedangkan sadaqah kepada keluarga(yang miskin) ialah dua sadaqah: suatu sadaqah (biasa) dan suatu hubungan (keluarga)
[ H.R An-Nasaa'iy]
7. Berbuat baik kepada jiran
Jiran ialah tetangga sekitar kediaman kita; terutamanya jiran yang fakir; kerana sesungguhnya mereka ialah orang yang paling berhak mendapat kebaikan, berdasarkan sabda Nabi SAW
"Siapa yang tetap beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya(sesudah keluarga) [H.R Muslim] Juga Rasulullah SAW telah bersabda :
"Tidaklah wajar seseorang dapat hidup kenyang tanpa jirannya." [H.R Ahmad]
8. Berbelanja untuk jihad
Jihad dijalan Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat keimanan dan tanda puncak keagungan Islam. Menerusinya Agama terpelihara dan dapat menjadi benteng tempat-tempat suci (lambang agama) dan sesungguhnya Rasulullah SAW telah menggalakkan umat Islam agar mengorbankan harta di jalan jihad terhadap musuh. Beliau telah bersabda:
"Berjihadlah kamu menentang orang-orang musyrik dengan (segala) harta kamu, diri-diri kamu dan lidah-lidah kamu". [H.R Ahmad dan Abu Dawud]
Juga beliau bersabda :
"Siapa yang menyiapkan kelengkapan tentera di jalan Allah, maka sesungguhnya dia juga (dikira) turut berperang dan siapa yang tidak mampu untuk keluar berperang, maka dia tinggal menjaga kebaikan anak-isteri, maka sesungguhnya dia juga(dikira mendapat pahala) turut berperang." [ H.R Al-Khamsah: Al-Bukhaari, Muslim, Abu Dawud, At-Termidzi dan An-Nasaa'iy."
"Siapa yang menyiapkan kelengkapan tentera di jalan Allah, maka sesungguhnya dia juga (dikira) turut berperang dan siapa yang tidak mampu untuk keluar berperang, maka dia tinggal menjaga kebaikan anak-isteri, maka sesungguhnya dia juga(dikira mendapat pahala) turut berperang." [ H.R Al-Khamsah: Al-Bukhaari, Muslim, Abu Dawud, At-Termidzi dan An-Nasaa'iy."
9. Menolong dan bersimpati kepada orang yang berhutang laitu berdasarkan firman Allah Taala:
Bermaksud : "Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sadaqahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)." [Al-Baqarah : 280]
Manakala Nabi S.A.W. telah bersabda :
"Siapa ingin agar Allah melepaskannya daripada bala1 di hari Kiamat, maka hendaklah dia melepaskan (kesukaran) daripada orang yang susah atau dia melepaskan terus (tanggungan hutangnya)."
"Siapa ingin agar Allah melepaskannya daripada bala1 di hari Kiamat, maka hendaklah dia melepaskan (kesukaran) daripada orang yang susah atau dia melepaskan terus (tanggungan hutangnya)."
lO.Memberi hutang tanpa balasan
Dia adalah lebih baik daripada bersadaqah, fungsinya untuk menolong dan membantu orang yang susah untuk mencari rezeki dan memudahkan urusan hidup mereka.
Allah Taala telah berfirman:
Bermaksud : "Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar." [Al-Hadid:11]
Manakala Rasulullah SAW pula bersabda :
Tiadalah seorang Islam member hutang kepada seorang Islam yang lain, pada satu kali, melainkan dia adalah seperti bersadaqah kepadanya dua kali." [H.R Ibnu Maajah]
PERANAN SEDEKAH DALAM MENDAMAIKAN MANUSIA
Antara penyakit yang melanda anggota-anggota masyarakat atau umat Islam seluruhnya ialah gejala seperti perselisihan, perkelahian dan pertengkaran. Kadang-kadang ianya dapat diubati dengan harta yang dikeluarkan sebagai sadaqah untuk memperoleh keredhaan Allah dan mengharap wujudnya pendamaian antara dua orang yang berkelahi atau berselisih, kerana sesungguhnya mendamaikan antara dua orang manusia itu merupakan seutama-utama amalan dan sebaik perkara yang dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah Taala.
