Masih ingat dengan Zaleha Dangdut..eh silap Zaleha atau Cikgu Leha sekarang, dulu suka gelak tapi sekarang lagi kuat gelak. Dia kata dia dok Terengganu. Meh Sembang ngan dia.
Nama:
Zaleha Abu Bakar
Apa Khabar?
Sihat alhamdulillah..bertambah2 sihat, gebu dan montel..ahaks..
Tempat kerja sekarang?
Sek. Keb. Kijal Kemaman, Terengganu.
Mula kerja dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
2000 - 2003
Dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
Berapa kali nak tanya soklan yang sama niihhh? motif?
(Enche's-Ei bekengnye kau Leha aku salah taiplah tu)
Bagaimana kehidupan sekarang?
Jauh berbeza dengan kehidupan di ITNM dulu..dulu tinggal di ibu kota kolumpo tapi sekarang cuma tinggal di kampung..tempat jin bertendang aje..I'm no longerin the rat race..just living a simple life..
Sudah berapa orang anak?
Perlu ke jawab soklan iniii? Next!
(Enche's-Kau tak nak jawab sudah aku tanye orang lain yang nak jawab)
Kerja tempat baru sekarang okay?
Biasa2 saje..dulu ditemani kamus sekarang ditemani bebudak yang bukan macam zaman kita sekolah dulu..silap haribulan boleh kena darah tinggi..heheh kenapa semua soklan sepesen jer nihhh..motif tanya soklan sejenis berulang kali niiihhh..muahaha
(Enche's-Dia kang kalau dah cikgu memang dia banyak songel)
Saya nak tanya pengalaman bekerja di ITNM. Boleh cerita sedikit?
Hmmm..banyak pengalaman pahit manis..banyak manis daripada pahit..dapat kenal ramai orang (freelancersesp.) yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan..Kalu ikutkan memang rindu kat member2 lama..
Dulu siapa Pengarah Urusan.
Tuan Haji Amdun Ibu (che lah..lupa nama ibu..boleh tolong letak nama dia kat sini..sori ekkk}
(Enche's- tulah eksyen ngan haku kendian nak minta tolong aku lak. Nama Ibu Puan Hajah Hamidah Baba. Kalau Ibu tau kecik hati dia tau...tapi aku paham semua orang lupa nama ibu sebab dah biasa panggil Ibu kan)
Masih ada menghubungi staf ITNM yang lain?
Ada jugak contact2 staf paling glemer..saper ntah..tapi nama dia start dengan huruf E..cuba teka saper..muahaha..pastu Fauziah rajin jugak hantar email dan sms..tenkiu Fauuuu..
Ada pandangan anda mengenai ITNM sekarang?
Semakin berkembang maju..selalu terbaca berita positif tentang ITNM di dada akhbar.
Apa ucapan/ pesanan kepada warga ITNM lama dan baru?
Selamat memajukan syarikat..heheh..boleh ker macam nihh..oraitler kan..
(Enche's - Boleh jer sape nak marah)
Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat emel?
http://jaaburn@yahoo.com/
Siapa yang anda teringin nak jumpa?
Member-member lama di Kuala Lumpur
3 comments:
Jaa,
Kalau ku tahu mung tinggal kat Kijal nescaya saya call jumpa kat Awana Kijal dan makan sata kat Pantai Mak Nik, Kuala Kemaman.
Mie,
saya tak tinggal kat Kijal..ngajar kat Kijal..duk Chukai..tapi kalu datang Kemaman sudi2lah contact saya..nanti saya belanja sata & otok2 versi Kemaman ok?
*che lah..tumpang blog ek..sori wat cam umah sendiri pulak..heheh
Dakpe kawang dok kisah..ade aimang kisah?
Post a Comment