Nampaknya belum hilang penat pulang dari Shanghai kerana menghadiri XVIII FIT World Congress (4-7 August 2008) minggu lepas. Rombongan yang terdiri kebanyakannya dari kumpulan pengurusan ITNM terpaksa bertungkus lumus lagi dengan satu lagi projek terbaharunya.
Hari ini bermulanya mesyuarat pemilihan 100 judul sastera seperti yang diumumkan oleh Pengarah Urusan ITNM En. Mohd Khair Ngadiron pada Malam Sebutir Bintang tidak lama dahulu. Mesyuarat berlangsung di Holiday Inn-(Glenmarie) Kuala Lumpur.
Tujuannya ialah untuk projek terjemahan 100 judul sastrea melayu ke bahasa Inggeris. Dengan ini karya-karya dari Sasterawan Negara dan pemenang SEA WRITE AWARD dalam dunia sastera melayu akan dikongsi oleh lebih ramai khalayak jikalau dahulu keterbatasannya hanya kepada peminat sastera Melayu sahaja. Malah usaha ini akan menyebabkan hasil karya Melayu akan menyeberangi sempadan negara yang tidak bertepi lagi. Mungkin inilah yang dinanti-nantikan oleh masyarakat di luar sana dan juga golongan penulis. Sastera kita ke arah kesejagatan!
Untuk penerbitan 100 judul sastera maka naskah sastera yang dibawa adalah lebih dari itu. Hanya judul-judul yang dinilai dalam kriteria tertentu sahaja akan dipilih. Dan kita sudah tentu mahu menghidangkan sesuatu yang terbaik sahaja untuk sama-sama dikongsi. Adalah diharapkan masyarakat dunia dapat mengenali Malaysia bukan sahaja dengan keindahan destinasi pelancongannya malah kerana ketamadunan dan ketinggian peradaban dan nilai budaya dan falsafahnya yang terakam sasteranya.
Mesyuarat dihadiri oleh pengerusi ITNM, Y. Bhg. Dato' Wan Hashim Wan Teh, Dato' Baharudin (BahaZain), Dato' Haji Aziz Deraman, Puan Hajah Izzah Aziz dari DBP, En. Razin Abdul Rahman Pengurus Korporat ITNM, Puan Siti Rafiah Sulaiman Ketua Bahagian Terjemahan ITNM, En Megat Mahathir dan ahli jawatan kuasa lain (rakan-rakanku yang sabar itu perti JetLidan, Zorro, Shuami dan Man yang Moon).
Selamat Memilih! Jangan salah pilih udah.
No comments:
Post a Comment