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bertanya para sahabat:
"Tidak sukakah aku memberitakan kepada kamu akan suatu darjat (kedudukan) yang melebihi darjat sembahyang, puasa dan sadaqah?" Mereka menjawab : " Malah, wahai Rasulullah ." Sabdanya:" Ialah mendamaikan antara dua orang yang bersengketa, manakala mewujudkan kerosakan antara dua orang, maka dia ialah pencukur (penghilang segala kebajikan; ada pendapat menyebutkan penghapus Agama)."
[H.R Abu Dawud sumber Abu Ad-Darda, juga At-Termidzi :Shahih :AI-Albaani]
Islam menjadikan siapa yang berusaha untuk mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah satu ibadah yang dapat mendekatkan diri seseorang Islam dengan Tuhannya, dimana Allah telah berfirman :
Bermaksud : "Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas syariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah Dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina" [An-Nisaa' :14]
Perdamaian dalam Islam meliputi seluruh keadaan: sama ada perdamaian antara suami isteri, antara individu-individu dalam masyarakat, atau antara dua kumpulan atau kabilah; pun antara dua kerajaan; maka semuanya itu dituntut Islam agar dapat menjaga maruah, menarik persaudaraan, mendorong memelihara kepentingan seluruh orang Islam dan menjadikan ia satu kewajipan bagi umat melaksanakannya.
Terkadang pendamaian itu dituntut daripada orang-orang yang diberi tugas mempertahankan sejumlah harta yang banyak. Kerana itu menjadi kewajipanlah bagi jemaah Islam yang berusaha menarik kepada kedudukan ini, sedang dalam perdamaian itu terdapat kebaikan untuk seluruh orang Islam.
PENUTUP
Sedekah yang diertikan sebagai memberi pertolongan sama ada dalam aspek harta benda, tenaga, dan fikiran merupakan wadah bagi jalinan yang baik antara individu dan masyarakat. Jalinan ini pasti menghasilkan suasana yang harmoni dalam kehidupan masyarakat seharian. Keprihatinan golongan yang memiliki harta kekayaan ke atas golongan yang miskin akan memupuk semangat kemesraan dan saling menghormati. Golongan yang miskin pastinya tidak akan berasa terpinggir dan iri hati terhadap golongan kaya. Situasi sedemikian juga dapat menangani pelbagai gejala sosial yang berbahaya ke atas ketamadunan masyarakat.
Dalam Islam, golongan yang tidak berkemampuan dari segi harta benda masih mampu bersadaqah. Mereka bolehlah menyumbang tenaga dan fikiran ke atas pembangunan prasarana sosial seperti bergotong-royong membina masjid dan jambatan, serta membersihkan kawasan perkuburan dan longkang. Begitu juga mereka boleh menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat seperti mengajar al-Quran, seni mempertahankan diri, kemahiran bahasa, dan kemahiran hidup.
Ternyata bahawa konsep sadaqah dalam Islam meliputi skop yang luas. Allah Maha Adil dengan memberi peluang kepada semua individu yang melakukan ibadah sadaqah ini, sehinggakan senyuman seseorang itu juga termasuk sebagai sadaqah. Sesungguhnya Allah AWT Maha Bijaksana mengatur perjalanan alam ini agar makhluk yang mendiaminya hidup aman damai. Betapa pentingnya ibadah sadaqah dijadikan amalan harian kerana ia dapat mempengaruhi manusia ke arah kehidupan yang harmoni dan bertamadun.
Secara tidak langsung sebuah masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni pasti melahirkan kekuatan dan keunggulan dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, dan keselamatan sejagat. Sesebuah masyarakat yang memiliki nilai-nilai begini pasti akan dikagumi dan digeruni masyarakat lain. Islam telah mendorong umat menuju kecemerlangan dan merialisasikan masyarakat yang bertamadun menerusi alaman bersadaqah.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment