Jangan mudah terpedaya dengan botox dan berita mengenainya. Itu khayalanku saja. Bila terpandang wajah yang menjadi penghias kulit sebuah buku yang aku baru jumpa. Ikuti kisah di bawah ini.
Aku sejak seminggu kebelakangan ini sibuk dengan pencarian buku-buku dan bahan untuk penerbitan 100 judul sastera yang akan ITNM usahakan. Dalam kesibukan itu terserempaklah dengan sebuah buku Benih Semalu terbitan 1987 Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku ini aku yang mengusahakan pembeliannya di Dewama Ulu Kelang. Apa yang menariknya ialah wajah Sasterawan Negara yang masih segak. Dari apa yang tercatat pada buku berkenaan A. Samad Said dilahirkan di Durian Tunggal Melaka pada tahun 1935 tetapi dibesarkan di Singapura yang kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur.
Benih Semalu merupakan cantuman dua kumpulan puisi Benih Harapan (1973) dan Daun Semalu Pucuk Paku (1975). Terdapat 45 buah puisi yang terkandung di dalamnya adalah himpunan pewristiwa yang menjadi pegalaman dan menyentuh naluri kemanusiaan penyair. Peristiwa-peristiwa ini berlatarbelakangkan zaman sebelum perang hinggalah selepas merdeka.
Lihatlah wajah A. Samad Said ketika usianya 52 tahun (sekarang 73 tahun).

1 comment:
My name is Diana Lee and i would like to show you my personal experience with Botox.
I have suffered with migraines and neck pain for many years. Botox has given me my life back. I have arthritis in my neck and Botox is the ONLY thing that has given me relief.
Side Effects-
None…miracle drug
I hope this information will be useful to others,
Diana Lee
Post a Comment